Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Ulam Raja Ogos 25, 2021

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 4:33 pm

Pokok Ulam Raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus tergolong dalam famili Compositae. Ulam raja memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu kerana sering dijadikan ulam-ulaman. Ia menjadikan ulam raja salah satu ulam paling popular di Malaysia selain pegaga, selom dan tenggek burung.

Ramai yang gemar menanam pokok ulam raja di sekitar rumah kerana ia mudah ditanam dan tidak cerewet penjagaannya. Saya sendiri turut sama menanam pokok ulam raja sejak setahun yang lalu sehingga rasa sudah muak makan ulam ini. Pokok ini sangat cepat membesar dan boleh mencapai ketinggian lebih 2 meter apabila pokok mula berbunga.

Pucuk dan bunga Ulam Raja

Apabila pokok mencapai umur lingkungan 2 bulan. Pucuk ulam raja boleh dipetik untuk dijadikan ulam. Ulam yang dimakan segar sudah diketahui mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Apabila pucuk pokok telah dipetik, tunas-tunas sisi akan mula membesar dan menjadi pucuk yang baru.

Jika ia lambat dipetik iaitu pada ketika umurnya mencecah lebih 3 bulan, maka terbitlah bunga-bunga ulam raja berwarna merah apabila masih putik dan bertukar kepada warna merah jambu (pink) apabila bunga sudah berkembang.

Bunga ulam raja adalah sejenis bunga ‘compund’ atau bunga majmuk. Maksudnya; bunga-bunga kecil atau disebut floret yang berada di tengah bunga berkumpul membentuk kepala bunga ( flower head ) dan dikelilingi oleh kelopak-kelopak bunga (petals) yang lebih besar. Bunga jenis ini merupakan satu ciri penting pengelasan dalam famili Compositae atau juga disebut Asteraceae. Kebiasaannya, terdapat 8 kelompak bunga(petals) yang mengelilingi bunga-bunga kecil (floret). Bunga-bunga kecil berwarna kuning merupakan bunga jenis biseksual (bunga jantan dan betina dalam kuntum bunga yang sama) . Setiap kuntum bunga kecil berwarna kuning yang sedang berkembang akan mengalami proses pendebungaan. Sekiranya pendebungaan berlaku dengan baik, setiap kuntum bunga akan menghasilkan 1 biji buah (benih). Gambar di bawah merupakan bunga kecil berwarna kuning yang telah di’zoom’kan menggunakan kanta pembesar yang dihubungkan bersama kamera telefon. Tidaklah bagus sangat, sekadar untuk tujuan hobi sampingan sahaja. Melalui pemerhatian, pada cuaca panas pembentukan buah atau biji ulam raja sangat baik sekali. Namun, apabila musim hujan, sangat sukar sekali mendapatkan biji benih. Sama seperti sebahagian pokok buah-buahan yang lain.

Tempoh dari mula bunga terbit sehingga menghasilkan biji benih (buah) mengambil masa kira-kira 1 bulan. Biji benih yang terhasil boleh digunakan semula untuk penanaman musim yang seterusnya. Selepas pokok berbunga dan berbuah, pokok akan mula kering dan lama kelamaan akan mati.

Bagi mengelakkan pokok cepat mati, atau bagi memanjangkan jangka hayat pokok, seeloknya pucuk ulam raja sentiasa di petik atau di cantas bagi mengelakkan ia cepat berbunga. Secara tidak langsung kita dapat mengutip hasil pucuk ulam raja dengan lebih lama lagi.

 

Pokok Patawali Ogos 21, 2021

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 7:25 pm

Nama Tempatan: Patawali
Nama Saintifik: Tinospora Crispa (Miers)
Nama Lain: Akar seruntun, brotowali, batang wali
Famili: Menispermaceae
Lokasi Dijumpai: Dipagar-pagar lama, rumah tinggal
Asal : India

Deskripsi Tanaman

Perawakan : Tumbuhan memanjat, 2 – 5 m, berkutil, pahit.

Batang : permukaan berkutil rapat, membelit, coklat tua – muda.

Daun : tunggal, bangun jantung, ujung meruncing tajam, lebar 6-13 cm, ibu tulang nyata, tangkai 4 – 16 cm.

Bunga : tandan jantan, 7-25 cm, tangkai bunga 2-3 bersama, 3,5 – 4 cmm, kelopak hijau, terdalam bulat telur terbalik – sudip, kurang lebih 3,5 mm. Mangkota berbentuk benang, benang sari 6, 2 – 2,5 cm, kepala sari kuning.

Buah : drupa, kurang lebih 8 mm.2)

Waktu berbunga : September

Distribusi : ditanam di Jawa

Sifat khas : Kutil pada batang dan rasa pahit kulit batang.

Batang pokok yang berbonggol bonggol atau berkerutu

Patawali adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar di pagar-pagar dan di kawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi.

Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampuri dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

KEGUNAAN:

Untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampuri dalam minyak urut) . Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampuri dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.

Kandungan kimia

Tinospora crispa L. mengandung alkaloid kuarterner; N-asetilnornusiferin, N-formil-annonain; N-formil-nornusiferin; alkaloid berberin hanya ditemukan pada akar akan tetapi tidak ditemukan pada daun dan batang.

Di samping itu ditemukan pula suatu glikosida furanoditerpen yang berasa pahit.3,10,12) N-trans-Feruloil-tiramin, N-cis-Feruloilti-ramin, Tinotuberida, Borapetosida A, Borapetol, Tinosporin, Tinospori-dina.1)

Tanaman lain yaitu Tinospira cordifolia Miers., mengandung alkaloid kuarterner: magnoflorin, tembretarin dan zat pahit yang tak mengandung unsur N; batang mengandung alkaloid kuarterner yaitu; N-asetil-nornusiferin, N-formil-annonain; N-formil-nornuciferin. Pada jenis Tinospora codifolia Miers, terdapat alkaloid kuarterner magnoflorin dan tembetarin berturut-turut 0,07% dan 0,012% terhitung dari bobot kering.5,10)

Pada jenis lain Tinospora capillipes Gagnep., ditemukan alkaloid kuarterner protoberberin, palmatin, jatorrhizin-columbanine stepharanin, dehidrodiskret-amin; disamping itu ditemukan pula alkaloid kuarterner aporfin (menispermin dan magnoflorin)3,4)

Cara pemakaian di masyarakat

Mengobati demam-kuning

Botrowali 1 jari dicuci dan dipotong-potong secukupnya, direbus dengan air bersih 3 gelas minum sehingga hanya tinggal kira-kira ½ nya, sesudah dingin disaring lalu diminum dengan madu seperlunya (2 x sehari, masing-masing ¾ gelas minum).

Mengobati cacar air

Botrowali 1 jari, dicuci dan dipotong-potong seperlunya, direbus dengan air bersih 4 gelas sehingga hanya tinggal kira-kira 3/5 nya, sesudah dingin disaring lalu diminum dengan madu seperlunya (2-3 x sehari masing-masing ¾ gelas).8)

Efek biologi

Ekstrak metanol yang mengandung 2 macam komponen alkaloid dengan komposisi relatif 52,9 11,6% komponen alkaloid A dan 28,9 10,3% komponen alkaloid B dengan takaran 690 mg/kg BB mampu mencegah peningkatan kadar glukosa darah pada tikus normal dengan pembebanan glukosa 1,75 g/kg BB.

Pada takaran 115 mg/kg BB ekstrak tersebut di atas dapat menurunkan kadar glukosa darah tikus yang dibuat diabetik dengan pemejanan aloksan 100 mg/kg BB.15)

Fraksi etilasetat sari etanol batang Tinospora tuberculata dengan konsentrasi 200-300 mg/ml mampu menghambat pertumbuhan Staphylloccus aureus (pada konsentrasi 200 mg/ml dengan daya hambat 7,15 – 15,80 mm; sedangkan pada konsentrasi 300 mg/ml 9,30-19,98 mm).14)

Kegunaan di masyarakat

Pada umumnya batang tanaman diguna-kan untuk pengobatan penyakit kuning, kencing manis, nyeri perut, demam; pada pemakaian sebagai obat luar digunakan untuk membersihkan luka, kudis dan scabies.1,6)

Budidaya

Tanaman ini diperbanyak dengan stek batang, yang dipotong-potong sepanjang 50 cm, di tanam di sisi tonggak penopang (lanjaran). Hasil terbaik pada tanah berlempung yang kaya hara. Tanaman ini mampu tumbuh dengan subur di dataran pantai sampai dataran tinggi (pada ketinggian 1000 dpl). Stek batang ditanam dengan jarak beberapa sentimeter dan dibiarkan merambat pada tonggak penopang yang tingginya 2 meter. Untuk pertumbuhan selanjutnya, sering-sering diberikan kapur dan pupuk organik.7)

Rujukan : http://petua.whatta.org/khasiat-patawali/

**Nota tambahan :

Putrawali (Tinospora Cordifolia)
Tumbuhan ini sering digunakan sebagai bahan perubatan tradisional untuk rawatan arthritis, ia juga mampu mengurangkan gula dalam darah dan untuk membantu mengurangkan gejala diabetes, menurunkan panas badan, dan juga berguna sebagai antiseptik luka seperti lebam atau kudis, penambah nafsu makan dan juga mengubati malaria.

 

Pokok Misai Kucing

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 7:10 pm


Nama Botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili: Lamiaceae

Pengenalan:

Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.

Daun dan bunga

Khasiat dan Kegunaan:

Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

**Nota tambahan :

Misai Kucing (Orthosiphon stamineus)
Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Tumbuhan ini mampu merawat penyakit buah pinggang, Batu pundi kencing, Jangkitan saluran kencing, Masalah Hati dan masalah pundi kencing, Kencing manis, Sakit sendi, Batu karang, Gout, Mengurangkan kolesterol & tekanan darah. ia Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, dan Diuretik

 

POKOK CAKAR AYAM Januari 25, 2021

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 6:31 pm
Pokok Cakar Ayam

Klasifikasi

Nama Tempatan : Cakar Ayam
Nama Saintifik : Selaginella Doederleinii Hieron
Nama Lain : Si Shang Be (China)
Famili :

Cakar ayam (Selaginella doederleinii Hieron) tergolong dalam tumbuhan paku pakis yang tumbuh melimpah di tebing, jurang dan tempat teduh yang beriklim dingin. Cakar ayam mempunyai rasa manis dan bersifat hangat, ianya di biakkan melalui keratan batang, ianya perlu disiram dengan air yang cukup bagi memelihara kelembapan tanah, baja yang sesuai ialah baja organik. Seluruh bahagian tanaman ini sesuai di manfaatkan sebagai ubat.


Daunnya berbentuk tripinat dan menyerupai cakar ayam berdasarkan susunan “sisik” daunnya. Tumbuhan yang turut dikenali sebagai paku batu ini mengandungi alkaloid, filosterol dan saponin. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat dan lazimnya disediakan sebagai ramuan yang dikeringkan.

Kandungan kimia

Kandungan kimia di dalam cakar ayam belum lagi banyak di ketahui, namun ianya mengandungi antipiretik, anti-toksin, antikanser, menghentikan darah & pembersih darah.

Ciri dan khasiat
Pokok ini mempunyai ciri manis dan panas yang berkhasiat diguna untuk meredakan panas, penawar racun , antikanser (antineoplastik), menghentikan pendarahan (hemostatik) dan meredakan bengkak (antiedema).

Kegunaan
Penyakit utama
> Kanser rahim, peparu dan saluran pernafasan

Penyakit Yang Diubati

  1. Hepatitis
  2. Ascites (Perut Busung)
  3. Sirosis (Pengecilan Hati)
  4. Infeksi Saluran Kencing
  5. Radang Paru-Paru, Batuk, Serak, Bronchitis & Tonsillitis.
  6. Kanser (Rahim, Paru-Paru Nasopharynx)
  7. Rematik, Tulang Patah @ Retak.

Rujukan :

1) https://sulaiman-osman.blogspot.com/2015/11/pohon-cakar-ayam.html?m=1

2) https://petua.whatta.org/khasiat-cakar-ayam/

 

GELENGGANG – Cassia Alata – Senna alata November 23, 2020

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 7:12 pm

Nama Lain: Cassia, wild senna, fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, ringworm cassia, guajava, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco (Inggris), gelenggang.ludangan, ketepeng badak (B.Malaysia), Sulok (Serawak), andadasi, palochina (Tagalog)

Keterangan:ü Cassia angustifoliaü Cassia senna (Senna)Terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Gelenggang adalah salah satu daripadanya, ia adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia adalah tumbuhan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini dikelasifikasikan dalam keluarga Caeasalpiniaceae berkaitan dengan Mimosaceae dan Fabaceae (dahulunya dikenali sebagai Papilionaceae: kacang, kekacang, cengkih semanggi, dan sebagainya) boleh dikumpulkan dalam keluarga terbesr (superfamily) kekacang (legumes).Ia memiliki bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm Tree atau “candle tree“. Satu spesisSenna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan dari genus nya sendiri, Herpetica.

Pokok Gelenggang

 

POKOK BARLI Oktober 21, 2020

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 6:34 pm

BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.

Jom baca khasiat barli yang terlalu banyak ini.

Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

 

Pokok Susu Nabi Julai 21, 2020

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 3:57 pm

Pokok Susu Nabi @ Susu Kambing @ Pokok Gelang @ Keremek Susu @ Ara Tanah@Gelan Susu@ Asthma-Plant@Hairy Spurge@Asthma Weed@Snake Weed@Tawa-Tawa (Filipina)

Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah.
Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas.
Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…insha allah, stroke (lumpuh) akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yg menyembuhkan.

MEMANG AJAIB… !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan.
Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya.
Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah juga mencuba.

Rujukan : Fb: Pusat Perubatan Islam Al-Firdausi

 

Pokok bunga kacang Telang Joo Februari 5, 2020

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 10:49 pm

Kacang telang atau nama botaninya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae.

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Sila tonton video di bawah untuk pencerahan mengenai pokok Telang ini. Selamat menonton.

Kredit: http://www.klinikzarraz.com

 

Terung Pipit yang berkhasiat Januari 9, 2020

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 6:45 pm

Terung pipit, terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang) atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum torvum.

Penggunaannya

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. [1] Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2], [3] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs). [4]

Kandungan

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B10.08 mg, vitamin C 80 mg.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hutan

Kecil buahnya tapi khasiatnya menakjubkan. Inilah dia terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum dan merupakan keluarga terdekat terung.

Selain rasanya yang sedap, terdapat banyak khasiat untuk kesihatan yang anda perlu tahu:

 1. Terbaik untuk mengurangkan berat badan

Terung pipit kaya dengan serat dan salah satu kebaikan serat adalah terbaik untuk menghilangkan berat badan berlebihan. Tambahan lagi terung pipit sangat rendah tahap kalorinya.

2. Bagus untuk jantung

Kajian menunjukkan yang terung pipit kaya dengan mineral yang penting dan salah satunya adalah potassium. Potassium mengawal jumlah sodium di dalam darah yang sememangnya bagus untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

3. Mengubati anemia

Selain potassium, zat besi dan zink adalah dua jenis mineral yang ditemui dalam terung pipit. Individu yang mengalami anemia mempunyai kekurangan zat besi dan zink.

4. Mengurangkan risiko diabetis

Terung pipit sangat bagus dalam mengawal tahap gula dalam darah.

5. Terbaik untuk otak

Mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak kerana tekstur dan baunya yang sedikit berbau namun terung pipit dikatakan salah satu makanan super untuk otak.

6. Bagus untuk kulit

Terung pipit mempunyai vitamin C dan E yang sememangnya merupakan antioksidan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kekal sihat dan muda.

7. Mengandungi ejen antibakteria

Ini sebablah terung pipit digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut.

8. Rawatan semulajadi untuk gout

Terung pipit mempunyai bahan anti keradanfan yang dapat mencuci asid urik keluar dari tubuh badan. Jadi ia mampu untuk mengurangkan kesan gout.

9. Mempertingkatkan aliran darah

Kerana kaya dengan mineral penting, terung pipit sangat berkhasiat dalam mempertingkatkan aliran darah. Aliran darah yang bagus dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubub dengan lebih baik.

10. Rawatan tradisional untuk batuk

Terung pipit dimasak sup untuk melegakan batuk dan selesema.

11. Mengelakkan masalah buah pinggang

Kajian menunjukkan dengan memakan terung pipit dapat mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan ini.

12. Mempertingkatkan kitaran menstruasi

Memakan terung pipit dikatakan dan terbukti dapat mempertingkatkan kitaran menstruasi bagi kaum wanita.

13. Bagus untuk kehamilan

Terung pipit bagus diambil oleh ibu hamil kerana kaya dengan kandungan folate. Folate sangat penting dalam perkembangan fetus.

Kredit : Daily Sihat

 

Pokok Tetulang merawat tulang patah

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 5:06 pm

Pokok Tetulang atau nama sains Euphorbia tirucalli[3], [4] merupakan pokok renek yang tumbuh dikawasan separa kering cuaca tropika. Pokok Tetulang menghasilkan susu getah yang boleh ditukarkan menjadi gasolin. Pengunaan ini amat menarik, kerana ia membolehkan penggunaan tanah yang tidak sesuai bagi tumbuhan lain. Dianggarkan 10 hingga 50 tong minyak dapat dihasilkan bagi setiap ekar.

Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tetulang

TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tirucalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar. Berbeza dengan kebanyakan tumbuhan lain yang sekurang-kurangnya mempunyai daun, tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah..Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.

Khasiatnya…

👉 Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah, khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.

Merawat patah tulang
– ambil beberapa ranting pokok dan tumbuk. Kemudian sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut. Kalau belum berkesan, ulangi untuk 3 hari lagi. Insya’allah!
Petuanya : ambil dahan tetulang yang tidak mencecah tanah dan pilih yang menegak ke atas untuk perubatan .
Di antaranya pokok ini juga boleh bantu merawat :
1. Bisul, kesan bengkak dan patah.
Untuk merawat ketiga-tiga perkara di atas, ranting dahannya yang segar perlu dilayurkan terlebih dahulu di atas api yang sederhana besar. 
Caranya :
“Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan rantin dahan pokok tetulang ini pada tempat yang berkenaan. Balutlah dengan kain yang bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.
2. Hilangkan ketuat
Caranya :
Ambil cecair getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang. Selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga hilang. 
3. Sakit Sendi Tulang
Caranya :
Patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya. Rebuskan pokok tersebut dan air rebusan itu digunakan sebagai air mandian.