Daun lebar bunga nya merah Pokok Tembaga Suasa . Biasanya orang sebelah Utara Semenanjung Malaysia panggil DAUN MELONG.. Ada juga yang panggil daun BELUM..
Perbezaan di antara daun melong dengan tembaga suasa ; ..daun melong lebih lebar dan daun Tembaga suasa lebih kecil..ada yang berpendapat bahawa daun melong lagi baik 😊
Kegunaannya: Secara tradisional boleh iktiar untuk ;
1. Rawatan tombong peringkat awal. 2. Untuk balut terseliuh atau patah.
Cara kegunaanya:
1. Terlebih dahulu, buang tulang daun yang ditengah basuh bersih dan lap hingga kering.
2. Layur atas api ,
3. Sapu minyak.
4. Selepas itu balut di tempat bengkak atau patah..manakala tembaga suasa biasanya di lumatkan dan tepek pada tempat lebam atau bengkak m.
Pokok Ulam Raja atau nama saintifiknya Cosmoscaudatus tergolong dalam famili Compositae. Ulam raja memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu kerana sering dijadikan ulam-ulaman. Ia menjadikan ulam raja salah satu ulam paling popular di Malaysia selain pegaga, selom dan tenggek burung.
Ramai yang gemar menanam pokok ulam raja di sekitar rumah kerana ia mudah ditanam dan tidak cerewet penjagaannya. Saya sendiri turut sama menanam pokok ulam raja sejak setahun yang lalu sehingga rasa sudah muak makan ulam ini. Pokok ini sangat cepat membesar dan boleh mencapai ketinggian lebih 2 meter apabila pokok mula berbunga.
Pucuk dan bunga Ulam Raja
Apabila pokok mencapai umur lingkungan 2 bulan. Pucuk ulam raja boleh dipetik untuk dijadikan ulam. Ulam yang dimakan segar sudah diketahui mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Apabila pucuk pokok telah dipetik, tunas-tunas sisi akan mula membesar dan menjadi pucuk yang baru.
Jika ia lambat dipetik iaitu pada ketika umurnya mencecah lebih 3 bulan, maka terbitlah bunga-bunga ulam raja berwarna merah apabila masih putik dan bertukar kepada warna merah jambu (pink) apabila bunga sudah berkembang.
Bunga ulam raja adalah sejenis bunga ‘compund’ atau bunga majmuk. Maksudnya; bunga-bunga kecil atau disebut floret yang berada di tengah bunga berkumpul membentuk kepala bunga ( flower head ) dan dikelilingi oleh kelopak-kelopak bunga (petals) yang lebih besar. Bunga jenis ini merupakan satu ciri penting pengelasan dalam famili Compositae atau juga disebut Asteraceae. Kebiasaannya, terdapat 8 kelompak bunga(petals) yang mengelilingi bunga-bunga kecil (floret). Bunga-bunga kecil berwarna kuning merupakan bunga jenis biseksual (bunga jantan dan betina dalam kuntum bunga yang sama) . Setiap kuntum bunga kecil berwarna kuning yang sedang berkembang akan mengalami proses pendebungaan. Sekiranya pendebungaan berlaku dengan baik, setiap kuntum bunga akan menghasilkan 1 biji buah (benih). Gambar di bawah merupakan bunga kecil berwarna kuning yang telah di’zoom’kan menggunakan kanta pembesar yang dihubungkan bersama kamera telefon. Tidaklah bagus sangat, sekadar untuk tujuan hobi sampingan sahaja. Melalui pemerhatian, pada cuaca panas pembentukan buah atau biji ulam raja sangat baik sekali. Namun, apabila musim hujan, sangat sukar sekali mendapatkan biji benih. Sama seperti sebahagian pokok buah-buahan yang lain.
Tempoh dari mula bunga terbit sehingga menghasilkan biji benih (buah) mengambil masa kira-kira 1 bulan. Biji benih yang terhasil boleh digunakan semula untuk penanaman musim yang seterusnya. Selepas pokok berbunga dan berbuah, pokok akan mula kering dan lama kelamaan akan mati.
Bagi mengelakkan pokok cepat mati, atau bagi memanjangkan jangka hayat pokok, seeloknya pucuk ulam raja sentiasa di petik atau di cantas bagi mengelakkan ia cepat berbunga. Secara tidak langsung kita dapat mengutip hasil pucuk ulam raja dengan lebih lama lagi.
Nama Tempatan: Patawali Nama Saintifik: Tinospora Crispa (Miers) Nama Lain: Akar seruntun, brotowali, batang wali Famili: Menispermaceae Lokasi Dijumpai: Dipagar-pagar lama, rumah tinggal Asal : India
Deskripsi Tanaman
Perawakan : Tumbuhan memanjat, 2 – 5 m, berkutil, pahit.
Batang : permukaan berkutil rapat, membelit, coklat tua – muda.
Daun : tunggal, bangun jantung, ujung meruncing tajam, lebar 6-13 cm, ibu tulang nyata, tangkai 4 – 16 cm.
Bunga : tandan jantan, 7-25 cm, tangkai bunga 2-3 bersama, 3,5 – 4 cmm, kelopak hijau, terdalam bulat telur terbalik – sudip, kurang lebih 3,5 mm. Mangkota berbentuk benang, benang sari 6, 2 – 2,5 cm, kepala sari kuning.
Buah : drupa, kurang lebih 8 mm.2)
Waktu berbunga : September
Distribusi : ditanam di Jawa
Sifat khas : Kutil pada batang dan rasa pahit kulit batang.
Batang pokok yang berbonggol bonggol atau berkerutu
Patawali adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar di pagar-pagar dan di kawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi.
Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampuri dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
KEGUNAAN:
Untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.
Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam).
Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampuri dalam minyak urut) . Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampuri dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit sifilis.
Kandungan kimia
Tinospora crispa L. mengandung alkaloid kuarterner; N-asetilnornusiferin, N-formil-annonain; N-formil-nornusiferin; alkaloid berberin hanya ditemukan pada akar akan tetapi tidak ditemukan pada daun dan batang.
Di samping itu ditemukan pula suatu glikosida furanoditerpen yang berasa pahit.3,10,12) N-trans-Feruloil-tiramin, N-cis-Feruloilti-ramin, Tinotuberida, Borapetosida A, Borapetol, Tinosporin, Tinospori-dina.1)
Tanaman lain yaitu Tinospira cordifolia Miers., mengandung alkaloid kuarterner: magnoflorin, tembretarin dan zat pahit yang tak mengandung unsur N; batang mengandung alkaloid kuarterner yaitu; N-asetil-nornusiferin, N-formil-annonain; N-formil-nornuciferin. Pada jenis Tinospora codifolia Miers, terdapat alkaloid kuarterner magnoflorin dan tembetarin berturut-turut 0,07% dan 0,012% terhitung dari bobot kering.5,10)
Pada jenis lain Tinospora capillipes Gagnep., ditemukan alkaloid kuarterner protoberberin, palmatin, jatorrhizin-columbanine stepharanin, dehidrodiskret-amin; disamping itu ditemukan pula alkaloid kuarterner aporfin (menispermin dan magnoflorin)3,4)
Cara pemakaian di masyarakat
Mengobati demam-kuning
Botrowali 1 jari dicuci dan dipotong-potong secukupnya, direbus dengan air bersih 3 gelas minum sehingga hanya tinggal kira-kira ½ nya, sesudah dingin disaring lalu diminum dengan madu seperlunya (2 x sehari, masing-masing ¾ gelas minum).
Mengobati cacar air
Botrowali 1 jari, dicuci dan dipotong-potong seperlunya, direbus dengan air bersih 4 gelas sehingga hanya tinggal kira-kira 3/5 nya, sesudah dingin disaring lalu diminum dengan madu seperlunya (2-3 x sehari masing-masing ¾ gelas).8)
Efek biologi
Ekstrak metanol yang mengandung 2 macam komponen alkaloid dengan komposisi relatif 52,9 11,6% komponen alkaloid A dan 28,9 10,3% komponen alkaloid B dengan takaran 690 mg/kg BB mampu mencegah peningkatan kadar glukosa darah pada tikus normal dengan pembebanan glukosa 1,75 g/kg BB.
Pada takaran 115 mg/kg BB ekstrak tersebut di atas dapat menurunkan kadar glukosa darah tikus yang dibuat diabetik dengan pemejanan aloksan 100 mg/kg BB.15)
Fraksi etilasetat sari etanol batang Tinospora tuberculata dengan konsentrasi 200-300 mg/ml mampu menghambat pertumbuhan Staphylloccus aureus (pada konsentrasi 200 mg/ml dengan daya hambat 7,15 – 15,80 mm; sedangkan pada konsentrasi 300 mg/ml 9,30-19,98 mm).14)
Kegunaan di masyarakat
Pada umumnya batang tanaman diguna-kan untuk pengobatan penyakit kuning, kencing manis, nyeri perut, demam; pada pemakaian sebagai obat luar digunakan untuk membersihkan luka, kudis dan scabies.1,6)
Budidaya
Tanaman ini diperbanyak dengan stek batang, yang dipotong-potong sepanjang 50 cm, di tanam di sisi tonggak penopang (lanjaran). Hasil terbaik pada tanah berlempung yang kaya hara. Tanaman ini mampu tumbuh dengan subur di dataran pantai sampai dataran tinggi (pada ketinggian 1000 dpl). Stek batang ditanam dengan jarak beberapa sentimeter dan dibiarkan merambat pada tonggak penopang yang tingginya 2 meter. Untuk pertumbuhan selanjutnya, sering-sering diberikan kapur dan pupuk organik.7)
Putrawali (Tinospora Cordifolia) Tumbuhan ini sering digunakan sebagai bahan perubatan tradisional untuk rawatan arthritis, ia juga mampu mengurangkan gula dalam darah dan untuk membantu mengurangkan gejala diabetes, menurunkan panas badan, dan juga berguna sebagai antiseptik luka seperti lebam atau kudis, penambah nafsu makan dan juga mengubati malaria.
Nama Botani: Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain: Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Famili: Lamiaceae
Pengenalan:
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.
Daun dan bunga
Khasiat dan Kegunaan:
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
**Nota tambahan :
Misai Kucing (Orthosiphon stamineus) Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Tumbuhan ini mampu merawat penyakit buah pinggang, Batu pundi kencing, Jangkitan saluran kencing, Masalah Hati dan masalah pundi kencing, Kencing manis, Sakit sendi, Batu karang, Gout, Mengurangkan kolesterol & tekanan darah. ia Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, dan Diuretik
Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau ‘jamu’ untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. .Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual. Kacip Fatimah kaya dengan “phytoestrogen” dan “isoflavones” yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai “Selusuh Fatimah” (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan “Kacip Fatimah” (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi “benzoquinone” dan “resorcinol”.
CIRI – CIRI TUMBUHAN
Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.
TABIAT TUMBUHAN
Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi dan mempunyai teduh.
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN
Keseluruhan pokok
AMALAN TRADISI PERAWATAN
Bahan tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut. Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin. Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman. Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea.
Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran “phyto estrogen” (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.
Nama Tempatan : Cakar Ayam Nama Saintifik : Selaginella Doederleinii Hieron Nama Lain : Si Shang Be (China) Famili :
Cakar ayam (Selaginella doederleinii Hieron) tergolong dalam tumbuhan paku pakis yang tumbuh melimpah di tebing, jurang dan tempat teduh yang beriklim dingin. Cakar ayam mempunyai rasa manis dan bersifat hangat, ianya di biakkan melalui keratan batang, ianya perlu disiram dengan air yang cukup bagi memelihara kelembapan tanah, baja yang sesuai ialah baja organik. Seluruh bahagian tanaman ini sesuai di manfaatkan sebagai ubat.
Daunnya berbentuk tripinat dan menyerupai cakar ayam berdasarkan susunan “sisik” daunnya. Tumbuhan yang turut dikenali sebagai paku batu ini mengandungi alkaloid, filosterol dan saponin. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat dan lazimnya disediakan sebagai ramuan yang dikeringkan.
Kandungan kimia
Kandungan kimia di dalam cakar ayam belum lagi banyak di ketahui, namun ianya mengandungi antipiretik, anti-toksin, antikanser, menghentikan darah & pembersih darah.
Ciri dan khasiat Pokok ini mempunyai ciri manis dan panas yang berkhasiat diguna untuk meredakan panas, penawar racun , antikanser (antineoplastik), menghentikan pendarahan (hemostatik) dan meredakan bengkak (antiedema).
Kegunaan Penyakit utama > Kanser rahim, peparu dan saluran pernafasan
Keterangan:ü Cassia angustifoliaü Cassia senna (Senna)Terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Gelenggang adalah salah satu daripadanya, ia adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia adalah tumbuhan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini dikelasifikasikan dalam keluarga Caeasalpiniaceae berkaitan dengan Mimosaceae dan Fabaceae (dahulunya dikenali sebagai Papilionaceae: kacang, kekacang, cengkih semanggi, dan sebagainya) boleh dikumpulkan dalam keluarga terbesr (superfamily) kekacang (legumes).Ia memiliki bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm Tree atau “candle tree“. Satu spesisSenna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan dari genus nya sendiri, Herpetica.
BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Jom baca khasiat barli yang terlalu banyak ini.
Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.
Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.
Pokok Susu Nabi @ Susu Kambing @ Pokok Gelang @ Keremek Susu @ Ara Tanah@Gelan Susu@ Asthma-Plant@Hairy Spurge@Asthma Weed@Snake Weed@Tawa-Tawa (Filipina)
Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…insha allah, stroke (lumpuh) akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yg menyembuhkan.
MEMANG AJAIB… !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan. Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya. Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah juga mencuba.
Terung pipit,terung rembang(rimbangdalam bahasa Minang) atauterung mangguladalah sejenisulamyang terdapat dihutanASEAN.Nama botaniterungini adalahSolanum torvum.
Penggunaannya
Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.[1]Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2],[3]Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca darisolanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).[4]
Kecil buahnya tapi khasiatnya menakjubkan. Inilah dia terung pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum dan merupakan keluarga terdekat terung.
Selain rasanya yang sedap, terdapat banyak khasiat untuk kesihatan yang anda perlu tahu:
1. Terbaik untuk mengurangkan berat badan
Terung pipit kaya dengan serat dan salah satu kebaikan serat adalah terbaik untuk menghilangkan berat badan berlebihan. Tambahan lagi terung pipit sangat rendah tahap kalorinya.
2. Bagus untuk jantung
Kajian menunjukkan yang terung pipit kaya dengan mineral yang penting dan salah satunya adalah potassium. Potassium mengawal jumlah sodium di dalam darah yang sememangnya bagus untuk jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Mengubati anemia
Selain potassium, zat besi dan zink adalah dua jenis mineral yang ditemui dalam terung pipit. Individu yang mengalami anemia mempunyai kekurangan zat besi dan zink.
4. Mengurangkan risiko diabetis
Terung pipit sangat bagus dalam mengawal tahap gula dalam darah.
5. Terbaik untuk otak
Mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak kerana tekstur dan baunya yang sedikit berbau namun terung pipit dikatakan salah satu makanan super untuk otak.
6. Bagus untuk kulit
Terung pipit mempunyai vitamin C dan E yang sememangnya merupakan antioksidan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit kekal sihat dan muda.
7. Mengandungi ejen antibakteria
Ini sebablah terung pipit digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut.
8. Rawatan semulajadi untuk gout
Terung pipit mempunyai bahan anti keradanfan yang dapat mencuci asid urik keluar dari tubuh badan. Jadi ia mampu untuk mengurangkan kesan gout.
9. Mempertingkatkan aliran darah
Kerana kaya dengan mineral penting, terung pipit sangat berkhasiat dalam mempertingkatkan aliran darah. Aliran darah yang bagus dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubub dengan lebih baik.
10. Rawatan tradisional untuk batuk
Terung pipit dimasak sup untuk melegakan batuk dan selesema.
11. Mengelakkan masalah buah pinggang
Kajian menunjukkan dengan memakan terung pipit dapat mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Namun kajian tambahan perlu dilakukan untuk menyokong kenyataan ini.
12. Mempertingkatkan kitaran menstruasi
Memakan terung pipit dikatakan dan terbukti dapat mempertingkatkan kitaran menstruasi bagi kaum wanita.
13. Bagus untuk kehamilan
Terung pipit bagus diambil oleh ibu hamil kerana kaya dengan kandungan folate. Folate sangat penting dalam perkembangan fetus.
Sila layari http://wannuraorkid.wordpress.com/ untuk rujukan orkid spesis dan hibrid atau anda boleh klik pada widget yang tertera wannuraorkid dibawah tajuk BLOG TEMAN. Pemindahan orkid ke weblog baru adalah untuk memudahkan rujukan anda di masa hadapan. Sekian terima kasih.
1. Koleksi Herba
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
2. Herbs of Malaysia
An introduction to the medicinal, culinary, aromatic
and cosmetic use of hebs.
3. Ensiklopedia Herba-herba sekeliling kita
oleh Abdullah al-Qari B. Hj. Salleh
4. A to Z of South East Asian Orchid Species.
5. Media-media massa
6. Teman-teman
7. Pengalaman sendiri
Hakikat Insan yang menguasai keturunan Adam a.s membekalkan segala bentuk maklumat yang diperlukan oleh bangsa manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Walaupun begitu Allah s.w.t memperingatkan: Kami firmankan: “Turunlah kamu sekalian dari (syurga) ini, kemudian jika datang pada kamu satu … Teruskan membaca →
PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Teruskan membaca →
Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Teruskan membaca →
KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Teruskan membaca →
@SyedSaddiq @AbdullahHusin_ Innalillahiwainnailaahirrojiun.... al Fatihah..... Aamiin 🤲. Semoga Arwah ditempatkan bersama golongan solehahTweet 3 months ago
@DrZahidHamidi Didoakan agar Tuanku diberi kesembuhan seperti sediakala dengan segera 🤲 .... AamiinTweet 9 months ago
@501Awani Innalillahi wainnalillahi rajiun...., al fathah di ( baca ) aamiinn. Salam takziah buat keluarga arwah....Tweet 1 year ago
Sangat2 diperlukan di Taman Hillview, Ipoh, Perak.Tweet 1 year ago
Apa kata teman hari ni ?