Wannura

Koleksi Tumbuhan

Betik Sekaki (Carica papaya) Jun 25, 2012

Filed under: Buahan — Wannura @ 9:43 pm
Tags: , , , ,

Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama di seluruh dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt. Antara kawasan utama tanaman betik ialah di Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap – 395 ha) dan Daerah Muar , Johor (182 ha) pada tahun 2009. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil pula antara 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluruh negara. (more…)

 

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — Wannura @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

TIMBA TASIK (Clerodendrum serratum) BAIK UNTUK WANITA Ogos 1, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 4:03 pm
Tags: , , , ,



DAUN TIMBA TASIK

PENGENALAN
Nama saintifik bagi timba tasik adalah Clerodendrum serratum (L.) Moon dan sinonim kepada Clerodendrum serratum Spreng dan dalam keluarga Verbenaceae. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Tinjal tasik, tambun tasik, lampin budak, mata kesang (Melayu); Green witch’s tongue (Ing.).

Ia dalah tumbuhan renek yang tumbuh liar serta mudah kelihatan di sekitar kampung. Batang pokok timba tasik separa kayu dan mempunyai banyak cabang setelah dicantas. Daunnya berbentuk bujur lonjong serta bergerigi ditepinya dan kelihatan urat daun berpasangan yang jelas. Aroma pahitnya agak kuat, namun sesetengah masyarakat Melayu memakan pucuknya sebagai ulaman.

Bunga timba tasik sangat menarik, berwarna putih serta memiliki stamen yang panjang dan dihujungnya terdapat bintikan warna hitam. Bunganya keluar dalam bentuk gugusan itu akan mengasilkan buah berwarna hijau tua ketika muda dan akan bertukar ke kehitaman setelah matang.

Ia dikatakan amat baik bagi kaum wanita terutamanya setelah melahirkan anak untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh badan jika mengamalkan makan pucuknya.

 

PUTAT (Barringtonia racemosa) ULAM YANG SEMAKIN PUPUS Julai 18, 2010

Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.

Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek.  Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan.  Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.

Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.

Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT

Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

(Sumber : http://fazlisyam.com/2009/01/04/pokok-putat/)

MAKLUMAT  TAMBAHAN

Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.

Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu Putat Hijau dan Putat Merah. Selain dari pucuk, buahnya juga boleh dijadikan ulam.

Ada juga putat yang dipanggil Putat Laut (Barringtonia asiatic). Seperti namanya, putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.

KEGUNAAN:

Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan). (Sumber :http://www.melur.com/ )

Ada pula yang mengatakan bahawa gambar di atas adalah  PUTAT SAWAH @ PUTAT BENDANG namanya (panggilan orang Kedah).  Ada juga yang memberi informasi tentang putat ada 3 jenis ;
  1. PUTAT SAWAH – Pucuknya agak kelat dimakan dengan laksa dan buahnya yang muda yang rasanya kelat dan lemak  dimakan sebagai ulam.
  2. PUTAT HUTAN – Pucuknya lemak dan boleh disimpan lama apabila direndam dengan cuka nipah .
  3. PUTAT NASI – Pucuknya lemak dan buahnya bulat-bulat berjuntai macam buah rambai ; rasanya  lemak apabila dibuat ulam (untuk awet muda) . Kulit batangnya yang dikeringkan boleh dibuat ubat resdung dengan cara membakarnya dan asapkan pada muka.
 

POKOK KAMBING (Epimedium sagittatum) PERANGSANG BERAHI LELAKI DAN WANITA Julai 8, 2010

PENGENALAN
Epimedium mempunyai sejarah yang lama di China, yang mana khasiat perubatan pertama dicatatkan pada 2,000 tahun lalu di Shen Nong Canon of Herbs. Orang Cina merujuk herba ini sebagai perangsang nafsu berahi yang berkesan untuk lelaki dan wanita.

Dalam ilmu perubatan Cina, Epimedium juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang tetapi ianya lebih mempunyai nilai kepada tahap berahi yang tinggi. Sebahagian kandungan yang terdapat di dalamnya adalah flavoid, polisakarida, icariin, sesquiterpenes, fenolik dan penythylol glycosides, ionones, sterols dan alkoloid yang dipanggil magnaflorin.

Kegunaan Epimedium
Epimedium dipercayai mempunyai nilai perangsang berahi yang paling tinggi bagi kegunaan lelaki dan wanita. Kandungan flavoid dikatakan berupaya meningkatkan stimulasi kepada deria rasa, terutamanya di bahagian kelamin dan kegunaannya dikatakan membantu meningkatkan kemahuan seksual selain bertindak untuk aktiviti “copulation” dan tahap hormon testeron. Testeron merangsang bahagian tengah minda yang menggalakkan tingkah laku seksual kepada lelaki dan wanita. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan tindakbalas yang dilakukan oleh Epimedium, malahan dilihat dapat membantu kualiti seks individu dan disarankan kepada wanita yang mengalami keadaan dingin seks. Ianya juga dipercayai meningkatkan tahap prestasi seksual kepada pesakit yang menjalani hemodialisis akibat kegagalan fungsi ginjal. Walaupun tidak dapat difahami bagaimana Epimedium ini bertindak secara khusus, ianya mungkin disebabkan enzim yang dipanggil acetylcholinesterase yang membantu penghantaran sel neuro cholinergic yang dikaitkan dengan keinginan seksual dan semestinya tumbuhan ini digunakan sejak berzaman untuk mengembalikan keinginan seksual kepada lelaki dan wanita.

PENGGUNAAN

Kajian mendapati untuk hasil yang lebih baik hendaklah mengamalkan (2-4 cawan) untuk berberapa hari berturut-turut (4-5 hari). Epimedium berfungsi untuk melancarkan salur darah, seterusnya meningkatkan perjalanan darah, meningkatkan fungsi saraf dan membantu keadaan ereksi yang lebih baik, melewatkan penuaan dan menguatkan ingatan.
KESAN SAMPINGAN

Pengambilan yang berlebihan (lebih dari 10 cawan sehari) akan mengakibatkan rangsangan berlebihan seterusnya memberi kesan kepada keadaan jantung. Elakkan pengambilan Epimedium berserta dengan ubat darah tinggi dan jantung.

SIAPA YANG PATUT AMBIL

Golongan dewasa, lelaki dan perempuan, kecuali wanita hamil. Semakin berusia anda, lagi sesuai ianya untuk anda. Sangat digalakkan kepada mereka yang kurang keinginan terhadap seks.

KEBAIKAN EPIMEDIUM

· tonik untuk lelaki dan wanita
· merangsang berahi dan keinginan seksual
· meningkatkan tahap testeron
· meningkatkan kandungan sperma
· bronchitis
· membantu fungsi buah pinggang
· mengurangkan keletihan
· melambatkan penuaan
· meningkatkan fungsi minda
· sakit belakang, kerapuhan tulang
· tekanan darah rendah
· membantu pengedaran darah
· sejuk dada, kebas
· mengawal menopause dan PMS
· menggalakkan pembinaan sel tulang (osteoporosis)
· menghalang virus herpes simplex
· antioksida
· meningkatkan sistem imunisasi
· meningkatkan metabolisma – mengawal berat badan.

Sumber : http://www.simbaza.com/

 

KERADANG (Carissa carandas) BUAHNYA UNTUK AWET MUDA Mei 15, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 1:17 am
Tags: , , , ,

Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata di atas tanah atau memanjat.
Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiat dari segi kesihatan diri. “Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.
Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini. Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduri keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.
Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bila dipetik.
Sebab itulah, sebelum dicampur di dalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga mendidih terlebih dahulu.

Sumber : http://herba.berita1.com/

 

KOKO (Theobroma cacao L.) MINUMAN AWET MUDA DAN PANJANG UMUR Mei 12, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 1:20 am
Tags: , ,

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga “Sterculiaceae” adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini.

Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.

Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil “beans”, terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).
Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.

Sejarah
Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.

Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.

Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.

Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah di Melaka dalam tahun 1778.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Koko

Minuman Koko Tok Guru Pondok adalah amat baik untuk kesihatan. Selain mengandungi khasiat 8 Makanan Sunnah yang diketahui umum, kandungan lemak dalam koko menjadikannya sejenis minuman yang dapat menyumbang lebih tenaga berbanding kopi atau teh.
 
Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung. Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol di dalam koko berupaya mengurangkan tekanan.
 
Koko juga mampu melambatkan proses penuaan kerana antioksida berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini membuktikan wujudnya poliphenol sebagai antioksida dalam koko.

Sumber : http://tokgurupondok.com/

 

SELOM (Oenanthe javanica) ULAM PENCUCI TOKSIK April 9, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 10:07 pm
Tags: , , , , ,

 

CEKUR BATIK (Kaempferia elegans) ULAM AWET MUDA Mac 15, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 2:25 am
Tags: , , , , , ,

 

CENDAWAN MAITAKE (Grifola frondosa) PENAWAR AIDS Mac 6, 2010

Filed under: Sayur — Wannura @ 12:49 pm
Tags: , , , , ,