Wannura

Koleksi Tumbuhan

Limau nipis tanpa biji di Restoran Sabar Menanti Ipoh Perak Julai 28, 2012

Filed under: Artikel — Wannura @ 10:14 pm
Tags: , , , ,

Sesiapa yang ingin memiliki pokok limau nipis tanpa biji, bolehlah beli anak pokok tersebut di Restoran Sabar Menanti Ipoh Perak Darul Ridzuan.

 

Nenas yang unik Julai 18, 2012

Filed under: Artikel — Wannura @ 12:25 am
Tags: , ,

 

Buah Pala (Myristica fragrans) Julai 11, 2012

Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.

Buah pala sebenarnya ialah biji pokok ini, dan berbentuk seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, sedangkan selaput biji palan ialah aril atau kulit bijinya yang berwarna merah dan kelihatan kering dan seakan-akan renda.
Beberapa produk komersil yang lain juga dihasilkan oleh Pokok Pala, termasuk minyak pati, oleoresin tersari, dan mentega buah pala (sila lihat di bawah).

Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea, dari New Guinea, dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans.

Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina sahaja. Oleh itu, pada kebiasaannya satu batang pokok jantan ditanam di antara 10 batang pokok betina. Namun ada sumber yang mengatakan bahawa terdapat pokok yang mengeluarkan kedua-dua bunga jantan dan betina. Tetapi ini jarang ditemui.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza di antara pokok yang berlainan. Ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 89 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah ini masak, perikapnya yang berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi biji atau aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah terlekat pada pangkal biji.

Bahagian perikarpnya, walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’ ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.
Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.

~ http://ms.wikipedia.org

Maklumat tambahan

Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk elips langsing atau ‘ovate-alternate’ berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai ‘Pokok Jantan’ dan ‘Pokok Betina’ selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang ‘hemaprodite’ kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun.

Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua2 bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau ‘cross pollinatian’. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yng berwarna coklat.

Pokok buah pala atau ‘nutmeg’ ini merupakan pokok saka yang sesuai ditanam dikawasan panas, hujan melebihi 2,500 mm setahun, terlindung dari angin kencang dan tiada musim kemarau panjang. Penanaman buah pala menggunakan biji benih yang matang dan perlu disemai. Biji benih memerlukan 2-4 minggu untuk bercambah dan boleh di tanam keladang selepas 6 bulan. Oleh kerana pokok buah pala di tanam kebanyakkanya di lereng bukit di kawasan Pulau Pinang maka jarak tanaman 3-4 m x 3-4 m mengikut kesesuaian. Pembajaan dijalankan dengan memberikan baja organik sebanyak 4-5 kg sepokok setiap 6 bulan dan baja NPK mengikut kadar. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual atau kimia.
Pokok pala akan mulai berbunga selepas 7-9 tahun ditanam. Buah-buah pala yang masak akan dikuitp secara manual dan dikumpulkan. Jika dibiarkan maka buah pala akan gugur dan disetengah negara biji akan dikutip untuk diproses. Kajian menunjukkan penghasilan pala paling optima sehingga 25 tahun dan pokok akan menjadi terlalu tinggi melebihi 20 meter sukar untuk aktiviti penuaian. Jika dibiarkan pokok pala mampu hidup sehingga beratus-ratus tahun. Pala dikutip dua tujuam iaitu untuk penghasilan buah segar bagi tujuan di proses jadi bahan makanan atau perubatan atau penghasilan biji buah untuk diproses. bagaimanapun buah yang cukup masak dituai dan dijemur selama 6-8 minggu dibawah cahaya matahari. Amalan di Malaysia kulit biji akan dikupas dan bijinya dijemur. Apabila buah kering maka buah akan berbunyi kerana saiz biji mengecil di keluarkan sebelum dijual biji pala (Di Indonesia).
Biji pala mengandungi minyak sebanyak 7 – 14% yang mempunyai nilai tinggi untuk pelbagai kegunaan. Minyak yang diekstrak ini digunakan untuk dijadikan ubatan farmasiutekal dan industri bau-bauan (minyak wangi). bahan kimia yang terkandung adalah seperti d-pinnene, dipentene, d-borneol, I-teripenol, geraniol, safrol dan myristicin. Buah pala sebenarnya berguna dalam masakan dan juga sebagai makanan. Di Pulau Pinang buah pala di hiris halus dan disalut gula daan dimasukkan dalam ‘ais kacang’. Buah pala juga digunakan sebagai ramuan masak kari, sayuran campuran, manisan di India, campuran minuman, candy dan sebagainya. Kajian klinikal menyatakan penggunaan produk buah pala yang sedikit memberikan kesan Psaikologi dan Neurologi manusia tetapi jika terlalu berlebihan akan memberikan kesan negatif yang tidak baik. Kandungan myristicin dalam buah pala boleh menyebabkan pening kepala, pengurangan air badan (dehydration), palpitations, convulsions, nausea dan sebagainya jika tidak mengikut peraturan dosej makan. kajian lanjut perlu dijalankan mengenai tanaman ini yang ditanam tidak berapa luas atau komersial di Malaysia.

Sumber : ~ http://animhosnan.blogspot.com

 

Betik Sekaki (Carica papaya) Jun 25, 2012

Filed under: Buahan — Wannura @ 9:43 pm
Tags: , , , ,

Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama di seluruh dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt. Antara kawasan utama tanaman betik ialah di Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap – 395 ha) dan Daerah Muar , Johor (182 ha) pada tahun 2009. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil pula antara 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluruh negara. (more…)

 

JAMBU APEL Januari 15, 2011

Filed under: Buahan — Wannura @ 8:21 pm
Tags: ,

Deskripsi

Jambu apel yang buahnya mirip apel sangat mudah dibedakan dari jenis jambu air lainnya. Buahnya selalu memiliki bekas kelopak berwarna merah yang sangat kontras dengan warna buah yang putih violet. Bila diperhatikan, sebenarnya jambu ini mengalami tiga kali perubahan warna, yaitu hijau saat muda, putih bila tua, clan putih violet bila matang. Daging buahnya bertekstur keras dan rasanya manis. Ukuran buahnya termasuk sedang. Setiap kg-nya berisi 15 buah. Buahnya ada yang berbiji dan ada yang tidak.

Manfaat

Dengan rasanya yang rata-rata manis segar dan mengandung banyak air, akhirnya jambu air menjadi salah satu buah yang sangat digemari masyarakat. Banyak orang memanfaatkan buah jambu air sebagai buah pelepas dahaga.

Syarat Tumbuh

Jambu air dan jambu semarang mampu tumbuh di hampir semua wilayah Indonesia. Bahkan, keduanya mampu menyesuaikan diri dengan segala jenis tanah asalkan tanahnya subur, gembur, dan banyak air. Kedalaman air tanah yang masih bisa ditolerir hanya sampai 200 cm. Tanaman ini menyukai curah hujan rendah dengan musim hujan tidak lebih dari delapan bulan. Untuk jambu air, ketinggian tempat yang dikehendaki agar bisa tumbuh baik ialah dataran rendah dan dataran tinggi sampai 1.000 m di atas permukaan laut, sedangkan jambu semarang hanya sampai 500 m di atas permukaan laut.

Pedoman Budidaya

Perbanyakan dengan benih umum dilakukan. Biji kadang-kadang abortif, dan beberapa kultivar jambu cenderung tidak berbiji. Perbanyakan dengan klon melalui pencangkokan, penyetekan, atau penempelan tidak sukar dilakukan. Pencangkokan pada umumnya dilaksanakan di Asia Tenggara. Metode Forkert termodifikasi dianjurkan untuk penempelan. Semai Syzygium yang sama atau berlainan jenisnya dapat digunakan sebagai batang bawah. Di Jawa, jambu ‘klampok’ atau ‘kopo’ (S. pycnanthum Merr. & Perry, syn. Eugenia densiflora (Blume) Duthie) dianjurkan sebagai batang bawah karena bandel dan tidak diserang oleh rayap. Jarak tanamnya berkisar antara 8-10 m.

Pemeliharaan

Pohon jambu ini hanya memperoleh sedikit perhatian setelah tahun pertarna atau kedua, yang pada saat itu pemupukan, penyiangan, pemberian mulsa, dan pengairan dapat meningkatkan volume pohon dengan cepat. Pohon yang sedang berbuah tampaknya sangat responsif terhadap pupuk majemuk yang diberikan seusai panen dan ditambah dengan suatu pupuk daun segera setelah pembungaan terbentuk.
Hama dan Penyakit
Tidak ada rekomendasi yang khusus untuk proteksi tanaman, tetapi terjadinya hama dan penyakit tentu saja memerlukan suatu penelitian , mengenai organisme penyebab dan pemberantasannya.
Panen dan Pasca Panen
Buah jambu-jambu ini berkulit tipis dan Iembut; buah itu harus dipetik dengan tangan dua kali seminggu, dan hendaknya ditangani dengan hatihati. Buah sebaiknya segera dikonsumsi atau diawetkan selama beberapa hari seusai panen.

http://ayobertani.wordpress.com/

 

KEMUNTING (Rhodomyrtus tomentosa) banyak terdapat di pantai timur Malaysia

Filed under: pokok hutan — Wannura @ 1:41 am
Tags: , , ,

Sebagai penghormatan dan tanda terima kasih kepada dua orang pengunjung Wannura iaitu saudara Azmi bin Md Deros dan saudara Fadhil kuantan yang telah sudi menyumbangkan informasi tentang pokok Kemunting ini atas dasar pengalaman mereka, saya sengaja mengadakan satu entri baru yang lebih informatif sebagai rujukan di masa hadapan. Saya berharap ada lagi pengunjung-pengunjung yang sudi memberikan maklumat di sini.

FAKTA KEMUNTING

Pengenalan
Pokok Kemunting nama saintifiknya Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk. merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia. Namanya yang lain ialah karamunting, kelemunting, Dunduok (kadazan dusun), Gangrenzi (cina), Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava, Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle.

Ia juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.

Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat. Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur. Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halus dan berwarna hijau pudar. Bunganya berwarna merah jambu atau ungu muda, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarna merah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm. Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga. Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan rasa buahnya seakan-akan buah jambu batu, manis-manis kelat dan berbau harum.

Habitat
Kemunting hidup subur di kawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa di jumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

Ia makin pupus dan biasanya hidup dalam belukar dan sedikit berpaya. tanah berpasir berhampiran pantai adalah habitat yang sesuai. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu; akan tetapi tumbesarannya lambat. Ada juga yang membuat ‘bonzai’.

Khasiat dan Kegunaannya.

  • pucuk muda dan putik muda adalah ubat sakit perut.
  • buah yang masak sangat sedap di makan begitu saja atau di makan dengan santan bagi membersihkan darah
  • akarnya untuk penawar keracunan, penyakit keputihan bagi wanita, muntah berdarah. Caranya rebus akar dengan air (lebih kurang 150 ml) dan diminum tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem
  • Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam
 

KEDONDONG (Spondias dulcis.) sedap dijeruk Januari 3, 2011

Filed under: Buahan — Wannura @ 11:35 pm
Tags: ,

Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Spondias dulcis dari keluarga Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.

Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.

Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

 

ACAI BERRY (Euterpe oleracea): Buah Ajaib Di Dunia Januari 1, 2011

Filed under: Buahan — Wannura @ 1:12 am
Tags: , , ,

Acai Berry – Buah Ajaib Di Dunia
Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit

 

TEMBIKAI (Citrullus Lanatus) yang berkhasiat dan pelbagai guna Disember 22, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 8:52 pm
Tags: , , ,

PENGENALAN
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.
Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil ‘beri palsu’. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

KHASIAT
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

KEGUNAAN LAIN
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

 

Kiwi (Actinidia deliciosa) yang pelbagai khasiat dan manafaat

Filed under: Buahan — Wannura @ 8:29 pm
Tags: , , ,

Pokok kiwi sebenarnya berasal dari Yangtze, China. Ia di bawa masuk ke New Zealand pada awal kurun ke 20.

Kandungan nutrisi bagi 100g buah kiwi :
Air – 83.05g
Tenaga – 61kcal, 255kj
Protein – 0.99g
Lemak – 0.44g
Abu – 0.64g Karbohidrat – 14.88g
Fiber – 3.4g
Calcium, Ca – 26mg
Iron, Fe – 0.41mg
Magnesium, Mg – 30mg
Phosphorus, P – 40mg
Potassium, K – 332mg
Sodium, Na – 5mg
Vitamin C (ascorbic acid) -75.0mg
Thiamin – 0.020mg Riboflavin – 0.050mg
Niacin mg 0.500mg
Vitamin A, IU – 175
Vitamin A, RAE – 9mcg
Retinol – 0mcg
Kolesterol – 0mcg

Buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu kadar gula dalam darah sejajar dengan pengambilan karbohidrat. Ia juga rendah lemak dan rendah kadar kalorinya.

Di pasaran, terdapat dua jenis buah kiwi iaitu kiwi hijau dan kiwi kuning keemasan.

Beberapa kebaikan dan khasiat buah kiwi:-
1) Mempunyai kadar khasiat paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain.
2) Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu dua kali ganda daripada buah limau. Memakan sebiji buah kiwi sehari akan menambahkan asid plasma askorbic yang dapat membantu mengurangkan 33 peratus risiko terkena penyakit saluran darah.
3) Paling tinggi kadar magnesium yang boleh membantu kesihatan jantung.
4) Paling rendah kadar sodium dan tinggi kadar potassium.
5) Kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatn mata dan kulit.
6) Kandungan serat yang tinggi yang boleh membantu penghadaman dan pembuangan air besar.
7) Kaya dengan Vitamin E.
8 ) Kaya dengan sumber klorofil yang dipercayai dapat terhindar daripada terkena penyakit barah usus perut.
9) Kaya dengan asid folat yang baik untuk ibu hamil dan mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer (penyakit lupa) sebanyak 50 peratus

Beberapa tips menarik mengenai buah kiwi:-
untuk mengetahui samada buah kiwi sudah boleh dimakan, tekanlah dengan jari sedikit, jika lembut maka ia sudah pun ranum.
simpan buah kiwi dalam peti sejuk dan asingkan daripada buah-buahan yang lain supaya ia dapat bertahan agak lama.
untuk mempercepatkan buah kiwi masak, letakkannya di dalam bekas kertas dan masukkan sekali buah pisang dan epal bersamanya. pisang dan epal akan mengeluarkan ethylene sejenis gas yang membantu mempercepatkan kematangan buah-buahan.
untuk mengelakkan rasa pahit semasa mencampurkan buah kiwi dengan bahan susu sejuk, celur dahulu buah kiwi dalam air panas beberapa minit kemudian masukkan ke dalam ketuhar mikro beberapa saat.
(Sumber :http://sueriyana.wordpress.com/2010/12/22/buah-kiwi-kaya-vitamin-c/