Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (more…)

 

Seburut ubat tradisional perancang keluarga Julai 24, 2012

Pengenalan
Seburut atau nama saintifiknya Thottea grandiflora rottb. adalah dari keluarga Aristolochiaceae. Nama lainnya ialah Kurubut, Semubut, Seperuit, Gereboh, Telinga Kelawar.

Pokok renek setinggi 3 m tetapi biasanya 1m tinggi sahaja; tumbuh berumpun, ada batang di dalam tanah yang bercabang dan menghasilkan batang yang tumbuh lurus tegak, batang atas tanah jarang-jarang bercabang kecuali kalau patah atau cedera.

Daun berbentuk lonjong atau bujur telur, 15-30sm panjang dan 9-20sm lebar, permukaan kasar, liat, permukaan bawah berbulu.

Bunga dalam jambak sepanjang 5 sm; bunga berjuntai, boleh mencapai 12.5 sm panjang , warna ungu kemerah-merahan, urat berjalin jelas kelihatan, berbulu.

Buah jenis kapsul tirus, 10-15 sm panjang.

Kandungan
Semua bahagian – saponin, triterpin dan steroid.

Saponin ada jenis beracun, meransang hingus, kesan antiradang dan sebagai tonik lelaki atau tonik wanita. Steroid berkesan sebagai ubat perancang keluarga (menjarangkan anak dan juga untuk menambah kesuburan wanita), meningkatkan kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung, artritis , sakit jantung dan lain-lain.

Taburan
Seburut mempunyai taburan semulajadi di Mynmar, Semenanjung Malaysia dan Singapura. Di Semenanjung Malaysia, seburut paling banyak terdapat di bahagian selatan.

Penanaman
Seburut boleh ditanam dengan menggunakan biji atau potongan rizom yang diasingkan dan ditanam semula. Keadaan yang kurang sesuai seperti di taman atau kebun kerana terlalu banyak cahaya matahari, udara, tanah terlalu kering atau tanah terlalu banyak air menyebabkan seburut tumbuh sangat perlahan atau terus mati. Ia tidak mengalami musim bunga. Oleh itu ia boleh berbunga sepanjang tahun.

Ekologi
Seburut tumbuh liar di hutan pamah hingga ke hutan bukit pada ketinggian 600 m dari paras laut. Seburut memerlukan naungan dan keadaan yang lembab.

Khasiat ubatan
Batang (dalam tanah), Akar dan Pangkal pokok : Air rebusannya diminum sebagai tonik yang mujarab untuk ibu selepas bersalin; rawatan batuk kering, demam panas, demam malaria dan disentri.

Kegunaan lain
Bunga Seburut yang besar dengan corak warna dan kelopak yang cantik cukup menarik perhatian, tetapi ia berbau busuk sedikit. Namun, pokok ini berpotensi sebagai tanaman eksotika kepada peminat flora.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

Rancang Besi ubati lemah tenaga batin Julai 21, 2012

Ciri-ciri pokok:
Pokok ini jenis berkayu/ syrub. Mempunyai batang yang keras seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung daun menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

Taburan ekologi:
Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. . Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk.

Kegunaan
Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum untuk mengubati lemah tenaga batin, urat saraf, penyakit gonorea dan tonik kesihatan. Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Sumber : http://www.acp.upm.my/puchong/

 

Pulasari (Tetracera Indica Merr. ) Jun 10, 2012

Pokok Pulasari atau lebih dikenali sebagai Mempelas (nama saintifiknya Tetracera Indica Merr. )adalah sejenis pokok berakar rendah, jenis menjalar/ memanjat dan batang pokoknya berkayu serta terasa kesat dan boleh menyebabkan luka jika tersagat pada kulit. Daunnya berkembar, bersaiz sederhana , urat daun yang jelas kelihatan serta permukaan daunnya agak kesat juga. . Bunga mempelas berwarna putih dengan kelopak kecil berwarna merah jambu dan berbau sangat wangi. Buah mempelas berbentuk seakan beri dan rasanya masam. Ia berwarna hijau ketika muda dan apabila masak ia berubah menjadi merah.
Ia mudah ditemui di kampung , kawasan semak dan hutan di Asia Tenggara. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Ia juga merupakan pokok serba guna seperti berikut :

Daun
a) digunakan untuk memelas/ melicinkan kayu seperti ukiran kayu dan perabot.
penawar penyakit bagi gatal kulit, kejang dalam perut , cirit-birit
mengilatkan kuku
erbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering boleh digunakan untuk merawat radang.
daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa.
Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi.

Akar
Mengubati penyakit darah tinggi

Buah
Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan.

Batang
Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya.

Ada juga pengamal perubatan tradisional mengatakan, akar pokok ini walaupun agak sering menyusahkan orang tetapi ianya sangat perlu oleh mereka yang mempunyai penyakit seperti ovary cist, fibriod, penyakit dalam perut dan masalah perbidanan.

Caranya, ambil 10 akar tunjang, bersihkan, rebus akar itu. Apabila ia suam, boleh campurkan gula merah (jika mahu) dan minum . Cuba amalkan selama sebulan untuk melihat kesannya disamping berpantang makan makanan berdarah seperti daging, ayam, kerang, hati…InsyaAllah

 

PUTAT MERAH (Barringtonia edulis) Ogos 8, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:31 pm
Tags: ,

 

Limau Lelang Gunung : UNTUK BUAT MINYAK PENGASIH Julai 30, 2010

Ini adalah di antara penjelasan Tok Sheikh dan Neo Iskandar di weblog Karimon’s Blog mengenai khasiat Limau Lelang Gunong :

Tok Sheikh :


  1. (27 Julai 2010) – Limau Lelang Gunong ini sangat berkhasiat untuk ubat kanser dan Pengasih. Dan untuk kanser ada ramuan lain yang mesti di campor dengan limau ini. Limau ini hanya ada sebatang saja di Puncak Gunong,mungkin saya tak jumpa di kawasan yang lain…maklum saja Kawasan Taman Negara Ledang…sangat luas !!!.
  2. (29 Julai 2010) – Di seluroh bahagian Limau ini. Samada daun,batang,dahan,duri,bunga,akar dan paling berkhasiat buah nya !!!.Tapi semua bahagian pokok ini bolih guna kan.Memang ada perbezaan ;Limau Lelang biasa tiada nilai Pengaseh. Dan buah nya kecil sedikit !!!.Biasa nya Pokok Limau Lelang Gunong ini tumboh di gunong….

Neo Iskandar :

  1. (27 Julai 21010) – limau sedemikian adalah dalam kategori rare di mana mempunyai fadilatnya tersendiri . ya mmg benar di spt dikatakan oleh tok sheikh . izinkan saya memberikan penerangan jika bisa . limau berspesis @ kategori ini bukan ditanam di alam ini . ia sering ditanam oleh org di alam saner .wallahualam . ia bisa digunakan seperti yg diterangkan oleh tok sheikh . jika kita berniat mengmbil dgn niat buruk ia xkan jd kenyataan . hanya mempunyai niat suci murni macam minyak seri aji je bisa menemuinya. ada kalanya limau ini digunakan dlm proses menangkap benda² halus yg mengacau manusia . sebilangan org yg tahu menggunakan nya . pabila memnggunakan buah yg rare fadlatnya berlainan drp buah limau nipis / purut / kasturi . ia kadang kala digunakan dalam proses menarik duit @ harta karun dr ghgaib ke nyata . antara barang terpenting dalam proses tersebut . wallahualam . mungkin saudara pengasas boleh mendapatkan gambar limau kuku rimau yg boleh mengubati sihir yg dpt meneutralkan pesakit yg menderita disihir . di mana pesakit diseksa menderita sebelum mati utk suatu jangka masa yg lama . wallahualam .jika salah informasi , ku pohon sepuluh jari memohon kemaafan . tq n wassalam .

Sumber : http://karimon.wordpress.com/

 

PENGKELASAN HUTAN Jun 8, 2010

Filed under: Artikel — Wannura @ 2:09 am
Tags: , ,

Pengelasan hutan ini juga boleh dikategorikan mengikut perubahan ciri-ciri altitud, komposisi flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Pengelasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

  1. Hutan Paya Laut
    Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. 150M dari paras laut.  Spesies utama ialah Bakau.
  2. Hutan Paya Gambut
    Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin.  Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.
  3. Hutan Dipterokarp Pamah
    Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.
  4. Hutan Dipterokarp Bukit
    Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 – 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia.  Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.
  5. Hutan Dipterokarp Atas
    Hutan ini terletak di ketinggian 750 – 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.
  6. Hutan Montane – Oak
    Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 – 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.
  7. Hutan Ericaceous – Gunung
    Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.
 

JELAWAI (Terminalia subspathulata) Mei 21, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:08 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok Jelawai (bahasa Inggeris: Malayan Terminalia) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Combretaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, dan Singapura. Pokok ini merupakan spesies yang mudah tumbuh di kawasan berpaya dan sering digunakan dalam rancangan penanaman pokok semula. Nama botaninya Terminalia subspathulata.

Kayu Pokok Jejawai ringan dan timbul dalam air, walaupun baru ditebang. Berat kayunya 450-480 kilogram per meter persegi apabila dibiarkan kering secara biasa. Batang Jejawai boleh diketam berkeping dengan mudah dan sering digunakan sebagai venier teras dalam penghasilan papan lapis. Kayu ini juga digunakan untuk membuat perahu.

Ciri-ciri fizikal

Pokok Jelawai ialah pokok yang besar dan tumbuh sehingga 50 meter (164 kaki) tingginya, dan mempunyai akar-akar banir yang ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

Daun: Agak kecil, keras, dengan warna hijau kebiru-biruan sedikit pada permukaan bawah. Daun-daun ini luruh pada sekitar bulan Oktober, dengan daun dan bunga yang baru berkembang pada setiap bulan Mei.

Bunga: Amat kecil, dan berwarna kuning kehijau-hijauan, dengan bau yang kuat.

Buah: Leper serta bersayap, dan mengandungi sebiji biji. Buah-buah ini masak pada setiap bulan September

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Jelawai

 

PAKU RAWAN (Limnocharis flava.) SEBAGAI SAYURAN UNTUK DIET Mei 18, 2010

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 11:13 am
Tags: , , , , ,

Paku rawan atau Limnocharis flava adalah sejenis tumbuhan air. Tumbuhan ini yang membentuk perdu dikatakan berasal dari benua Amerika. Ia adalah dari perkataan Greek iaitu “Limno” bermaksud kolam dan “Charis” bermaksud rahmat. Oleh kerana bunganya yang menarik berwarna kuning itu, telah memikat penaman-penanam pokok untuk menanamnya di kebun atau taman mereka dan ini juga memudahkan penyebarannya ke lokasi-lokasi baru yang lain.

KETERANGAN

Limnocharis flava (Paku rawan) memiliki daun berbentuk segitiga serta bunganya bertangkai dan menghasilkan pembungaan kelihatan seperti ‘sotong’ sehingga mempunyai kira-kira 15 kuntum bunga kuning yang dikeluarkan. Buahnya pula berbentuk bulat dan terdiri daripada segmen yang membentuk seperti bulan sabit yang akhirnya terpisah dibawa oleh arus air dan menyebarkan benihnya ke lokasi yang baru pula.
Menurut kajian yang telah dibuat, spesis botani ini terdapat 3 jenis iaitu:

1. Glabrous – Halus serta kurang mempunyai rambut/bulu.
2. Scapigerous – menghasilkan tangkai bunga yang tiada berdaun
3. Laktiferus – mengandungi susu getah

Ia memiliki rimpang gemuk pendek (berukuran kira-kira 3 sm panjang dan ber -diameter 3 sm) serta akarnya berserat dan banyak.

Daunnya tegak, sedikit tirus dan melengkung itu mengunjur keluar membentuk kumpulan di permuakaan air. Helaian daunnya agak tipis, berwarna hijau muda, mempunyai pelbagai bentuk (bulat, bulat telur atau elips luas) dan panjangnya 6-20 sm (dan hampir sama lebar) Setiap ‘petioles’nya adalah tebal, segitiga, kira-kira 90 sm panjang serta lompong (kosong/ ruang udara). Hujung daun membentuk sikit tajam dan permukaan daun berbentuk hati; tepi daunnya berombak.

Terdapat 4-6 pasang ‘saraf utama’ dan 1 marginal utama (selari dengan apeks) serta banyak saraf sekunder (sejajar antara satu sama lain dan hampir tegak lurus terhadap pelepah) dan berselirat padat . Ada sekitar 1-4 peduncles (tangkai bunga), yang aksiler, tegak, segi tiga, diratakan di dasar dan panjang 120 sm. Penduncles beruang, di puncak, segugusan bunga, adalah Ramet (tanaman vegetatif) atau kedua-duanya. Perbungaannya adalah umbellate (terdiri dari bunga muncul dari tengah-tengah/ pusat dan diatur dalam cluster), dengan antara 2 – 15 bunga disokong oleh sebuah penutup dari bracts, kadang-kadang satu atau dua daun yang hadir antara bunga-bunga. Setiap bracts yang berbentuk agak bundar dengan puncak luas elips (biasanya) berlekuk. Bunganya berdiameter 2-4 sm. ‘Pedisel’nya (batang bunga di setiap perbungaan) adalah 2-7 sm panjang (3-gonous, 3-bersayap di atas, memperbesar memanjang ke atas dan banyak buah). Perianth adalah 2-bersambung. Tiga daun gigih, imbricate (tumpang tindih), hijau, berbentuk tumpul, 1.5 – 2 sm panjang dengan 1 – 1.5 sm lebar , besar dan melampirkan buah.

Tiga kelopak bunga berwarna kuning pucat dengan dasarnya berwarna gelap, tipis, agak lemah (cenderung gugur lebih awal), imbricate dan bujur telur hingga bundar di bentuk dengan hujungnya bulat ; 2-3 sm panjang dan 1 – 2 sm lebar. Terdapat banyak benang sari (stamen) dikelilingi oleh lingkaran dari staminoides (filamen rata, bebas , anther basifixed, bersel-2). Ada 15-20 carpels (verticillate, lateral mampatan, bebas, padat, tampaknya membentuk satu ovari superior, banyak ovula, placentation tiruan, pelbagai gaya, stigma Sessile).

Buah bergantung kepada fruitlets (sebanyak carpels ada), setengah lingkaran, bermembran, membuka sepanjang sisi (bawah daun dalam atau bahagian abdomen) dan mempunyai abaxial (luar tebal atau punggung) dinding. Bijinya sangat banyak dan kecil, berbentuk seperti biji benih tapak kuda. Testa (meliputi kulit luar bijinya yang keras atau kulit biji) adalah coklat dan kenyal.

HABITAT

Kawasan pertanian, paya , kawasan berair – Ia tumbuh subur di paya cetek, selokan, kolam dan sawah berair; biasanya boleh di temui dalam air tergenang .


KEGUNAANNYA :

Tumbuhan ini dijadikan tanaman hias/ landskap oleh beberapa buah negara; di taman-taman di kediaman sendiri, bangunan pejabat, sekolah dan lain-lain. Manakala di beberapa negara Asia Tenggara pula flava L. digunakan sebagai sumber makanan. Sebagai contoh,

1. Jawa – tanaman ini dijadikan sayuran yang sangat diminati, biasanya ditanam di sawah . Daun muda, batang dan gugusan bunganya dijual di pasaran.

2. Vietnam – flava L. berlaku tumbuh semulajadi di banyak kawasan berair dan digunakan sebagai sayuran, maka sangat popular di Delta Mekong. Dikenali sebagai Keo neo atau cu neo, sering dikumpulkan oleh wanita etnik Vietnam (Kinh) dan dijual di pasaran tempatan dan juga oleh penjual sayur di perahu. Daun muda dan pucuk tanaman direbus atau dimasak dalam campuran sup. Sayur ini mengandungi tahap relatif yang tinggi Ca, Fe dan AY-karoten, mineral yang cukup sering dijadikan sayuran diet bagi wanita di negara-negara berpendapatan rendah.

3. Bangladesh– Daun flava L. juga dikumpulkan untuk konsumsi rumah tangga oleh wanita.

4. Sumatera – Hal ini juga dilaporkan digunakan sebagai makanan ternakan babi atau ternakan haiwan dan sebagai pupuk hijau tanaman untuk pembajaan sawah.

 

NYIREH BATU (Xylocarpus moluccensis) Mei 3, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 2:56 am
Tags: ,

Pokok Nyireh Batu boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Batangnya mempunyai kulit merekah dan berwarna perang. Daun tersusun secara berpasangan, tebal pada bahagian pangkal daun dan berwarna hijau tua apabila matang. Mempunyai bunga bersaiz kecil yang berwarna merah jambu dan buah jenis kapsul yang berwarna kuning keperangan apabila matang.

Sumber : http://bakau.forestry.gov.my/