Wannura

Koleksi Tumbuhan

SETAMBUN MERAH (Baccaurea parviflora) YANG HAMPIR PUPUS Julai 14, 2010

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 5:36 am
Tags: , ,

BUAH SETAMBUN MERAH SUDAH HAMPIR PUPUS

Seorang teman saya telah memberi saya gambar buah untuk dikenalpasti. Alangkah seronoknya saya, buah ini ialah buah Setambun jantan atau Setambun merah atau lebih di kenali dengan nama saintifiknya Baccaurea parviflora yang tergulung dalam famili Euphorbiaceae. Buah ini termasuk dalam kumpulan buah Rambai atau Tampoi.


Keunikan pokok ini, ia mempunyai buahnya yang banyak sehingga ratusan pada tangkai tangkai yang panjang dan bertambun di pangkal pokok. Buahnya bujur runcing berwarna merah bertukar keunguan apabila masak. Buah ini berpangsa tiga mengandungi 1-3 biji yang selaputi oleh palpa dan rasanya agak masam.

Pada satu ketika dahulu pokok Setambun merah ini mudah di temui di dusun-dusun. Oleh sebab rasanya agak masam tetapi kayunya sangat cantik dan keras, pokok ini terus ditebang dan kayunya dijadikan  kraf yang sangat mahal harganya. Pokok ini terus ditebang sehingga sukar ditemu lagi.

Kekayaan warisan negara kita tidak lagi dapat dipulihara.

Sumber : http://isaidin.blogspot.com/

 

BUNGA MELAYU : BUNGA KEMUNING (Murraya paniculata (L.) Jack) Jun 14, 2010

SIFAT KIMIAWI :
Tumbuhan ini kaya dengan kandungan kimia, yang sudah diketahui  antara lain :

Daun : Mengandungi cadinene,methyl anthranilate, bisabolene, betha-caryophyllene, geraniol, carene-3, eugenol, citronellol, methyl salicilate, s-quaiazulene, osthole peniculatin,coumurrayin.
Kulit : Mengandung mexotionin,5-7-dimethoxy-8 (2,3-dihydroxyisopentyl) coumarin.
Bunga :
Scopoletin.
Buah :
Semi-alfa-carotenone.


EFEK FARMAKOLOGIS
:

Dalam farmakologi Cina dan pengubatan tradisional lain disebutkan bahwa tanaman ini memiliki sifat: Rasa pedas, pahit, hangat. Masuk meridian jantung, lever dan paru-paru. Pematirasa, penenang, anti-radang, menghilangkan bengkak, anti rematik, melancarkan peredaran darah, anti-tiroida.

Merawat penyakit seperti berikut :
Bisul
Reumatik
Bengkak akibat terpukul
Nyeri rematik sendi
Sakit gigi
Melangsingkan badan
Radang buah zakar
Infeksi saluran kencing
Datang haid tidak teratur
Kulit kasar

http://www.tanaman-obat.com/gallery-tanaman-obat/123-k-e-m-u-n-i-n-g

Info tambahan
Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.

Jika anda ingin mengetahui Hikayat Bunga Kemuning, sila klik di sini

 

ROTAN POKOK HUTAN YANG BERNILAI TINGGI Mac 14, 2010

Filed under: pokok hutan — Wannura @ 10:25 am
Tags: ,


Sifat Umum Rotan
Mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat.

Jenis
Terdapat 13 genus ritan di dunia dan hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripadanya.

Taburan
Hanya tumbuh secara semulajadi di Asia dan Barat Afrika sahaja.Di Semenanjung, rotan boleh ditemui dipelbagai jenis ketinggian dari aras laut sehingga ke kemuncak gunung 3000 m.Bagaimanapun kebanyakkan kawasan rotan tertumpu di Asia Tenggara dan kawasan berdekatannya.Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai spesis rotan.Terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung.

Ciri-ciri
Terdapat rotan yang tumbuh secara tunggal dan juga berkelompok. Kebanyakkan pokok rotan adalah jenis memanjat serta yang berbatang kerdil tidak memanjat.

Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Hasil hutan yang banyak ini telah memberikan sumbangan kepada peningkatan sumber ekonomi negara serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Antara hasil hutan bukan kayu yang penting ialah rotan dan buluh.

Rotan berasal dari famili Palme dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu parafamili calamoideae. Ia mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat. Terdapat 13 genus rotan di dunia iaitu Calamus, Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis, Myrialepis, Ceratolobus, Calospatha, Pogonotium, Retispatha, Laccosperma, Eremospatha, dan Onecocalamus. Hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripada 13 genus ini

Daripada 107 jenis rotan yang ditemuai di Semenanjung Malaysia hanya 20 jenis sahaja yang dikenal pasti kegunaannya serta mempunyai nilai komesil. Antaranya ialah rotan manau ( Calamus manau ) , rotan matang atau dikenali juga sebagai rotan dok ( C. ornatus ), rotan manau tikus (C. tumidus), rotan semambu ( C. scipionum ), rotan dahan ( Karthalsia sp ) dan rotan sega ( C. caesius).

Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur . Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk mengayam tikar ataupun lapik.

Sumber : http://krafbuluh.blogspot.com/

 

BEBARU (Thespesia populnea) MERAWAT KULIT BERMASALAH Mac 4, 2010

 

ENAU (Arenga pinnata Merrill) PENGHASIL GULA

Filed under: pokok hutan — Wannura @ 10:48 am
Tags: , , , , , ,

Tandan ini mula-mula dimemarkan dengan memukul-mukulnya selama beberapa hari, hingga keluar cairan dari dalamnya. Tandan kemudian dipotong dan di hujungnya digantungkan tahang bambu untuk menampung cairan yang menetes.

Cairan manis yang diperoleh dinamakan nira (alias legen atau saguer), berwarna jernih agak keruh. Nira ini tidak tahan lama, maka tahang yang telah berisi harus segera diambil untuk diolah niranya; biasanya sehari dua kali pengambilan, yakni pagi dan petang.

Setelah dikumpulkan, nira segera dimasak hingga mengental dan menjadi gula cair. Selanjutnya, ke dalam gula cair ini dapat dibubuhkan bahan pengeras (misalnya campuran getah nangka dengan beberapa bahan lain) agar gula membeku dan dapat dicetak menjadi gula aren bongkahan (gula gandu). Atau, ke dalam gula cair ditambahkan bahan pemisah seperti minyak kelapa, agar terbentuk gula aren bubuk (kristal) yang disebut juga sebagai gula semut.

Di banyak daerah di Indonesia, nira juga biasa difermentasi menjadi semacam minuman beralkohol yang disebut tuak atau di daerah timur juga disebut saguer. Tuak ini diperoleh dengan membubuhkan satu atau beberapa macam kulit kayu atau akar-akaran (misalnya kulit kayu nirih (Xylocarpus) atau sejenis manggis hutan (Garcinia)) ke dalam nira dan membiarkannya satu sampai beberapa malam agar berproses. Bergantung pada ramuan yang ditambahkan, tuak yang dihasilkan dapat berasa sedikit manis, agak masam atau pahit.

Dengan membubuhkan bahan yang lain, atau dengan membiarkan begitu saja selama beberapa hari, nira dapat berfermentasi menjadi cuka. Cuka dari aren ini kini tidak lagi populer, terdesak oleh cuka buatan pabrik.

Nira mentah (segar) bersifat pencahar (laksativa), sehingga kerap digunakan sebagai obat urus-urus. Nira segar juga baik sebagai bahan campuran (pengembang) dalam pembuatan roti.

Buah aren (dinamai beluluk, caruluk dan lain-lain) memiliki 2 atau 3 butir inti biji (endosperma) yang berwarna putih tersalut batok tipis yang keras. Buah yang muda intinya masih lunak dan agak bening. Buah muda dibakar atau direbus untuk mengeluarkan intinya, dan kemudian inti-inti biji itu direndam dalam air kapur beberapa hari untuk menghilangkan getahnya yang gatal dan beracun. Cara lainnya, buah muda dikukus selama tiga jam dan setelah dikupas, inti bijinya dipukul gepeng dan kemudian direndam dalam air selama 10-20 hari. Inti biji yang telah diolah itu, diperdagangkan di pasar sebagai buah atep (buah atap) atau kolang-kaling.

Kolang-kaling disukai sebagai campuran es, manisan atau dimasak sebagai kolak. Teristimewa sebagai hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Produk lain

Sebagaimana nipah dan rumbia, daun pohon enau juga biasa digunakan sebagai bahan atap rumah rakyat. Pucuk daunnya yang masih kuncup (janur) juga dipergunakan sebagai daun rokok, yang dikenal pasar sebagai daun kawung. Lembar-lembar daunnya di Jawa Barat biasa digunakan sebagai pembungkus barang dagangan, misalnya gula aren atau buah durian. Lembar-lembar daun ini pun kerap dipintal menjadi tali, sementara dari lidinya dihasilkan barang anyaman sederhana dan sapu lidi.

Seperti halnya daun, ijuk dari pohon enau pun dipintal menjadi tali. Meski agak kaku, tali ijuk ini cukup kuat, awet dan tahan digunakan di air laut. Ijuk dapat pula digunakan sebagai bahan atap rumah, pembuat sikat dan sapu ijuk. Dari pelepah dan tangkai daunnya, setelah diolah, dihasilkan serat yang kuat dan tahan lama untuk dijadikan benang, tali pancing dan senar gitar Batak.

Batangnya mengayu di sebelah luar dan agak lunak berserabut di bagian dalam atau empulurnya. Kayunya yang keras ini dipergunakan sebagai papan, kasau atau dibuat menjadi tongkat. Empulur atau gumbarnya dapat ditumbuk dan diolah untuk menghasilkan sagu, meski kualitasnya masih kalah oleh sagu rumbia. Batang yang dibelah memanjang dan dibuang empulurnya digunakan sebagai talang atau saluran air.

Dari akar dihasilkan serat untuk bahan anyaman, tali pancing atau cambuk.

Ekologi dan penyebaran

Pohon enau mudah tumbuh. Memiliki asal-usul dari wilayah Asia tropis, enau diketahui menyebar alami mulai dari India timur di sebelah barat, hingga sejauh Malaysia, Indonesia, dan Filipina di sebelah timur. Di Indonesia, enau tumbuh liar atau ditanam, sampai ketinggian 1.400 m dpl.Biasanya banyak tumbuh di lereng-lereng atau tebing sungai.

Meskipun getahnya amat gatal, buah enau yang masak banyak disukai hewan. Musang luwak diketahui sebagai salah satu hewan yang menyukai buah enau ini, dan secara tidak langsung berfungsi sebagai hewan pemencar biji enau. Di Bangka, pada masa lalu orang-orang Tionghoa memasang perangkap di bawah pohon enau yang tengah berbuah, untuk menangkap rombongan babi hutan yang berpesta buah enau yang berjatuhan.

 

SAGA (Adenanthera pavonina L.) MERAWAT REUMATIK DAN GOUT

 

API-API LUDAT (Avicennia officinalis L.) Mac 2, 2010

 

KEUNIKAN LABU KENDIT (Bottle gourd) – Lagenaria siceraria Februari 27, 2010

 

Buluh Hitam (Black bamboo) – Phyllostachys nigra Februari 19, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 2:55 am
Tags: , , , , ,

 

Buluh Beting (Gigantochloa levis)

Filed under: Landskap — Wannura @ 2:18 am
Tags: , , , , ,