Wannura

Koleksi Tumbuhan

Seburut ubat tradisional perancang keluarga Julai 24, 2012

Pengenalan
Seburut atau nama saintifiknya Thottea grandiflora rottb. adalah dari keluarga Aristolochiaceae. Nama lainnya ialah Kurubut, Semubut, Seperuit, Gereboh, Telinga Kelawar.

Pokok renek setinggi 3 m tetapi biasanya 1m tinggi sahaja; tumbuh berumpun, ada batang di dalam tanah yang bercabang dan menghasilkan batang yang tumbuh lurus tegak, batang atas tanah jarang-jarang bercabang kecuali kalau patah atau cedera.

Daun berbentuk lonjong atau bujur telur, 15-30sm panjang dan 9-20sm lebar, permukaan kasar, liat, permukaan bawah berbulu.

Bunga dalam jambak sepanjang 5 sm; bunga berjuntai, boleh mencapai 12.5 sm panjang , warna ungu kemerah-merahan, urat berjalin jelas kelihatan, berbulu.

Buah jenis kapsul tirus, 10-15 sm panjang.

Kandungan
Semua bahagian – saponin, triterpin dan steroid.

Saponin ada jenis beracun, meransang hingus, kesan antiradang dan sebagai tonik lelaki atau tonik wanita. Steroid berkesan sebagai ubat perancang keluarga (menjarangkan anak dan juga untuk menambah kesuburan wanita), meningkatkan kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung, artritis , sakit jantung dan lain-lain.

Taburan
Seburut mempunyai taburan semulajadi di Mynmar, Semenanjung Malaysia dan Singapura. Di Semenanjung Malaysia, seburut paling banyak terdapat di bahagian selatan.

Penanaman
Seburut boleh ditanam dengan menggunakan biji atau potongan rizom yang diasingkan dan ditanam semula. Keadaan yang kurang sesuai seperti di taman atau kebun kerana terlalu banyak cahaya matahari, udara, tanah terlalu kering atau tanah terlalu banyak air menyebabkan seburut tumbuh sangat perlahan atau terus mati. Ia tidak mengalami musim bunga. Oleh itu ia boleh berbunga sepanjang tahun.

Ekologi
Seburut tumbuh liar di hutan pamah hingga ke hutan bukit pada ketinggian 600 m dari paras laut. Seburut memerlukan naungan dan keadaan yang lembab.

Khasiat ubatan
Batang (dalam tanah), Akar dan Pangkal pokok : Air rebusannya diminum sebagai tonik yang mujarab untuk ibu selepas bersalin; rawatan batuk kering, demam panas, demam malaria dan disentri.

Kegunaan lain
Bunga Seburut yang besar dengan corak warna dan kelopak yang cantik cukup menarik perhatian, tetapi ia berbau busuk sedikit. Namun, pokok ini berpotensi sebagai tanaman eksotika kepada peminat flora.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

OAT (Avena sativa) MAKANAN BIJIRIN UNTUK KESIHATAN Julai 14, 2010

Filed under: Bijirin — Wannura @ 4:05 am
Tags: , , ,

PENGENALAN
Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan.
Oats seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek atau oatmeal, dan juga dibakar menjadi biskut (cookies). Dalam bentuk tepung oat atau oatmeal, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut (baked goods) dan cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola. Oats juga boleh dimakan mentah, dan biskut dengan oats mentah menjadi semakin popular.
Jerami Oat juga digunakan dalam penghasilan corn dolly, dan merupakan pengisian kegemaran bagi bantal home made lace.

Pati oat boleh digunakan sebagai perawat masalah kulit, contoh. dalam mandian, produk kulit dan lain-lain.


Nama lama Inggeris Pertengahan bagi tumbuhan ini adalah haver, yang kekal dalam nama beg makanan ternakan haversack.

PENGAGIHAN
Oats berasal dari Eurasia dan kelihatannya ditanam agak lewat. Oat kini ditanam dikeseluruhan zon serdahana. Oat memerlukan suhu musim panas yang lebih rendah dan lebih tahan hujan berbanding cereal lain seperti gandum, rye atau barli, dengan itu amat penting di kawasan yang mempunyai musim panas yang sejuh dan lembab seperti di barat laut Eropah, malah ditanam dengan jayanya di Iceland. Oat adalah tanaman semusim, dan boleh ditanam samaada pada musim luruh (untuk tuaian akhir musim panas) atau pada musim bunga (bagi tuaian awal musim autumn).


Dari sudut sejarah, penerimaan terhadap oat pelbagai. Di England ia dianggap bijirin kurang bermutu, sementara di Scotland Oat dianggap bermutu tinggi. Terdapat peribahasa di England yang menyatakan “oat hanya sesuai sebagai makanan kuda dan orang Scotland”, dari mana jawapan balas orang Scotland adalah “dan England mempunyai kuda terbaik, dan Scotland orang yang terbaik”. Jumpaan mengenai ciri-ciri pengurangan kolesterol telah mendorong kepada penerimaan lebih meluas pada oat sebagai makanan manusia. Oat yang ditanam di Scotland mendapat harga tertinggi di seluruh United Kingdom akibat tradisi ini

KESIHATAN
Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol (“buruk”), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten). Bagaimanapun, oat biasanya sering bercampur dengan sejumlah kecil gandum semasa penuaian dan pemprosesan, dengan itu EU secara rasminya menyenaraikan ia sebagai tanaman yang mengandungi gluten.

Oat yang berasal daripada Ireland dan Scotland, di mana kurang gandum ditanam, kurang berkemungkinan dicemari melalui cara ini. Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, “kegilaan bijirin oat” melanda U.S. pada akhir 1980-an, memuncak pada 1989, apabila cip ubi kentang ditambah oat dijual. Gila makanan ini hanya sekejab dan pudar pada awal 1990-an. Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Oat


.

 

IKLAN : Enzim Noni untuk penyakit…. Mei 25, 2010

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 9:40 pm
Tags: ,

 

TERATAI (Nelumbium nelumbo Druce) BANYAK MENAFAATNYA Mac 31, 2010

 

KHASIAT TUNAS BIJI TERATAI Mac 30, 2010

 

ASPARAGUS 1 (Asparagus plumosus) BAGI MUDAH BERSALIN Februari 28, 2010

 

ASPARAGUS 2 (Asparagus officinalis) SAYUR ANTI-OKSIDAN

 

Kurma (Dates) – Phoenix dactylifera L. Februari 25, 2010

 

KURMA, AL-QUR’AN DAN HADIS

 

Jenis-jenis buah kurma