Wannura

Koleksi Tumbuhan

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — Wannura @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

Bunga Nasi Kerabu (Clitoria ternatea) Jun 15, 2012

Pokok ini dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu atau Bunga Telang. Nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea. Panggilan nama pokok ini berbeza mengikut tempat / daerah atau sesebuah negeri itu. Oleh kerana ia biasanya digunakan dalam masakan khususnya masyarakat Pantai Timur, Malaysia iaitu negeri Kelantan sebagai pewarna nasi kerabu, ia lebih dikenali sebagai ‘Bunga Nasi Kerabu’. (more…)

 

Setawar halia (Crepe ginger) Disember 31, 2009

Filed under: Herba — Wannura @ 8:37 pm
Tags: , , , ,

 

Sirih Melayu Disember 15, 2009

Filed under: Herba — Wannura @ 11:41 am
Tags: , , ,

Nama saintifik Piper betle L

Nama biasa Betel vine, piper betel, sirih

Famili Piperaceae

Pengenalan

Berasal dari kawasan Indo- Malaya.  Daunnya yang berwarna hijau berbentuk bujur ; purata panjang 18sm dan lebar 12sm dan urat-urat daunnya jelas kelihatan di permukaan atas . Ia tumbuh menjalar (memanjat ) pada pokok lain, kayu pancang atau di pagar rumah. Batang  pokok sirih adalah sederhana keras. Susunan daunnya yang tumbuh berselang seli antara 3 – 5 sm jaraknya itu mempunyai aroma dan rasa yang agak pahit serta pedas sedikit.

Daun sirih amat terkenal di kalangan orang India dan Melayu. Biasanya digunakandalam upacara keagamaan (India) dan juga di hari-hari perayaan tradisi seperti peminangan/ pertunangan, perkawinan serta dijadikan penawar kepada penyakit. Orang-orang tua menggemari mengunyah sirih yang dicampurkan dengan gambir, pinang dan kapur makan di waktu santai. Ini juga boleh menjadikan seseorang itu  ketagih.

Khasiat dan Kegunaan

1.a) Pencuci mata – daun sirih yang telah matang (berwarna kuning) diperah kedalam  air suam dan ditapiskan . Rendam mata di dalam air tersebut ketika mata dicelikkan. Lakukan 3 kali seminggu.  Petua : Kak Zunaidah

b) Pencuci vagina (kemaluan) –  daun serta batangnya direbus  dan dijadikan untuk membasuh liang faraj  bagi mengelak keputihan.

2.Legakan asma/batuk –  daunnya dicampur gula batu direbus pekat diminum serta daun yang dilayur atas api  seketika  di tempel pada dada.
3.Hidung berdarah –  daunnya yang muda diramas-ramas, digulung dan disumbatkan ke dalam lubang hidung.

4. Penyakit kulit gatal – rebus daun sirih dan cuci kulit yang gatal.

5.  Jerawat –  daun direndam dalam air panas dan cuci muka setelah air suam.

6.  Mandian – sebagai aromaterapi untuk mengharumkan bau badan.

7.  Masalah perut, buah dada bengkak susu – daun dijadikan barut setelah disapu minyak kelapa serta dilayur ke atas api dan letakkan ke atas perut / buah dada yang bengkak akibat air susu berlebihan.

 

Kenanga Disember 14, 2009

Filed under: Herba — Wannura @ 3:42 pm
Tags: , ,

Nama Botani Canangium adoratum Famili Annonaceae

Nama Lain Ylang ylang

Pengenalan

Berasal dari Malaysia. Boleh juga ditemui di negara-negara Asia Tenggara  dan  Afrika .

Di Malaysia, pokok ini hidup meliar di hutan-hutan subur di kawasan yang disinari cahaya matahari. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 30 – 35 meter.

Batang pokok kenanga lurus, berwarna kelabu asap dan terdapat dahan-dahannya yang agak melentur lembut, memanjang dan menjulur mengikut hujung pucuk. Daunnya membujur tirus 7 – 23 sm panjang dan 4 – 10 sm lebar berbentuk tunggal dan runcing di hujung. Tepi daun rata dan berwarna hijau muda.

Bunga pada awalnya berwarna hijau bertukar ke kuning bila telah matang, bergugus gugus membentuk mahkota di kelilingi tiga helai daun hijau dengan jambak kembang enam kelopak. Di setiap jambak terdapat tujuh biji buah yang berbentuk bujur. Pokok ini mudah berbunga bila disirami hujan.

Khasiat dan Kegunaan

1.  Bunganya

i.  boleh mengubati bagi penyakit-penyakit seperti berikut :-

a) Sesak nafas – segenggam bunga kenanga yang telah dibasuh bersih direbus dengan sedikit air sehingga masak.     Ketika mendidih, masukkan setengah sudu gula pasir dan biarkan  air rebusan tinggal  1/3 daripada paras asal. Kemudian minum sedikit-sedikit pada waktu  pagi dan petang.

b) Lelah dan malaria – ambil 3 kuntum bunga kenanga dan celurkan dalam semangkuk air panas  selama kira-kira lima minit atau sehingga air menjadi suam. Buang bunga dan minum dua kali sehari.

ii.  boleh dijadikan mandian aromaterapi dan juga bagi ibu-ibu selepas bersalin

2. Daunnya

Boleh mengubati penyakit kulit di mana daunnya ditumbuk dan ditempel pada tempat gatal.

3.Kulit batangnya

Direbus dan diminum untuk menguatkan ingatan.