Wannura

Koleksi Tumbuhan

Janda Kaya yang menawan Jun 20, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 9:56 pm
Tags: , , , , , ,

Pokok Janda kaya dikenali juga sebagai Musa Indah. Nama saintifiknya ialah Mussaenda pubescens adalah dari keluarga Rubiaceae Sifat pokok ini yang sering berbunga lebat sepanjang tahun menyebabkan ianya digelar ‘Janda Kaya’. Ia mudah ditemui dan sering dijadikan tanaman hiasan lanskap samada laman rumah, di tepi jalan dan taman. Pokok ini sederhana besar dan batang pokoknya juga sederhana keras. Pokok ini menjadi lebih rimbun jika dahannya selalu dipangkas. Bunganya boleh didapati dengan pelbagai saiz dan warna ; bunga kecil berwarna merah, bunga lebar dan lebat warna merah jambu (pink) atau saiz sederhana berwarna putih yang mempunyai stigma berwarna kuning ditengah-tengah jambakan bunga berbentuk seperti bintang. Daunnya yang berwarna hijau tua dan berbentuk bujur lonjong itu mempunyai urat daun yang jelas kelihatan.

Selain namanya yang ‘glamour’, pokok ini juga mempunyai nilai perubatan terutama bahagian batang, daun dan akarnya. Pengamal perubatan tradisional percaya bahawa tanaman ini boleh membantu membersihkan darah, mengurangkan tekanan akibat racun, pitam dan sengal-sengal pinggang. Namun begitu khasiat bunganya masih belum lagi diketahui.
Satu lagi kegunaan batang dan daun pokok ini ialah sebagai ubat luaran. Caranya dengan menumbuk batang dan daun sehingga lumat dan ditampalkan pada bahagian badan yang bengkak untuk mengurangkan sakit dan bengkak menjadi surut. Ia juga sangat berguna untuk wanita bagi melancarkan peredaran darah dan mengurangkan perdarahan akibat luka dalaman.

 

Keembung (Impatiens balsamina) Jun 17, 2012

Pengenalan
Keembung atau nama botaninya Impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika atau pun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.
(more…)

 

KIAMBANG (Pistia stratiotes) merawat luka Disember 7, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 7:28 am
Tags: , , , , , ,

Kiambang (dari ki: pohon, tumbuhan, dan ambang: mengapung) merupakan nama umum bagi paku air dari genus Salvinia. Tumbuhan ini biasa ditemukan mengapung di air menggenang, seperti kolam, sawah dan danau, atau di sungai yang mengalir tenang.

Kiambang memiliki dua tipe daun yang sangat berbeda. Daun yang tumbuh di permukaan air berbentuk cuping agak melingkar, berklorofil sehingga berwarna hijau, dan permukaannya ditutupi rambut berwarna putih agak transparan. Rambut-rambut ini mencegah daun menjadi basah dan juga membantu kiambang mengapung. Daun tipe kedua tumbuh di dalam air berbentuk sangat mirip akar, tidak berklorofil dan berfungsi menangkap hara dari air seperti akar. Orang awam menganggap ini adalah akar kiambang. Kiambang sendiri akarnya (dalam pengertian anatomi) tereduksi. Kiambang tidak menghasilkan bunga karena masuk golongan paku-pakuan.

Sebagaimana paku air (misalnya semanggi air dan azolla) lainnya, kiambang juga bersifat heterospor, memiliki dua tipe spora: makrospora yang akan tumbuh menjadi protalus betina dan mikrospora yang akan tumbuh menjadi protalus jantan.

Paku air ini tidak memiliki nilai ekonomi tinggi, kecuali sebagai sumber humus (karena tumbuhnya pesat dan orang mengumpulkannya untuk dijadikan pupuk), kadang-kadang dipakai sebagai bagian dari dekorasi dalam ruang, atau sebagai tanaman hias di kolam atau akuarium. Karena dapat tumbuh sangat rapat hingga menutupi permukaan sungai atau danau, muncul pepatah Melayu “biduk berlalu, kiambang bertaut”, yang berarti setelah gangguan berlalu, keadaan akan kembali seperti semula.

KIAMBANG DAN KHASIAT UBATAN

Seluruh bahagian pokok kiambang dikatakan mengandungi banyak kalium dalam bentuk kalium klorida dan kalium sulfat dan bahan pahit yang akan larut dalam air di mana ia tumbuh. Oleh itu pendarahan dalam usus dikatakan mampu terjadi jika manusia terminum air di mana kiambang tumbuh. Malah jika kiambang dimakan mentah, kesannya dikatakan mulut dan kerongkong akan berasa gatal dan sakit. Pokok air ini tidak memiliki nilai ekonomi yang tinggi kecuali sebagai sumber humus atau baja atau pun sebagai tanaman hiasan di kolam atau akuarium. Namun begitu tahukah anda, kiambang juga dikatakan memiliki khasiat ubatan yang tersendiri. Untuk tujuan ubat herba, tidak semua spesies yang boleh digunakan, hanya spesies yang tercatat saha-ja yang dimaksudkan.

Air rebusan daun dikatakan boleh diminum untuk merawat batuk darah, diabetes dan sifilis dan juga digunakan sebagai air mandian untuk mengurangkan masalah kembung air di perut. Seluruh bahagian pokok dikatakan jika ditumbuk lumat boleh dijadikan ubat tampal pada kulit perit dan bengkak, bisul, sifilis dan terseliuh. Manakala air rebusan seluruh bahagian ini dikatakan boleh diminum untuk merangsang haid, melawaskan buang air kecil dan penghadaman, merawat disenteri, gonorea, sakit buang air kecil dan tiada atau kurang air kecil. Akar pokok teratai pula dikatakan boleh direbus dan diminum untuk melawaskan buang air besar. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan kiambang, namun sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

KIAMBANG MERAWAT LUKA

POKOK KIAMBANG atau nama botaninya Pistia stratiotes merupakan sejenis tumbuhan yang senang dikenali dan mudah ditemui. Habitatnya sama seperti pokok teratai, hidup segar di kawasan berair seperti kolam, tasik atau paya air tawar.Cuma bezaya dengan pokok teratai, kiambang adalah sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak.

Malah, ia dikatakan menjadi ‘musuh’ kepada ikan kerana ia memiliki akar yang begitu banyak dan menyukarkan ikan untuk bergerak dan bernafas. “Pokok kiambang mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut. Kalau jenis ikan yang tidak gemar memakan akarnya itu, ikan tersebut sukar untuk hidup.
Sebab itulah, kalau kolam, tasik atau paya air tawar dipenuhi pokok kiambang, ia kurang digemari oleh kaki-kaki pancing,” kata pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap. Namun begitu, jelas beliau, bagi mereka yang gemar menghias halaman rumah dengan kolam atau pasu berisi air, pokok kiambang pasti menjadi pilihan.
Ia bukan hanya memiliki bunga yang cantik dan daun yang segar, tetapi dikatakan mempunyai khasiat untuk merawat luka. Ujarnya, ambillah beberapa helai daun pokok kiambang yang segar dan rebuskan daun itu sehingga mendidih. “Bila sudah suam, alirkan air rebusan tadi di tempat yang luka tersebut. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar,” katanya.

Tetapi, kata Tajuddin, ada juga pengamal perubatan tradisional yang menyatakan bahawa kiambang juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran berminyak.
Caranya ialah ambil beberapa helai daun kiambang yang segar dan rendamkannya dalam sebekas air selama beberapa minit. Kemudian keluarkan daun-daun kiambang tadi dan rendamkan pakaian yang terkena kekotoran berminyak selama beberapa minit dan bilaskannya.”

Sumber rujukan :

1. Wikipedia
2. http://fazlisyam.com/

 

BOERHAVIA DIFFUSA (Punarnava) herba penawar penyakit Oktober 16, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 7:06 pm
Tags: , , , ,

PENGENALAN

Boerhavia diffusa adalah merupakan tumbuhan yang berbunga dikenali juga sebagai tar vine, punarnava yang bermaksud ‘memperbaiki’ atau ‘memperbaharui tubuh badan’. Ia biasanya diambil sebagai perubatan herba untuk melegakan kesakitan dan juga untuk tujuan lain. Ia juga disebut pokok labah-labah kerana tabiat tumbuhan ini yang menjalar di permukaan muka bumi dan menyerupai jaringan sarang labah-labah. Di India pula, pokok ini dipanggil Punarnava dan ia terkenal dikalangan pengamal perubatan tradisional India iaitu ayurveda.

Jus (air perahan) dari tumbuhan ini dikatakan mempunyai pelbagai rasa iaitu manis, pahit, kelat dan sedikit pedas. Pengamal ayurveda menyatakan sifat herba ini sebagai ‘ringan’, ‘kering’ dan ‘panas’ dan kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan di dalam penyediaan herba untuk perubatan.

Tumbuhan ini tumbuh meliar kerana penyebarannya melalui unggas. Biji benih bagi tumbuhan ini mempunyai cangkuk dan biasanya akan melekat pada badan sang unggas

KEGUNAAN

  • Makanan

Daunnya selalu dimasak sebagai sayur dalam hidangan makanan di kebanyakan tempat di India. Ia dipercayai untuk merawat dan melindungi penglihatan.

  • Perubatan untuk :-
  1. Kencing manis (diabetes) : ia mengandungi bahan diuratik dan digunakan untuk menurunkan gula dalam darah oleh penghidap kencing manis.
  2. Arthritis : membantu mengurangkan inflamasi dan sakit-sakit sendi.
  3. Masalah Penghadaman : Punarnava bertindak sebagai pembuka selera dan membantu bagi masalah sakit perut . Ia juga merawat masalah sembelit.
  4. Batuk : Melegakan batuk dan asma (lelah)
  5. Masalah Mati pucuk : Biji benih dari tumbuhan ini digunakan dalam penyediaan perubatan “Vajikarana “. Ia dikatakan boleh meningkatkan daya ketegangan zakar dan kualiti serta kuantiti air mani. Ia boleh meransangkan kelancaran sistem reproduksi bagi orang lelaki.
  6. Penyakit kulit : Ia sangat mujarab bagi penyakit kulit seperti penghidap ‘scabies’.
  7. Anaemia : Ia dicampurkan dengan daun herba yang lain untuk penyakit ini.
  8. Masalah ginjal : Ia bertindak sebagai duratik dan digunakan di dalam perubatan ayurveda bagi masalah batu karang, Cystis dan nephritis.
  9. Masalah Hati : Punarnava digunakan secara meluas bagi merawat hati dan pembuangan racun. Ia membantu penyakit jaundice (demam kuning) dan hepatitis. Di Brazil, ia digunakan dalam perubatan herbal bagi ‘mencuci’ atau merawat pundi hempedu dan kesemua penyakit yang berkaitan dengan hati.
  10. Menorrhagia

Nota : Pesakit yang mempunyai masalah jantung mesti mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan herba ini sebagai perubatan.

 

RAMBAI HUTAN (Baccaurea kunstleri.) Julai 14, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 5:10 am
Tags: , ,

Pokok Rambai Hutan ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tropika, dan Australia tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki) tingginya, dengan batang pokok yang mempunyai akar banir.

Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut :


• Daun: Berbentuk bujur, dan berlingkar-lingkar pada sekeliling dahan. Permukaan bawahnya lembut dan licin bak baldu.

• Bunga: Bunga jantan dan bunga betina tumbuh berasingan pada pokok yang berlainan.

• Buah: Berbentuk bulat/bujur lonjong, dan berwarna perang. Buah ini membelah untuk membebaskan biji-biji yang berwarna jingga. Buah rambai atau Baccaurea kunstleri (dalam bahasa latin) adalah, buah-buah yang berbentuk bulat /bujur ;warna hijau sampai kekuning-kuningan bergelayutan pada tangkai yang panjang, terasa manis-masam jika sudah matang.

 

BINJAI (Mangifera caesia) BUAH MASAM DISUKAI RAMAI Julai 4, 2010

Filed under: Buahan — Wannura @ 8:57 pm
Tags: , ,

Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia. Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau dijadikan campuran es. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Buah binjai yang masih muda tidak dapat dimakan kerana sangat tajam (sangat masam) dan menggatalkan. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan diolah sebagai lauk makan nasi.

Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan lantai dan bahan konstruksi ringan.

Binjai menyebar secara alami di Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaya; sebagian pakar meyakini Kalimantan adalah lokasi asal-usulnya. Dari wilayah-wilayah ini, binjai dibawa dan dibudidayakan orang di Bali, Filipina dan Thailand, serta agak jarang di Jawa bagian barat.

Binjai terutama menyebar di dataran rendah di bawah 400 m, jarang hingga 800 m dpl. Jenis ini tahan terhadap penggenangan, dan seringkali didapati dekat tepi sungai. (Sumber : http://hazila.blogspot.com/)

Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai. Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan. Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek. Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan. Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya. Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira. Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu.

KHASIAT BUAH BINJAI
Buah binjai yang mengandungi banyak sari buah dan asam-manis rasanya dapat dimakan dalam keadaan segar setelah buahnya matang dan sebagai pencuci perut.

Baunya memang wangi…dari  jauh pun boleh terhidu aromanya, sungguh wangi …tapi rasanya sangat masam bila dimakan mentah dan segar. Di Terengganu, ia biasanya dijadikan asam dijadikan asinan dan diawetkan dalam garam
dan disimpan dalam botol untuk membuat sambal jika tidak sedang musim buah.

 

HANTU DURI (Zanthoxylum rhetsa) PEMBANGKIT NAFSU SYAHWAT Mei 20, 2010

PENGENALAN

Pokok hutan ini adalah bersaiz kecil atau sederhana boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Daunnya berpelepah , 35 sm atau lebih panjangnya dan mengandungi 8 – 20 pasang helai daun tumbuh bertentangan itu berbentuk sedikit bujur tirus , 5 – 12 sm panjang dan mempunyai belahan daun yang tidak seimbang terutama di bahagian pangkalnya serta hujungnya sedikit tajam.
Bunganya banyak , bersaiz kecil, berwarna putih kekuningan dengan merah di tengahnya, 4 bahagian kelopak serta mempunyai panikel (panicles) 40 sm panjang.
Buahnya pula pada kebiasaannya hanya satu (bersendiri) berdiameter kira-kira 6 – 8 mm , sedikit tubekel (bengkak kecil) dan berwarna merah bila telah matang. Biji yang terdapat di dalamnya berbentuk bulat dan berwarna hitam-kebiruan.
Kulit kayunya dikatakan mengandungi minyak mudah meruap (5.8 % ) dengan terpenene/ sabinene (90 %). Ia juga dikatakan bersifat afrodisiak (aphrodisiac – ubat pembangkit nafsu syahwat) serta mempunyai aroma pahit. Bijinya pula mengandungi 29.7 % minyak mudah meruap.(volatile).
Di Filipina, kulit kayu pokok ini dikisar dan dicampurkan dengan minyak, digunakan untuk di sapu ke perut bagi mengatasi masalah sakit perut. Kulit kayunya jika direbus dan diminum untuk mengatasi masalah sakit dada. Manakala ianya dikunyah sekiranya dipatuk ular.
Buahnya pula dikatakan sebagai agen peransang, rasanya kelat (astrigen), mempunyai sedikit aroma dan sebagai pencuci sistem pencernaan. Ia juga menyembuhkan masalah perkumuhan (kencing) , dispepsia (makanan sukar hadam) akibat atrabilis serta diarrhea (cirit-birit) Bagi pesakit reumatisme pula, buahnya diberi makan bersama dengan madu lebah.
Di Goa , kulit akarnya digunakan sebagai ubat pencuci (purgative) buah pinggang.
Selain dari itu, pati minyak dari pokok ini (essential oil) juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit taun/ kolera (cholera).

 

AKALIFA (Acalypha wilkesiana) POKOK LANSKAP DAN KESIHATAN Mei 12, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 3:27 pm
Tags: , , , , ,

Pengenalan

Pokok renek, boleh mencapai 3 m tinggi, ranting muda mempunyai bulu halus.
Daun jenis ringkas, susunan berselang seli, bentuk bujur telur lebar atau bulat panjang, tirus pada hujung daun, banyak urat daun, bergerigi, panjang daun 10-25 sm, pelbagai warna bertompok-tompok seperti hijau, coklat, kelabu, merah merah tua, merah jambu dan kuning.
Bunga sangat kecil, terdapat pada jambak bunga yang lampai, terlentok, panjang jambak bunga 10-25 sm.

Kandungan
Seluruh bahagian : karbohhidrat dan serabut mineral.

Taburan

Akalifa merupakan tumbuhan asli di sekitar kawasan kepulauan Pasifik Selatan. Sekarang ia banyak ditanam hampir di serata kawasan terbuka beriklim tropika dan subtropika, di dalam rumah kaca atau rumah hijau dalam kawasan iklim sejuk.

Penanaman

Akalifa mudah ditanam dengan keratan dahan atau ranting. Kaedah tut pula lebih sesuai kalau anda mahukan satu pokok sahaja dan saiz pokok yang sederhana besar, bercabang-cabang dan banyak daun. Ia boleh ditanam sendirian di kawasan tanah lapang atau di dalam pasu. Ia tumbuh merimbun atau sebagai pagar hiasan di mana ia perlulah kerap dicantas. Pokok ini perlu pendedahan banyak cahaya matahari supaya warna daun-daunnya menjadi cantik. Tanah yang terlalu kering dan keras kurang sesuai.

Penyakit/ Perosak

Pokok ini biasanya tiada masalah serius dari segi penyakit dan perosak. Tetapi jika tanah terlalu keras dan kering, pokok boleh di jangkiti serangga sisik dan serangga lain yang menghisap cecair pokok. Daunnya pula mungkin dimakan sedikit oleh serangga.

Khasiat makanan

Pucuk dan Daun muda : Dimasak untuk dimakan (sebagai lauk)

Kahsiat Ubatan

Akar : Direbus bagi mencuci buasir.

Daun : Dihancurkan dan ditampal pada tempat bengkak, radang dan reumatisme dan di belakang tengkuk atau kepala untuk merawat sakit kepala. Daun dipanaskan dan ditampal pada belakang dan depan dada untuk meransang peluh dan menurunkan suhu demam panas.

Daun diletak dalam kasut dan dipakai sebagai rawatan selsema.

Air rebusan daunnya diminum untuk menjaga kesihatan, merawat demam panas, melegakan rasa haus yang sangat teruk, radang selaput paru dan toreks yang menyebabkan dada dan rusuk terasa sakit.
Daun dihancurkan lalu direndam dalam air sejuk dan airnya diminum untuk merawat bengkak buah pelir.
Daun dan rantingnya diikat pada seluruh tubuh pesakit untuk meransang peluh bagi merawat demam panas.

Sumber Rujukan : Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan oleh Hean Chooi Ong

 

GELAM (Melaleuca cajuputi powell) MERAWAT PENYAKIT BUSUNG Mac 14, 2010

 

ANTUI GAJAH (Lagerstroemia floribunda) UNTUK DEMAM PANAS Mac 12, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 2:23 pm
Tags: , , , , ,