Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (more…)

 

CENGAL (Neobalanocarpus heimii) Jun 15, 2012

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 10:25 pm
Tags: , ,

Pokok Cengal

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang sangat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga ‘Dipterocarpacease’ iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi teras kayu. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5m dengan ukur lilit 16.75 meter membolehkan 13 memeluk batangnya yang besar. Pokok Cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekarja Jabatan Hutan, Omar Mohamad. Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001. ~ wikipedia

“Cengal adalah hasil dari satu spesies sahaja yaitu Neobalanocarpus heiumii. Terdapat di Semenanjung Malaysia. Pengeringan kayu ini perlahan dengan retak-retak hujung yang sederhana dan retak permukaan yang merupakan cacat utama kerendahan mutunya. Satu kecacatan kayu ini ialah terdapatnya banyak lubang-lubang penggerak halus yang merupakan sarang-sarang kumbang ambrosia yang telah mati. Kumbang-kumbang ini menyerang hampir kesemua pokok-pokok cengal semasa hidup. Kehadiran lubang halus ini sama sekali tidak menjejaskan kekuatan kayu kecuali dari segi aestetik. Kayu ini mungkin ditolak.”

Keterangan umum berkenaan kayu:

Kayu gubal jelas berbeza. Bila baru-baru digergaji teras kayu berwarna coklat kuning muda dengan bintik-bintik hijau jelas kelihatan. Apabila terdedah warna menjadi lebih gelap ke coklat ungu atau merah karat. Ia mempunyai tanda riak yang jelas. Iranya bersimpul, tatalnya halus dan seragam.

~ ejiputriramadhani.blogspot.com

 

CENGAL EMAS DIJADIKAN RANJANG

Filed under: Koleksi Foto — zainura66 @ 5:28 pm
Tags: , , ,

 

Pulasari (Tetracera Indica Merr. ) Jun 10, 2012

Pokok Pulasari atau lebih dikenali sebagai Mempelas (nama saintifiknya Tetracera Indica Merr. )adalah sejenis pokok berakar rendah, jenis menjalar/ memanjat dan batang pokoknya berkayu serta terasa kesat dan boleh menyebabkan luka jika tersagat pada kulit. Daunnya berkembar, bersaiz sederhana , urat daun yang jelas kelihatan serta permukaan daunnya agak kesat juga. . Bunga mempelas berwarna putih dengan kelopak kecil berwarna merah jambu dan berbau sangat wangi. Buah mempelas berbentuk seakan beri dan rasanya masam. Ia berwarna hijau ketika muda dan apabila masak ia berubah menjadi merah.
Ia mudah ditemui di kampung , kawasan semak dan hutan di Asia Tenggara. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Ia juga merupakan pokok serba guna seperti berikut :

Daun
a) digunakan untuk memelas/ melicinkan kayu seperti ukiran kayu dan perabot.
penawar penyakit bagi gatal kulit, kejang dalam perut , cirit-birit
mengilatkan kuku
erbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering boleh digunakan untuk merawat radang.
daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa.
Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi.

Akar
Mengubati penyakit darah tinggi

Buah
Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan.

Batang
Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya.

Ada juga pengamal perubatan tradisional mengatakan, akar pokok ini walaupun agak sering menyusahkan orang tetapi ianya sangat perlu oleh mereka yang mempunyai penyakit seperti ovary cist, fibriod, penyakit dalam perut dan masalah perbidanan.

Caranya, ambil 10 akar tunjang, bersihkan, rebus akar itu. Apabila ia suam, boleh campurkan gula merah (jika mahu) dan minum . Cuba amalkan selama sebulan untuk melihat kesannya disamping berpantang makan makanan berdarah seperti daging, ayam, kerang, hati…InsyaAllah

 

ROTAN BAKAU (Calamus erinaceus) Disember 31, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:22 pm
Tags: , ,

Rotan bakau merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia merangkumi beberapa spesies seperti:- Calamus erinaceus, Daemonorops erinaceus Becc.

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).

 

KELINTING (Campnosperma auriculata) Disember 25, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 11:29 am
Tags: , , , ,

Kayu Kelinting biasanya digunakan untuk membuat papan hitam, sampan, lotak kayu, pembinaan bangunan, kabinet dapur, canoe, keranda, perabot rumah dan lain-lain lagi.

 

BELIAN (Eusideroxylon zwaggen) Julai 3, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 5:59 pm
Tags: , , , , ,

Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras, nama saintifiknya Eusideroxylon zwaggen. Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa.
Kayu Belian (Eusideroxylon zwageri), spesies balak Malaysia Timur, tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi. Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas. Beberapa tiang eletrik Belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya reput permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun.