Wannura

Koleksi Tumbuhan

Lemba Batu menambah selera dan air mani Julai 1, 2012

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 1:16 pm
Tags: , , , ,

Lemba Batu dari keluarga Acanthaceae ini nama saintifiknya ialah Staurogyne merguensis merupakan tumbuhan liar yang biasa ditemui merakap di bumi.

Ketinggian pokok herba ini adalah 10 sm. Ia mempunyai batang berkayu yang lembut, dengan diameter di antara 1 – 2 sm. Berdaun panjang di antara 10 – 15 sm dan berwarna hijau kebiruan. Ia mempunya bunga kecil berwarna merah hati. Pokok ini sering dijumpai tumbuh di kawasan hutan, perkampungan , kebun getah dan kadang kala di sekitar rumah terutama di tempat yang teduh dan agak lembab.

Kegunaan

Seluruh pokok ini direbus dan diminum airnya, bertujuan untuk menambahkan selera makan dan air mani.

 

Misai Adam pengubat lemah syahwat lelaki

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 12:37 pm
Tags: , , , ,

Misai Adam atau Janggut Adam atau Misai Ali (nama saintifiknya ialah Gramineae themeda arguens Hack/Schizaea digitata / Actinostachys digitata) merupakan sejenis rumput rumpai yang mempunyai bentuk yang agak unik, biasa dijumpai dikawasan yang agak redup dan mempunyai tanah yang lembab seperti di kebun getah dan kawasan belukar serta kawasan hutan hujan tropika. Ia juga boleh hidup di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru di buka. Nama lain tumbuhan ini ialah curlygrass fern, grass fern, paku rimba, fern of the virgin fores. Ia adalah dalam keluarga Schizaeaceae.

Ia tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Ia mempunyai rizom yang lebih pendek dari paku pakis.

Daunnya panjang menyerupai daun rumput dan agak kerinting , berbulu dan runcing. Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar dan pangkalnya mempunyai umbi. Pangkal umbi berbulu dan tajam. Apabila masak atau kering, buah yang tajam itu boleh terpacak ke tanah apabila gugur lalu tumbuh di situ.

Kegunaan

~ Tumbuhan ini boleh dihancurkan menjadi pulpa. Pulpa ini digunakan bagi merawat “lumbago”.

~ Akarnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi kaum lelaki. Ramuan yang dicadangkan ialah Janggut Adam, Tongkat Ali, Tapak Merpati, Selayar Hitam dan Serai Gunung. Ia dikatakan dapat mencuci darah dan juga menambahkan ketahanan !!!

 

KUCING GALAK menguatkan tenaga batin

Filed under: Herba — Wannura @ 9:29 am
Tags: , , , , , ,

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia? (more…)

 

Herba dari Pulau 9 untuk tenaga batin Januari 11, 2011

Filed under: Herba — Wannura @ 2:43 pm
Tags: , , , , , ,

Tahukah anda nama pokok ini ? Lit Tong Ling adalah nama yang diberikan dalam bahasa Kantonis. Ini adalah pokok tumbuhan saka renek yang biasanya tumbuh liar di pulau. Bunganya berwarna ungu muda dan kelihatan seperti bunga ‘periwinkle’. Keunikan pokok ini ialah pada bunganya iaitu apabila mekar, wanrnanya ialah ungu muda dan bila layu akan bertukar ke putih. Ia menghasilkan buah yang kecil berukuran 1 sm lebar dan panjang; berwarna hijau ketika muda dan bertukar pula ke warna violet bila telah matang. Rasa buahnya sedap seakan-akan rasa buah jambu dan ia mengandungi beberapa biji yang berwarna hitam dan keras di dalamnya.

Menurut Uncle, pokok ini telah dijumpainya ketika pergi memancing di Pulau Sembilan. Ia mengatakan bahawa ini adalah pokok ubat di mana buahnya yang telah masak direndamkan ke dalam arak selama 100 hari kemudian diminum bagi membuang toksin badan (mencuci darah) manakala bagi wanita pula, akarnya di rebus untuk merawat penyakit keputihan. Uncle telah lama mengamalkan memakan herba ini dan lihat buktinya beliau kelihatan muda dan segak walau pun telah mencapai 60an.

Sekiranya sesiapa yang mengetahui serta mempunyai sebarang maklumat tentang pokok ini, silalah beri sedikit penerangan di bahagian komentar di bawah. Segala informasi serta kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ribuan terima kasih.

 

CEMARA PUTERI (Cassytha filiformis Linn.) untuk lelaki mati pucuk. Disember 19, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 7:06 pm
Tags: , , , ,

Cemara Puteri merupakan salah satu daripada herba tradisional bagi Orang Asli untuk merawat kaum lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk.

 

PERUVIAN GINSENG HERBA LELAKI September 4, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 12:32 am
Tags: , ,

Tumbuhan MACA ini dikenali sejak berkurun dahulu dengan nama Lepidium Peruvianum Chacon, Peruvian Ginseng dan Natural Viagra

MACA telah ditemui oleh seorang doktor wanita bernama Dr.Gloria Chacon De Popavici. Tumbuhan berakar ini tumbuh pada ketinggian 3,000 – 4,000 meter dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Platsaux. MACA merupakan satu-satunya tumbuhan yang mampu hidup pada ketinggian ini walaupun pada suhu panas yang melampau di siang hari dan sejuk beku pada waktu malam.  
Akarnya telah digunakan oleh lelaki Peru sejak berabad lamanya bagi tujuan meningkatkan tenaga seks, libido dan kesuburan sperma.

 

SUSUH AYAM JANTAN (Luvanga scandens) tambahkan tenaga lelaki Ogos 28, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 10:32 pm
Tags: , , ,

Teras yang terdapat pada Spesis Kayu Susuh Ayam, mengikut Petua Orang-orang Tua, ianya dikatakan Memiliki Fadilat Penawar yang lebih ampuh dari Jenis Kemuning Hitam..

Sumber : http://alamallah.blogspot.com/

 

DAMIANA (Turnera diffusa) PENINGKAT DAYA SEKSUAL Julai 18, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 11:25 am
Tags: , , , , ,

PENGENALAN
Turnera diffusa, dikenali sebagai Damiana, adalah pokok semak dan tumbuhan semulajadi kepada Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Caribbean. Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Turneraceae.

Damiana merupakan tumbuhan semak yang kecil di mana ia mempunyai bunga bersaiz kecil dan berbau wangi. Musim bunganya ialah pada awal dan penghujung musim panas dan diikuti dengan pengeluaran buahnya yang rasanya seakan-akan buah ara/ tin (fig) .

Tumbuhan semak ini dikatakan mempunyai aroma rempah yang menyengat seperti chamomile , berdasarkan kepada kandungan minyak yang tedapat dalam tumbuhan ini.


Daunnya secara tradisi telah dijadikan teh dan pewangi oleh orang Asli Amerika Tengah dan Selatan sebagai ‘penenang’. Mubaligh-mubaligh Sepanyol (Spanish missionaries) pada mulanya merekodkan bahawa puak Asli Mexico meninum teh Damiana yang dicampur gula sebelum memulakan senggama.

AROMA HERBA (Herbal insence)
Pada kebiasaannya, Damiana dijadikan teh sebagai minuman atau pun dibakar untuk mendapatkan aromanya yang wangi. Daun Damiana tidak membahayakan jika dimakan atau pun dihidu. Dalam perubatan herba, Damiana sering digunakan untuk merawat batuk, masalah sembelit dan masalah tekanan. Adunan herba ini juga dikatakan dapat membantu bagi masalah tumor (fibromyalgia) , berkaitan tenaga , emphysema , hormon estrogen yang rendah, kedinginan seks (frigidity), masalah pra-menopaus bagi wanita (hot flashes), mati pucuk (impotency), ketidaksuburan (infertility), putus haid (menopause), penyakit Parkinson (Parkinson’s disease), PMS, radang prostat ( inflammation of prostate), penyakit Lou Gehrig (Lou Gehrig’s disease), dan banyak lagi yang berkaitan dengan organ pembiakan bagi kaum wanita dan lelaki.

KEGUNAAN LAIN
Damiana adalah satu bahan campuran untuk membuat arak Mexico asli. Ada juga pengusaha di bidang kecantikan dan kesihatan menggunakan herba ini bagi memulihkan tenaga batin. Ia adalah salah satu bahan campurannya dengan Orkid Ungu (Purple Orchid) dan lain-lain bahan.

Manakala para saintis telah menemukan fakta mengenai Damiana di mana bahan kimia yang terdapat di dalamnya boleh menenangkan sistem saraf pusat tetapi kesahihannya tidak dapat di tetapkan lagi setakat ini.

Damiana digunakan secara tradisi sebagai penenang, sebagai pelega dan sebagai bahan untuk merawat masalah lelaki oleh Puak Asli di Mexico. Mula dikomersialkan di Amerika pada 1874, Damiana dipasarkan sebagai peningkat daya seksual dan didakwa mampu meningkatkan nafsu syahwat, juga membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Turnera_diffusa)

 

POKOK MANDUL (Ptychopetalum olacoides) @ MUIRA PUAMA RAWAT LEMAH TENAGA BATIN Julai 13, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 10:54 am
Tags: , , , , ,

Muira puama dikenali sebagai “Pokok Mandul” . Ia merupakan pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian 15 kaki di hutan Amazon Brazil.

Bunganya yang berwarna putih dan bersaiz kecil mempunyai aroma wangi yang mengengat dan kuat seakan-akan bunga melur.

Mengikut sejarahnya, kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan, namun bahan utama yang digunakan dalam perubatan tradisional adalah akar dan kulitnya. Ini telah lama diamalkan oleh orang Asli Brazil menggunakannya sebagai terapi untuk masalah seksual, keletihan melampau, bengkak urat saraf , sakit sendi dan kegunaan-kegunaan lain serta penemuan oleh Amerika Selatan dan Eropah sebagai perubatan herba pada tahun 1920 an.

Pada tahun 1925, penyelidikan oleh ahli-ahli farmakologi telah membuktikan di mana tumbuhan ini berkesan bagi merawat urat saraf yang bermasalah dan lemah tenaga batin serta menekankan bahawa kesan mujarab bagi orang yang tidak boleh bergerak/ berjalan, mengalami neuralgia (berkenaan saraf ) bila berdiri lama, reumatisme yang kronik dan lumpuh yang ringan.

Di Amerika Syarikat, pakar-pakar herba dan pengamal-pengamal kesihatan kini menggunakan ‘herba mandul’ (muira puama) ini bagi lelaki yang menghadapi masalah penyakit mati pucuk, wanita yang mengalami senggugut dan masalah putus haid (PMS), neurasthenia dan masalah sistem saraf.

Kelebihan dalam merawat penyakit mati pucuk dengan pengambilan herba muira puama telah terbukti keberkesanannya apabila satu ujikaji telah dijalankan ke atas dua orang lelaki dan hasilnya menakjubkan bila mereka telah pulih dari penyakit lemah tenaga batin dan mati pucuk (ED).

Penyelidikan yang dibuat di Paris pula, daripada 262 pesakit lelaki yang telah mengalami penurunan nafsu seksual dan tidak mampu bertahan lama atau gagal mengekalkan ketegangan zakarnya, 62% daripad pesakit lemah tenaga batin melapurkan bahawa kesan daripada pengambilan ekstrak dari muira puama itu adalah menakjubkan dan 51% pesakit daripada penyakit mati pucuk pula (ED) merasakan bahawa dengan pengambilan muira puama adalah baik.

 

SEHELAI SETAHUN BALDU (Nervilia discolor) UNTUK MENAMBAH TENAGA LELAKI Julai 11, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 5:55 pm
Tags: , , ,