Wannura

Koleksi Tumbuhan

Katak puru berbagai khasiat Julai 22, 2012

Nama Tempatan:  Katak puru
Nama Saintifik:  Cynometra Cauliflora
Nama Lain:       Nam Nam, amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:         Ceasalpinioideae/Leguminosae
Asal: dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India

Pokok kecil Katak puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal. (more…)

 

Rancang Besi ubati lemah tenaga batin Julai 21, 2012

Ciri-ciri pokok:
Pokok ini jenis berkayu/ syrub. Mempunyai batang yang keras seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung daun menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

Taburan ekologi:
Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. . Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk.

Kegunaan
Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum untuk mengubati lemah tenaga batin, urat saraf, penyakit gonorea dan tonik kesihatan. Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Sumber : http://www.acp.upm.my/puchong/

 

Lemba Batu menambah selera dan air mani Julai 1, 2012

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 1:16 pm
Tags: , , , ,

Lemba Batu dari keluarga Acanthaceae ini nama saintifiknya ialah Staurogyne merguensis merupakan tumbuhan liar yang biasa ditemui merakap di bumi.

Ketinggian pokok herba ini adalah 10 sm. Ia mempunyai batang berkayu yang lembut, dengan diameter di antara 1 – 2 sm. Berdaun panjang di antara 10 – 15 sm dan berwarna hijau kebiruan. Ia mempunya bunga kecil berwarna merah hati. Pokok ini sering dijumpai tumbuh di kawasan hutan, perkampungan , kebun getah dan kadang kala di sekitar rumah terutama di tempat yang teduh dan agak lembab.

Kegunaan

Seluruh pokok ini direbus dan diminum airnya, bertujuan untuk menambahkan selera makan dan air mani.

 

Misai Adam pengubat lemah syahwat lelaki

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 12:37 pm
Tags: , , , ,

Misai Adam atau Janggut Adam atau Misai Ali (nama saintifiknya ialah Gramineae themeda arguens Hack/Schizaea digitata / Actinostachys digitata) merupakan sejenis rumput rumpai yang mempunyai bentuk yang agak unik, biasa dijumpai dikawasan yang agak redup dan mempunyai tanah yang lembab seperti di kebun getah dan kawasan belukar serta kawasan hutan hujan tropika. Ia juga boleh hidup di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru di buka. Nama lain tumbuhan ini ialah curlygrass fern, grass fern, paku rimba, fern of the virgin fores. Ia adalah dalam keluarga Schizaeaceae.

Ia tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Ia mempunyai rizom yang lebih pendek dari paku pakis.

Daunnya panjang menyerupai daun rumput dan agak kerinting , berbulu dan runcing. Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar dan pangkalnya mempunyai umbi. Pangkal umbi berbulu dan tajam. Apabila masak atau kering, buah yang tajam itu boleh terpacak ke tanah apabila gugur lalu tumbuh di situ.

Kegunaan

~ Tumbuhan ini boleh dihancurkan menjadi pulpa. Pulpa ini digunakan bagi merawat “lumbago”.

~ Akarnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi kaum lelaki. Ramuan yang dicadangkan ialah Janggut Adam, Tongkat Ali, Tapak Merpati, Selayar Hitam dan Serai Gunung. Ia dikatakan dapat mencuci darah dan juga menambahkan ketahanan !!!

 

KUCING GALAK menguatkan tenaga batin

Filed under: Herba — Wannura @ 9:29 am
Tags: , , , , , ,

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia? (more…)

 

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — Wannura @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

Bunga Nasi Kerabu (Clitoria ternatea) Jun 15, 2012

Pokok ini dikenali sebagai Bunga Nasi Kerabu atau Bunga Telang. Nama saintifiknya ialah Clitoria ternatea. Panggilan nama pokok ini berbeza mengikut tempat / daerah atau sesebuah negeri itu. Oleh kerana ia biasanya digunakan dalam masakan khususnya masyarakat Pantai Timur, Malaysia iaitu negeri Kelantan sebagai pewarna nasi kerabu, ia lebih dikenali sebagai ‘Bunga Nasi Kerabu’. (more…)

 

Herba dari Pulau 9 untuk tenaga batin Januari 11, 2011

Filed under: Herba — Wannura @ 2:43 pm
Tags: , , , , , ,

Tahukah anda nama pokok ini ? Lit Tong Ling adalah nama yang diberikan dalam bahasa Kantonis. Ini adalah pokok tumbuhan saka renek yang biasanya tumbuh liar di pulau. Bunganya berwarna ungu muda dan kelihatan seperti bunga ‘periwinkle’. Keunikan pokok ini ialah pada bunganya iaitu apabila mekar, wanrnanya ialah ungu muda dan bila layu akan bertukar ke putih. Ia menghasilkan buah yang kecil berukuran 1 sm lebar dan panjang; berwarna hijau ketika muda dan bertukar pula ke warna violet bila telah matang. Rasa buahnya sedap seakan-akan rasa buah jambu dan ia mengandungi beberapa biji yang berwarna hitam dan keras di dalamnya.

Menurut Uncle, pokok ini telah dijumpainya ketika pergi memancing di Pulau Sembilan. Ia mengatakan bahawa ini adalah pokok ubat di mana buahnya yang telah masak direndamkan ke dalam arak selama 100 hari kemudian diminum bagi membuang toksin badan (mencuci darah) manakala bagi wanita pula, akarnya di rebus untuk merawat penyakit keputihan. Uncle telah lama mengamalkan memakan herba ini dan lihat buktinya beliau kelihatan muda dan segak walau pun telah mencapai 60an.

Sekiranya sesiapa yang mengetahui serta mempunyai sebarang maklumat tentang pokok ini, silalah beri sedikit penerangan di bahagian komentar di bawah. Segala informasi serta kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ribuan terima kasih.

 

CEMARA PUTERI (Cassytha filiformis Linn.) untuk lelaki mati pucuk. Disember 19, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 7:06 pm
Tags: , , , ,

Cemara Puteri merupakan salah satu daripada herba tradisional bagi Orang Asli untuk merawat kaum lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk.

 

BOERHAVIA DIFFUSA (Punarnava) herba penawar penyakit Oktober 16, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 7:06 pm
Tags: , , , ,

PENGENALAN

Boerhavia diffusa adalah merupakan tumbuhan yang berbunga dikenali juga sebagai tar vine, punarnava yang bermaksud ‘memperbaiki’ atau ‘memperbaharui tubuh badan’. Ia biasanya diambil sebagai perubatan herba untuk melegakan kesakitan dan juga untuk tujuan lain. Ia juga disebut pokok labah-labah kerana tabiat tumbuhan ini yang menjalar di permukaan muka bumi dan menyerupai jaringan sarang labah-labah. Di India pula, pokok ini dipanggil Punarnava dan ia terkenal dikalangan pengamal perubatan tradisional India iaitu ayurveda.

Jus (air perahan) dari tumbuhan ini dikatakan mempunyai pelbagai rasa iaitu manis, pahit, kelat dan sedikit pedas. Pengamal ayurveda menyatakan sifat herba ini sebagai ‘ringan’, ‘kering’ dan ‘panas’ dan kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan di dalam penyediaan herba untuk perubatan.

Tumbuhan ini tumbuh meliar kerana penyebarannya melalui unggas. Biji benih bagi tumbuhan ini mempunyai cangkuk dan biasanya akan melekat pada badan sang unggas

KEGUNAAN

  • Makanan

Daunnya selalu dimasak sebagai sayur dalam hidangan makanan di kebanyakan tempat di India. Ia dipercayai untuk merawat dan melindungi penglihatan.

  • Perubatan untuk :-
  1. Kencing manis (diabetes) : ia mengandungi bahan diuratik dan digunakan untuk menurunkan gula dalam darah oleh penghidap kencing manis.
  2. Arthritis : membantu mengurangkan inflamasi dan sakit-sakit sendi.
  3. Masalah Penghadaman : Punarnava bertindak sebagai pembuka selera dan membantu bagi masalah sakit perut . Ia juga merawat masalah sembelit.
  4. Batuk : Melegakan batuk dan asma (lelah)
  5. Masalah Mati pucuk : Biji benih dari tumbuhan ini digunakan dalam penyediaan perubatan “Vajikarana “. Ia dikatakan boleh meningkatkan daya ketegangan zakar dan kualiti serta kuantiti air mani. Ia boleh meransangkan kelancaran sistem reproduksi bagi orang lelaki.
  6. Penyakit kulit : Ia sangat mujarab bagi penyakit kulit seperti penghidap ‘scabies’.
  7. Anaemia : Ia dicampurkan dengan daun herba yang lain untuk penyakit ini.
  8. Masalah ginjal : Ia bertindak sebagai duratik dan digunakan di dalam perubatan ayurveda bagi masalah batu karang, Cystis dan nephritis.
  9. Masalah Hati : Punarnava digunakan secara meluas bagi merawat hati dan pembuangan racun. Ia membantu penyakit jaundice (demam kuning) dan hepatitis. Di Brazil, ia digunakan dalam perubatan herbal bagi ‘mencuci’ atau merawat pundi hempedu dan kesemua penyakit yang berkaitan dengan hati.
  10. Menorrhagia

Nota : Pesakit yang mempunyai masalah jantung mesti mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum pengambilan herba ini sebagai perubatan.