Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (more…)

 

Seburut ubat tradisional perancang keluarga Julai 24, 2012

Pengenalan
Seburut atau nama saintifiknya Thottea grandiflora rottb. adalah dari keluarga Aristolochiaceae. Nama lainnya ialah Kurubut, Semubut, Seperuit, Gereboh, Telinga Kelawar.

Pokok renek setinggi 3 m tetapi biasanya 1m tinggi sahaja; tumbuh berumpun, ada batang di dalam tanah yang bercabang dan menghasilkan batang yang tumbuh lurus tegak, batang atas tanah jarang-jarang bercabang kecuali kalau patah atau cedera.

Daun berbentuk lonjong atau bujur telur, 15-30sm panjang dan 9-20sm lebar, permukaan kasar, liat, permukaan bawah berbulu.

Bunga dalam jambak sepanjang 5 sm; bunga berjuntai, boleh mencapai 12.5 sm panjang , warna ungu kemerah-merahan, urat berjalin jelas kelihatan, berbulu.

Buah jenis kapsul tirus, 10-15 sm panjang.

Kandungan
Semua bahagian – saponin, triterpin dan steroid.

Saponin ada jenis beracun, meransang hingus, kesan antiradang dan sebagai tonik lelaki atau tonik wanita. Steroid berkesan sebagai ubat perancang keluarga (menjarangkan anak dan juga untuk menambah kesuburan wanita), meningkatkan kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung, artritis , sakit jantung dan lain-lain.

Taburan
Seburut mempunyai taburan semulajadi di Mynmar, Semenanjung Malaysia dan Singapura. Di Semenanjung Malaysia, seburut paling banyak terdapat di bahagian selatan.

Penanaman
Seburut boleh ditanam dengan menggunakan biji atau potongan rizom yang diasingkan dan ditanam semula. Keadaan yang kurang sesuai seperti di taman atau kebun kerana terlalu banyak cahaya matahari, udara, tanah terlalu kering atau tanah terlalu banyak air menyebabkan seburut tumbuh sangat perlahan atau terus mati. Ia tidak mengalami musim bunga. Oleh itu ia boleh berbunga sepanjang tahun.

Ekologi
Seburut tumbuh liar di hutan pamah hingga ke hutan bukit pada ketinggian 600 m dari paras laut. Seburut memerlukan naungan dan keadaan yang lembab.

Khasiat ubatan
Batang (dalam tanah), Akar dan Pangkal pokok : Air rebusannya diminum sebagai tonik yang mujarab untuk ibu selepas bersalin; rawatan batuk kering, demam panas, demam malaria dan disentri.

Kegunaan lain
Bunga Seburut yang besar dengan corak warna dan kelopak yang cantik cukup menarik perhatian, tetapi ia berbau busuk sedikit. Namun, pokok ini berpotensi sebagai tanaman eksotika kepada peminat flora.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

Rancang Besi ubati lemah tenaga batin Julai 21, 2012

Ciri-ciri pokok:
Pokok ini jenis berkayu/ syrub. Mempunyai batang yang keras seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung daun menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

Taburan ekologi:
Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. . Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk.

Kegunaan
Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum untuk mengubati lemah tenaga batin, urat saraf, penyakit gonorea dan tonik kesihatan. Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Sumber : http://www.acp.upm.my/puchong/

 

KUCING GALAK menguatkan tenaga batin Julai 1, 2012

Filed under: Herba — Wannura @ 9:29 am
Tags: , , , , , ,

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia? (more…)

 

POKOK MANDUL (Ptychopetalum olacoides) @ MUIRA PUAMA RAWAT LEMAH TENAGA BATIN Julai 13, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 10:54 am
Tags: , , , , ,

Muira puama dikenali sebagai “Pokok Mandul” . Ia merupakan pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian 15 kaki di hutan Amazon Brazil.

Bunganya yang berwarna putih dan bersaiz kecil mempunyai aroma wangi yang mengengat dan kuat seakan-akan bunga melur.

Mengikut sejarahnya, kesemua bahagian tumbuhan ini digunakan, namun bahan utama yang digunakan dalam perubatan tradisional adalah akar dan kulitnya. Ini telah lama diamalkan oleh orang Asli Brazil menggunakannya sebagai terapi untuk masalah seksual, keletihan melampau, bengkak urat saraf , sakit sendi dan kegunaan-kegunaan lain serta penemuan oleh Amerika Selatan dan Eropah sebagai perubatan herba pada tahun 1920 an.

Pada tahun 1925, penyelidikan oleh ahli-ahli farmakologi telah membuktikan di mana tumbuhan ini berkesan bagi merawat urat saraf yang bermasalah dan lemah tenaga batin serta menekankan bahawa kesan mujarab bagi orang yang tidak boleh bergerak/ berjalan, mengalami neuralgia (berkenaan saraf ) bila berdiri lama, reumatisme yang kronik dan lumpuh yang ringan.

Di Amerika Syarikat, pakar-pakar herba dan pengamal-pengamal kesihatan kini menggunakan ‘herba mandul’ (muira puama) ini bagi lelaki yang menghadapi masalah penyakit mati pucuk, wanita yang mengalami senggugut dan masalah putus haid (PMS), neurasthenia dan masalah sistem saraf.

Kelebihan dalam merawat penyakit mati pucuk dengan pengambilan herba muira puama telah terbukti keberkesanannya apabila satu ujikaji telah dijalankan ke atas dua orang lelaki dan hasilnya menakjubkan bila mereka telah pulih dari penyakit lemah tenaga batin dan mati pucuk (ED).

Penyelidikan yang dibuat di Paris pula, daripada 262 pesakit lelaki yang telah mengalami penurunan nafsu seksual dan tidak mampu bertahan lama atau gagal mengekalkan ketegangan zakarnya, 62% daripad pesakit lemah tenaga batin melapurkan bahawa kesan daripada pengambilan ekstrak dari muira puama itu adalah menakjubkan dan 51% pesakit daripada penyakit mati pucuk pula (ED) merasakan bahawa dengan pengambilan muira puama adalah baik.

 

POKOK KAMBING (Epimedium sagittatum) PERANGSANG BERAHI LELAKI DAN WANITA Julai 8, 2010

PENGENALAN
Epimedium mempunyai sejarah yang lama di China, yang mana khasiat perubatan pertama dicatatkan pada 2,000 tahun lalu di Shen Nong Canon of Herbs. Orang Cina merujuk herba ini sebagai perangsang nafsu berahi yang berkesan untuk lelaki dan wanita.

Dalam ilmu perubatan Cina, Epimedium juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang tetapi ianya lebih mempunyai nilai kepada tahap berahi yang tinggi. Sebahagian kandungan yang terdapat di dalamnya adalah flavoid, polisakarida, icariin, sesquiterpenes, fenolik dan penythylol glycosides, ionones, sterols dan alkoloid yang dipanggil magnaflorin.

Kegunaan Epimedium
Epimedium dipercayai mempunyai nilai perangsang berahi yang paling tinggi bagi kegunaan lelaki dan wanita. Kandungan flavoid dikatakan berupaya meningkatkan stimulasi kepada deria rasa, terutamanya di bahagian kelamin dan kegunaannya dikatakan membantu meningkatkan kemahuan seksual selain bertindak untuk aktiviti “copulation” dan tahap hormon testeron. Testeron merangsang bahagian tengah minda yang menggalakkan tingkah laku seksual kepada lelaki dan wanita. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan tindakbalas yang dilakukan oleh Epimedium, malahan dilihat dapat membantu kualiti seks individu dan disarankan kepada wanita yang mengalami keadaan dingin seks. Ianya juga dipercayai meningkatkan tahap prestasi seksual kepada pesakit yang menjalani hemodialisis akibat kegagalan fungsi ginjal. Walaupun tidak dapat difahami bagaimana Epimedium ini bertindak secara khusus, ianya mungkin disebabkan enzim yang dipanggil acetylcholinesterase yang membantu penghantaran sel neuro cholinergic yang dikaitkan dengan keinginan seksual dan semestinya tumbuhan ini digunakan sejak berzaman untuk mengembalikan keinginan seksual kepada lelaki dan wanita.

PENGGUNAAN

Kajian mendapati untuk hasil yang lebih baik hendaklah mengamalkan (2-4 cawan) untuk berberapa hari berturut-turut (4-5 hari). Epimedium berfungsi untuk melancarkan salur darah, seterusnya meningkatkan perjalanan darah, meningkatkan fungsi saraf dan membantu keadaan ereksi yang lebih baik, melewatkan penuaan dan menguatkan ingatan.
KESAN SAMPINGAN

Pengambilan yang berlebihan (lebih dari 10 cawan sehari) akan mengakibatkan rangsangan berlebihan seterusnya memberi kesan kepada keadaan jantung. Elakkan pengambilan Epimedium berserta dengan ubat darah tinggi dan jantung.

SIAPA YANG PATUT AMBIL

Golongan dewasa, lelaki dan perempuan, kecuali wanita hamil. Semakin berusia anda, lagi sesuai ianya untuk anda. Sangat digalakkan kepada mereka yang kurang keinginan terhadap seks.

KEBAIKAN EPIMEDIUM

· tonik untuk lelaki dan wanita
· merangsang berahi dan keinginan seksual
· meningkatkan tahap testeron
· meningkatkan kandungan sperma
· bronchitis
· membantu fungsi buah pinggang
· mengurangkan keletihan
· melambatkan penuaan
· meningkatkan fungsi minda
· sakit belakang, kerapuhan tulang
· tekanan darah rendah
· membantu pengedaran darah
· sejuk dada, kebas
· mengawal menopause dan PMS
· menggalakkan pembinaan sel tulang (osteoporosis)
· menghalang virus herpes simplex
· antioksida
· meningkatkan sistem imunisasi
· meningkatkan metabolisma – mengawal berat badan.

Sumber : http://www.simbaza.com/

 

ELEPHANT CREEPER (Argyreia nervosa) BOLEH MERANSANG SEKSUAL Jun 23, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 8:00 pm
Tags: , , , , , , ,

Versi Bahasa Malaysia :

Pokok ini hidup subur di India di kawasan sehingga mencapai ketinggian 300 meter altitud. Akar bagi pokok tumbuhan menjalar yang besar ini digunakan sebagai pengganti ubat yang dinyatakan di bawah nama ‘Vriddhadaraka’. Dalam Ayurveda, akarnya dianggap sebagai ubat penawar alternatif, tonik dan masalah berkaitan reumatik dan penyakit pada sistem saraf. Kandungan utama pokok ini ialah alkaloid ergoline.Melalui penyelidikan klinikal yang telah dibuat, penyediaah herba dari tumbuhan ini bersama campuran herba yang lain digunakan untuk merawat masalah seksual kebatinan bagi orang lelaki. Dilapurkan juga bahawa beberapa alkaloid ergoline dalam tanaman ini adalah bertoksid dan boleh mengkhayalkan.

Versi Bahasa Inggeris :

History
The root of this large climber is used as a substitute for the drug described under the name of ‘Vriddhadaraka’. In Ayurveda, the root is regarded as alterative, tonic and useful in rheumatic affections and diseases of the nervous system.

Habitat
Throughout India, up to an altitude of 300 meters high.

Morphology
Description (Habit) It is a very large woody climber. The stem is stout, white and tomentose. The leaves are large, ovate-cordate, glabrous above, persistently white tomentose beneath, base cordate and petiole is long. The flowers are in sub-capitate cymes. The Calyx, white tomentose outside. The Corolla is long, tubular – infundibuliform, silky pubescent outside and glabrous inner. The fruits are globose and apiculate.

Principal
Constituents It contains many ergoline alkaloids.

Pharmacology
‘Speman’, consisting of several ingredients of plant material including this species, is reported to exhibit anabolic-cum-androgen-like activity in mice. It posseses significant spasmolytic and hypotensive activities. It is a local stimulant and rubifacient.

Clinical studies
A preparation made from this plant along with several other ingredients is used for curing sexual disorders in males.

Toxicology
A few of the ergoline alkaloids reported in this plant are hallucinogenic.

Indications  
The root is bitter, aphrodisiac, diuretic and used in gonorrhoea, rheumatism and diseases of the nervous system. It is also used as a tonic.

 

BUNGA MELAYU: CEMPAKA HUTAN (Allamanda spp.) Jun 17, 2010

Pengenalan
Pokok Bunga Cempaka Hutan atau juga dikenali sebagai pokok Bunga Akar kuning adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Allamanda spp.
Pokok Bunga Cempaka Hutan merupakan sejenis pokok beracun. Getahnya, terutama yang terdapat pada bunga dan tangkai daun mempunyai bahan kimia Allamandin. Ia menyebabkan tindak balas kimia dengan kulit dan menyebabkan keradangan kimia.

Khasiat bunga cempaka
Bunga cempaka sejenis tanaman hiasan yang mempunyai bunga berbau wangi. Baunya yang harum ini juga membuatkan bunga cempaka turut dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk menyediakan pewangi dan minyak wangi. Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri. Dengan kecantikan tersebut tidak hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah. Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam. Bunga cempaka turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Malah, bunga ini amat bernilai di kalangan penganut Hindu.  Ia dijadikan pilihan bagi penganut Hindu untuk digunakan dalam upacara keagamaan. Jadi tidak hairanlah jika banyak pokok cempaka ditanam di sekitar kawasan kuil.

Cempaka Kuning  ( Michelia Champaca L. )

Cempaka Putih ( Michelia Alba DC )

Terdapat dua jenis spesies bunga cempaka iaitu cempaka kuning atau nama botaninya Michelia Champaca L dan cempaka putih atau nama botaninya Michelia Alba DC. Cempaka kuning berasal dari India manakala cempaka putih pula tumbuh liar di Indonesia. Kini kedua-dua spesies ini banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika. Cempaka kuning dan cempaka putih boleh dikenali melalui pokoknya yang mempunyai daun jenis ringkas, berbentuk bujur, mata lembing atau bulat memanjang serta terletak dalam susunan berpilih. Apa yang membezakan kedua-dua spesis ini ialah warna bunganya sahaja. Bunga cempaka kuning akan bertukar kepada warna oren setelah matang. Bunganya lebat dan terdapat kerpel bebas yang berkembang menjadi buah. Bijinya hampir bulat dan tergantung keluar serta berwarna coklat kemerah-merahan. Bunga cempaka putih pula kekal berwarna putih apabila matang. Buahnya yang masak akan merekah sebelah dan mendedahkan biji. Ada jenis cempaka putih yang tidak berbuah.

Buah Cempaka

Khusus untuk ibu bersalin

Bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri. “Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri,” katanya. Beliau yang ditemui di pejabatnya menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema. Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum. Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Rawatan gonorea

Kedua-dua spesies cempaka kuning dan cempaka putih ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga cempaka kuning boleh dijadikan air rebusan dan digunakan sebagai ubat untuk merawat demam panas, kusta, nafas busuk, rasa loya, mual, dakit dada, sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik serta reumatisme.
Bunga cempaka putih yang direbus bersama madu lebah dikatakan boleh di jadikan air minum untuk merawat batuk kokol, bronchitis, pening, keputihan pada faraj, radang kelenjar prostat,  sesak dada serta strok akibat pendedahan melampau kepada matahari.
Kudup bunga cempaka kuning jika direndam ke dalam air mendidih boleh dijadikan air minum untuk merawat gonorea, manakala kudup bunga cempaka putih yang direbus dalam air mendidih dikatakan boleh diminum oleh ibu yang baru bersalin atau keguguran bayi untuk tujuan merawat jangkitan mikroorganisma dalam darah yang akan mengakibatkan racun dalam darah.

Rawatan penyakit kulit

Daun cempaka kuning dikatakan boleh direbus dan dijadikan air minum bagi merawat perut yang memulas. Daun cempaka putih yang dijadikan air rebusan pula dikatakan boleh diminum untuk merawat bronchitis, jangkitan pada salur kencing dan ubat meroyan untuk ibu lepas bersalin.
“Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok,” tambahnya. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pecah-pecahkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.
“Bagi pokok cempaka putih,” kata Dr.Zamzam, “ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.” Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
Daun cempaka kuning segar yang telah dihancurkan pula, boleh disapu kepada tubuh ibu yang baru lepas bersalin. Manakala daun cempaka putih segar pula boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul penyakit kulit dan sakit dada.
Selain mempunyai khasiat ubatan, pokok cempaka juga turut mempunyai khasiat makanan. Kayu pokok cempaka kuning dikatakan boleh digunakan seperti kulit kayu manis dan dimasukkan ke dalam masakan. Malah, kulit kayu cempaka kuning ini juga boleh dicampurkan bersama kulit kayu manis dan dijual sebagai kayu manis. Kudup bunga cempaka putih yang telah dikeringkan pula boleh dicampurkan bersama serbuk teh yang dibancuh untuk diminum.
Sungguhpun terdapat banyak khasiat cempaka, namun begitu pengambilannya perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak. Biji cempaka boleh memberi kesan radang dan pengambilannya pada dos yang terlalu tinggi boleh memberi kesan toksik

Sumber :  http://laman-seri.blogspot.com/2009/07/khasiat-bunga-cempaka.html

 

BUNGA SAKURA (Lagerstroemia indica L.) HIASAN DAN PENAWAR Mei 28, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 10:13 am
Tags: , , , , , ,

Pengenalan
Pokok renek berkayu setinggi 3 meter, batang berwarna perang, jarang-jarang berbuah. Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin , bentuk bujur telur, 2.5 sm panjang dan 1.5 sm lebar. Bunga dalam jambak di hujung ranting, kelopak bunga berwarna merah, merah muda atau putih.

Kandungan
Seluruh bahagian : karbohidrat, serabut dan mineral.

Taburan
Taburan asal bunga sakura adalah di Asia Timur, Filipina dan Maluku. Ia banyak ditanam di sekitar kawasan yang beriklim tropika dan sederhana.

Kaedah penanaman
Bunga sakura bolehlah ditanam dengan keratan pada dahan-dahannya ataupun melalui kaedah tut. Keratan dahan senang tumbuh dalam keadaan yang sesuai. Biasanya keratan ditanam di dalam tanah berpasir yang tiada bahan organan untuk mengelakkan jangkitan. Pokok ini boleh ditanam di dalam pasu atau di atas tanah secara tunggal, berbaris, berjalur ataupun berkelompok. Pokoknya bolehlah dicantas untuk memperoleh bentuk dan saiz yang digemari. Ia turut ditanam secara berbaris sebagai pembahagi jalan dan lebuh raya.

Khasiat ubatan

Akar
: Digunakan sebagai bahan astringen (mengecutkan atau mengetatkan kulit dan tisu.
Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat selsema (terutamanya untuk kaum wanita dan kanak-kanak.). Bunga turut digunakan sebagai julap.
Kayu : Kulitnya dikeringkan, dibuat serbuk yang diletak pada luka untuk menghentikan pendarahan. Air rebusan kulitnya digunakan untuk mencuci kulit yang bernanah. Kulit kayunya dimasak bersama daging lalu diminum bagi tujuan merawat reumatisme, kecederaan dalaman dan rahim berdarah. Kulit kayunya turut digunakan sebagai julap.

Kegunaan lain
Kayu bunga sakura (bungor inai) ini dibuat arang dan digunakan untuk memekatkan laker (iaitu sampang/ sejenis varnis.

Rujukan :Tanaman Hiasan : Khasiat ubatan dan kegunaan lain
Ong Hean Chooi

 

MAJAPAHIT (Crescentia cujete L. ) MERAWAT DARAH TINGGI Mei 12, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 12:55 am
Tags: , , ,

Bahagian yang digunakan : Buah , biji dan daun

Air rebusan buahnya diminum untuk merawat :

  1. Cirit-birit
  2. Sakit perut
  3. Selsema
  4. Bronkitis
  5. Batuk
  6. Asma
  7. Urethritis

Daunnya pula digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi.