Wannura

Koleksi Tumbuhan

Bebuas (Premna Spp) Jun 16, 2012

Filed under: Herba — Wannura @ 10:41 pm
Tags: , , , , , , ,

Bebuas

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Ciri botani

Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman

Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari pebuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat

Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas

 

Anda tahu dan pernah lihat pokok MOLAR ? Januari 17, 2011

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 4:23 pm
Tags: , ,

Pernahkah anda melihat pokok molar atau mengenali pokok molar ? Di sini diterangkan serba ringkas mengenai pokok molar. Sesiapa yang tahu dan pernah jumpa pokok ini bolehlah berkongsi maklumat di sini.

Di Perak, tumbuhan ini digelar pokok Molar dan biasanya boleh ditemui di kampung-kampung. Pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggiannya mencapai 30 kaki.

Pucuk mudanya berwarna hijau cair ; biasanya dimakan sebagai ulam dan rasanya enak, lemak dan rangup. Daun yang telah matang berwarna hijau tua dan bertukar ke kuning akan gugur bersama dahannya dan dahan tersebut kelihatan seperti “tulang manusia” adalah keras dan sukar untuk dipatahkan. Setiap dahan daun mempunyai ranting yang membawa daun yang berbentuk seperti tapak itik.

Setelah berbunga, ia akan mengeluarkan lengai di mana terdapat biji benih yang tersusun rapi didalamnya. Biji benihnya nipis dan bersayap; berukuran 3 inci (7 sm) lebar dan 1.5 inci (3.5 sm) tinggi dan berwarna krim. Dengan itu, penyebaran pokok molar adalah melalui biji benihnya yang dibawa oleh angin.

 

TAPAK ITEK (Euodia lunu-ankenda) pembuka selera Januari 3, 2011

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 11:17 pm
Tags: , ,

Pokok Tapak Itek atau Tenggek Burung jarang ditanam dan tumbuh meliar di tepi belukar. Burung adalah penyebar utama pokok ini. Bagaimanapun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang atau dengan menyemai biji benihnya yang telah matang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

 

KELADI (Colocasia esculenta) Disember 29, 2010

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 1:19 am
Tags: , , , ,

UBI KELADI
Dua jenis keladi yang popular di Malaysia ialah jenis Xanthosoma dan Colocasia.  Jenis Xanthosoma dikenali sebagai Keladi Telur dan selalunya ditanam di sekeliling rumah.  Jenis Colocasia pula adalah lebih popular di mana ianya diusahakan secara komersial.

Iklim dan Tanah
Memerlukan keadaan panas dan lembap dengan purata suhu harian diantara 21o-30oC.  Ia ditanam di kawasan-kawasan rendah dan juga di kawasan yang tingginya sehingga 1,800 a.p.l.  Purata hujan yang diperlukan ialah lebih kurang 250 mm setahun.  Sesuai hidup di kebanyakan jenis tanah yang kaya dengan bahan organan.  Hasil yang tinggi boleh didapati di tanah yang subur dan sentiasa berkeadaan lembap atau mempunyai air yang tinggi.

Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak piring dan digembur sebanyak 2 kali untuk mengelakkan pertumbuhan umbisi, selepas itu alur sedalam 25 sm disediakan bagi penanaman sulur.
Menanam Keladi dibiakkan dari sulur-sulur keladi berujur 2 bulan.  Sulur-sulur diambil dari pokok-pokok berumur 5-6 bulan. Sulur-sulur dicabut keluar daripada tanah dan dipotong sebahagian daripada umbi dan pucuknya dan ditinggalkan tangkai sepanjang lebih kurang 30 sm.

 

PUTAT KAMPUNG (Barringtonia racemosa) pelbagai khasiat Ogos 8, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 8:42 pm
Tags: , , , , ,

Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Kegunaan Pokok putat berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami.

Sumber : http://adrydaud.blogspot.com/

Mengikut maklumat yang diperolehi, pokok putat boleh diproses sebagai ubat cacar air, gatal dan resdung. Berbeza dengan ubat-ubatan farmasi yang mana setiap jenis selalunya hanya digunakan untuk mengubati penyakit tertentu, kebanyakan pokok-pokok herba boleh menjadi penawar kepada banyak penyakit. Cara penggunaan atau perubatan menggunakan pokok-pokok herba boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keserasian pesakit serta jenis-jenis penyakit yang dihidapi. Misalnya pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Bagaimanapun, pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia Racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal. Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal. “Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya. Sementara itu, En.Tajuddin menambah, kulit batang putat perlu dikopek dalam ukuran sebesar kotak rokok dan kemudian dijemur sehingga kering sebelum dibakar. “Kulit pokok ini perlu dibakar sedikit demi sedikit dan pesakit resdung kemudian bolehlah menyedut asap daripada kulit putat yang dibakar itu sehingga mereka merasakan hendak terbersin. “Dengan menyedut asap daripada kulit putat untuk beberapa ketika, pesakit resdung akan merasakan air lendir keluar dari hidung mereka,” Pelik Tapi Benar.. Percayalah….. kekeke

Sumber : http://putatan.aforumfree.com/

 

TIMBA TASIK (Clerodendrum serratum) BAIK UNTUK WANITA Ogos 1, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 4:03 pm
Tags: , , , ,



DAUN TIMBA TASIK

PENGENALAN
Nama saintifik bagi timba tasik adalah Clerodendrum serratum (L.) Moon dan sinonim kepada Clerodendrum serratum Spreng dan dalam keluarga Verbenaceae. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah Tinjal tasik, tambun tasik, lampin budak, mata kesang (Melayu); Green witch’s tongue (Ing.).

Ia dalah tumbuhan renek yang tumbuh liar serta mudah kelihatan di sekitar kampung. Batang pokok timba tasik separa kayu dan mempunyai banyak cabang setelah dicantas. Daunnya berbentuk bujur lonjong serta bergerigi ditepinya dan kelihatan urat daun berpasangan yang jelas. Aroma pahitnya agak kuat, namun sesetengah masyarakat Melayu memakan pucuknya sebagai ulaman.

Bunga timba tasik sangat menarik, berwarna putih serta memiliki stamen yang panjang dan dihujungnya terdapat bintikan warna hitam. Bunganya keluar dalam bentuk gugusan itu akan mengasilkan buah berwarna hijau tua ketika muda dan akan bertukar ke kehitaman setelah matang.

Ia dikatakan amat baik bagi kaum wanita terutamanya setelah melahirkan anak untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh badan jika mengamalkan makan pucuknya.

 

PUTAT (Barringtonia racemosa) ULAM YANG SEMAKIN PUPUS Julai 18, 2010

Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.

Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek.  Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan.  Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.

Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.

Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT

Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

(Sumber : http://fazlisyam.com/2009/01/04/pokok-putat/)

MAKLUMAT  TAMBAHAN

Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Ia di jumpai tumbuh di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.

Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu iaitu Putat Hijau dan Putat Merah. Selain dari pucuk, buahnya juga boleh dijadikan ulam.

Ada juga putat yang dipanggil Putat Laut (Barringtonia asiatic). Seperti namanya, putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai. Daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat. Bentuk buahnya juga berbeza. Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.

KEGUNAAN:

Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan). (Sumber :http://www.melur.com/ )

Ada pula yang mengatakan bahawa gambar di atas adalah  PUTAT SAWAH @ PUTAT BENDANG namanya (panggilan orang Kedah).  Ada juga yang memberi informasi tentang putat ada 3 jenis ;
  1. PUTAT SAWAH – Pucuknya agak kelat dimakan dengan laksa dan buahnya yang muda yang rasanya kelat dan lemak  dimakan sebagai ulam.
  2. PUTAT HUTAN – Pucuknya lemak dan boleh disimpan lama apabila direndam dengan cuka nipah .
  3. PUTAT NASI – Pucuknya lemak dan buahnya bulat-bulat berjuntai macam buah rambai ; rasanya  lemak apabila dibuat ulam (untuk awet muda) . Kulit batangnya yang dikeringkan boleh dibuat ubat resdung dengan cara membakarnya dan asapkan pada muka.
 

ARA PERAK (Ficus grossularioides) PUCUKNYA DIBUAT SALAD Jun 28, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 11:48 pm
Tags: , , , , , ,

Pokok Ara Perak adalah pokok malar hijau yang kecil dan yang boleh mencapai 10 meter (33 kaki) tingginya , dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia. Di kawasan tropika, pokok ini biasanya ditanam bagi mengindahkan taman dan sering ditanam di tepi jalan.
Daunnya berbentuk bujur ketika matang. Buah dan bunganya pula berbentuk bulat dan berwarna merah ketika masak. Buah ini tumbuh dari dahan-dahan secara langsung. Sebenarnya, buah ara ini adalah suatu rongga yang mengandungi bunga-bunga jantan dan betina. Pokok Ara Perak mempunyai perhubungan yang istimewa dengan penyengat ara yang merupakan serangga tunggal untuk mendebungakan bunga-bunganya. Penyengat ara masuk ke dalam buah ara melalui satu lubang yang amat kecil pada pangkal buah. Pengebungaan terjadi di dalam buah. Buahnya merupakan sumber makanan burung. Ia ada dicatat dalam kamus bahasa Melayu / Inggeris R. J. Wilkinson (1903).
Taruk pokok Ara Perak dimakan sebagai salad di Jawa, Indonesia dan daun-daunnya digunakan untuk merawat gangguan ginjal.

 

AKAR SEBIAK (Gynura procumbens (Lour.) Merr) RAWAT DIABETES Mei 26, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 11:37 pm
Tags: , , , , ,



Pengenalan

Pokok herba yang menjalar, boleh tumbuh hingga 4 meter panjang jika ia dapat bersandar atau memanjat pokok lain; lazimnya batang pokok berwarna hijau atau kemerah-merahan.
Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, bentuk bujur telur, hujung daun tajam 5 – 12 sm panjang dan 3-8 sm lebar, permukaan daun berbulu halus; tangkai daun 4 – 8 sm panjang.
Bunga jarang-jarang berlaku di Malaysia.

Kandungan
Seluruh bahagian : musilaj, karbohidrat, serabut dan mineral.

Taburan
Taburan semulajadi akar sebiak ialah di Asia Tenggara.

Kaedah pembiakan

Akar sebiak ditanam dengan keratan batang. Sesetengah orang pula meletakkan batangnya di dalam pasu yang diisi dengan air sehinggakan banyak akar akan terhasil dan seterusnya menjadi matang sebelum ditanam ke dalam pasu atau atas tanah. Akar sebiak amat mudah ditanam. Ia akan merebak dengan cepat. Kalau ada pagar atau pokok yang berhampiran maka sebiak akan memanjatnya.

Khasiat makanan
Daun : Digunakan sebagai bahan perisa makanan atau dimakan (sebagai sayur) atau ulam mentah, dibuat jus serta minuman.

Khasiat Ubatan
Daun segar : Dimakan mentah atau dikisar buat jus minuman untuk merawat diabetes. Daun yang segar atau daun yang kering direbus dan airnya diminum untuk merawat demam panas, disentri, penyakit ginjal dan batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

Daunnya yang kering boleh dihancurkan bercampur minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.

Air rebusan daun dan batang diminum untuk merawat demam panas, masalah ginjal dan diabetes.

 

MATA PELANDUK (Ardisia elliptica) : PERUBATAN TRADISIONAL Mei 23, 2010

Filed under: pokok hutan — Wannura @ 12:30 pm
Tags: , , , ,

Pengenalan
Ketinggian pokok mata pelanduk adalah antara 0.5 hingga 3 meter. Daunnya ringkas, elip dan saiznya antara 0.5 hingga 5.5cm. kedua-dua permukaan berambut halus dan peruratan pinat tetapi uratnya tak jelas kecuali urat utama. Bunga berwarna merah jampu. Pokok mata pelanduk mempunyai buah yang kecil dan berwarna merah bila matang.

Pokok mata pelanduk biasanya tumbuh di kawasan belukar dan hutan sekunder.

Kegunaan

Kulit batang pokok pelanduk boleh digunakan untuk mengubat kudis. Kulit kayu pada batang ditumbuk lumat dan campur dengan minyak kelapa dan belerang (sulfur) dalam nisbah yang sama.Campuran ini disapukan pada kudis.

Pucuk pokok mata pelanduk boleh digunakan untuk merawat demam panas. Segenggam pucuk diramas dalam air sehingga keluar lendir atau tumbuk akar hingga lumat dan campur air serta tapis. Air ini digunakan untuk membasuh kepala setiap hari. (Rujukan : http://pkukmweb.ukm.my/)

Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam. (Rujukan : http://fazlisyam.com/)