Wannura

Koleksi Tumbuhan

Mahkota dewa (Phaleria papuana) Februari 20, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 8:55 pm
Tags: , ,

Nama Saintifik : Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl

Nama Daerah : Mahkota Dewa (Jawa), Simalakama (Sumatra)

Rujukan : Atlas Tumbuhan Obat Indonesia-Jilid 3 (Dr.Setiawan Dalimartha), 13 Jenis

Tanaman Obat Ampuh (B.Mahendra), Tumbuhan Obat & Khasiatnya-Jilid 2
(Drs.H.Arief Hariana), Mahkota Dewa (Ir.W.P.Winarto & Tim Karyaseri).

Deskripsi Tanaman :

Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.

Pokok Mahkota Dewa

Daun :

Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.

Daun Mahkota Dewa

Bunga :

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Bunga Mahkota Dewa

Buah :

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, isi, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Isi buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang :

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

Biji :

Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.

Buah Mahkota Dewa

Kandungan Kimia :

1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)

2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.

3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.

Sifat & Khasiat :

1. Kulit Buah dan isi Buah : mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.

2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzima & gatal-gatal.

3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

* Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa

1. Kanser & Tumor

2. Eksim (Penyakit Kulit)

3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)

4. Hipertansi (Darah Tinggi)

5. Hepatitis (Radang Hati)

6. Reumatik (Sakit Sendi)

7. Asam Urat (Arthritis Gout)

8. Penyakit Jantung

9. Gangguan Ginjal

Catatan

– Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.

– Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

—————————————ssumber lain ——————————————-

Namanya saja sudah cukup “gempak”kan?. Mana dapat nama ni? Walluhua’lam..Nama saintifiknya ialah Phaleria Macrocarpa. Buah ini asalnya dari Papua/Irian Jaya di Indonesia. Memang agak sukar sedikit untuk mendapatkan buah ini, tapi khasiatnya cukup banyak dengan kandungan bahan yang tertentu. Saya senaraikan khasiat buah mahkota dewa di bawah ini.

ALKALOID:
Bersifat detoksifikasi, yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh kita

SAPONIN BERMANFAAT SEBAGAI:
Sumber anti bakteria dan anti virus
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengurangkan kadar gula dalam darah
Mengurangkan penggumpalan darah

FLAVONOID YANG MAMPU:
Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
Mengandung antiinflamasi (antiradang).
Berfungsi sebagai anti-oksidan.
Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

POLIFENOL:
Berfungsi sebagai anti histamine (antialergi).

Insya Allah tetap dipercayai, sudah terbukti dan diakui buah mahkota dewa ini dapat mengubati dan mencegah berbagai penyakit seperti:-
Demam Berdarah (Denggi)
Kanser & Tumor
Hati(Hepatetis)
Darah Tinggi(Hipertensi)
Stroke/Angin Ahmar
Penyakit Jantung
Kencing Manis/Diabetes
Ginjal/Cuci darah
Keputihan
Haid tidak lancar
Reumatik( Sakit Sendi)
Lemah Syahwat (wahdoo…..mahu saja Pak,)
Gout & arthritis
Hepatitis (Radang Hati)
Eksim (Penyakit Kulit)
Penyakit Lumpuh
Kegemukan/obesiti
Batuk
Sesak nafas
Jerawat (menghaluskan kulit)

SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser.

Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan).

Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteria dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

WAKTU MINUM

Waktu yang paling sesuai adalah sebelah malam sebelum makan.
Tertapi bagi yang baru mencubanya, elok diminum 2 kali sehari iaitu
Sekali sebelah pagi dan sekali lagi sebelah malam selama 2 bulan kemudian
Minumlah 1 kali sehari sebelum tidur.

KEKERAPAN MEMINUMNYA

Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

KESAN SAMPINGAN

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.

Terdapat juga kadang kala, peminum akan merasa badan mereka lemah lesu, lengoh sendi, akibat meminum pertama kali buah mahkota dewa.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA KEADAAN LUAR BIASA

Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.

Minum susu segar

Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.

Berhenti minum air rebusan mahkota dewa jika rasa tak boleh tahan.

AMALKAN SETIAP HARI

Amalkan meminum Air Buah Mahkota Dewa ini setiap hari, Insya Allah, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada diri anda, Antara beberapa perubahan yang akan berlaku pada diri anda setelah anda mengamalkan meminum buah mahkota dewa dalam masa 1 hingga 3 minggu adalah seperti berikut:-

1. Setiap kali anda membuang air kecil, anda merasa amat puas, terutama di waktu pagi selepas bangun tidur.

2. Bagi anda yang menghisap rokok, apabila anda membuang air besar, kadang kala najis anda akan mengeluarkan warna hitam, anda jangan terkejut, kerana sifat Buah Mahkota Dewa membersihkan toksin yang berada di dalam badan anda.

3. Bagi anda atau lelaki yang beristeri lebih dari satu, jangan risau, ANDA PASTI SENTIASA HEBAT, anda sendiri boleh lihat perubahan yang bakal berlaku.

Rujukan : http://buahmahkotadewa2u.blogspot.com/2013/01/khasiat-buah-mahkota-dewa.html

 

3 Responses to “Mahkota dewa (Phaleria papuana)”

  1. zin Says:

    saya baru semai benih pokok ni ,sedang mengamalkan meminum air buahnya hasilnya memang menarik

  2. ruqaiyah Says:

    malah bunganya blh drebus utk dminum…mngubati paru2 berair


Tinggalkan komen