Saya amat berminat dalam mengumpul maklumat, mengenali dan mempelajari tentang pokok-pokok tumbuhan alamiah di sekitar kita serta yang tumbuh di tempat-tempat lain sebagai hobi peribadi serta boleh juga dikongsikan dengan sahabat-sahabat blogger yang mempunyai minat yang sama. Di bawah adalah sebahagian dari sudut koleksi orkid spesis dan herba wannura yang terletak di hadapan ‘teratak bahagia’ kami.
Ahli Botani
Menurut M Anem , ” AHLI BOTANI (Botanist) merupakan seorang pakar sains yang terlibat dengan aktiviti atau belajar mengenai hidupan jenis tumbuh-tumbuhan termasuk pengkelasan tumbuh-tumbuhan, Struktur dan Taksonomi Tumbuh-tumbuhan, Fisiologi Tumbuhan, Ekologi , Evolusi Tumbuhan, Pembiakan, Penyakit, Pengembangan dan juga kepentingan tumbuh-tumbuhan tersebut dalam ekonomi. Tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini berbeza-beza mengikut keadaan persekitaran , lokasi, jenis, faktor cuaca dan sebagainya melalui proses adaptasi dan evolusi zaman.
Sains Botani adalah satu daripada ilmu sains yang melibatkan Sains Tumbuhan dan juga Sains Biologi Tumbuhan yang melibatkan lebi dari 17 jenis bidang. Selain skop tumbuhan sains botani mengkaji hidupan seperti Lumut (Algae), Bakteria, Kulat dan juga Virus. Artikel kali ini saya menulis mengenai Ahli Botani dan sains berkaitan botani untuk di kongsi bersama bedasarkan pembacaan dan pembelajaran semasa di universiti dahulu.”
Ahli Botani adalah mereka yang mempelajari mengenai ilmu sains botani dan menjalankan tugas dalam bidang tersebut. Di antara bidang kajian dan aktiviti Ahli Botani adalah seperti mengkaji spesis-spesis baru dan juga menjalankan kajian atau penyelidikan bagaimana tumbuh-tumbuhan itu tumbuh dalam keadaan berbeza. Ahli Botani juga ada juga menggunakan mikroskop untuk memperincikan kajian struktur-struktur sesuatu tumbuhan. Sementara itu skop tugas juga sebagai pengkaji hanya kepada struktur tumbuh-tumbuhan dengan melakukan kerja lapangan hanya dengan tumpuan kepada corak pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Ada ahli botani yang menjalankan sesebuah kajian itu dan menukar bahan kimia yang mudah kepada bahan kimia kompleks semata-mata untuk menentukan bagaimana sifat sesuatu tumbuhan itu. Akhirnya seorang ahli botani mampu mengkaji bagaimana informasi genetik dalam DNA mengawal perkembangan sesuatu tumbuhan.
Ahli Botani mempunyai lebih dari 17 disiplin dimana diantara pengkhususan dalam bidang Sains Botani adalah seperti dalam bidang :
(1) Anatomi (Anatomi) – Bidang ini adalah kajian yang berkaitan tentang struktur mikroskopik tumbuhan (sel dan tisu).
(2) Biokimia (Biochemistry) – Ianya meliputi pelbagai aspek pemprosesan kimia dalam kehidupan tumbuhan. Ini termasuklah penghasilan kimia oleh tumbuhan (phytochemistry).
(3) Biofizik (Biophysics) – Bidang ini adalah sains yang mengaplikasian fizik kepada proses hidup tumbuhan. Bidang ini kini mendapat perhatian yang serious dari ramai saintis diseluruh dunia.
(4) Sitologi (Cytology) – Bidang ini menumpukan kepada kajian mengenai Struktur, Fungsi dan sejarah hayat sel tumbuhan.
(5) Ekologi (Ecology)– Ekologi merupakan sains botani yang mengkaji di antara perhubungan tumbuhan dengan persekitaran baik secara individu ataupun berkelompok.
(6) Genetik (Genetics)– Sains Genetik merupakan satu sains yang mengkaji akan variasi dan asal usulnya tumbuhan itu. Pengkajian gen dan fungsinya dalam tumbuhan dilakukan oleh ahli genetik. Sains genetik penting untuk program pembiakbakaan tumbuhan di mana ahli botani perlu terlibat.
Bidang yang menjadi pengkhususan sebagai seorang ahli botani seterusnya adalah seperti :
(7) Biologi Molikular (Molecular biology)– Ini adalah satu bidang yang melibatkan pengkajian fungsi dan struktur biologi molikul makro, termasuk biokimia dan aspek molikul sesuatu genetik.
(8) Morfologi (Morphology) – Bidang ini merupakan satu sains yang menentukan pembetukan makroskopik tumbuhan. Kajian evolusi dan perkembagan daun, akar dan batang dilakukan oleh ahli morfologi. Ciri-ciri marfologi tumbuhan dijadikan asas penting dalam pencirian varieti tumbuhan terutamanya untuk tanaman makanan.
(9) Fisiologi (Physiology) – Bidang ini melibatkan kajian tentang fungsi dan pemprosesan utama tumbuhan. Sebagai contoh, paling ,udah kita nak tahu adalah Proses Fotosintesis dimana ianya melibatkan daun tumbuhan , cahaya matahari, oksijan dan zat galian yang menghasilkan tenaga dan makanan adalah subjek yang antaranya dikaji.
(10) Paleobotani – Sains ini mengkaji berkenaan biologi dan evolusi fosil tumbuhan. Mereka menjalankan kajian daripada lokasi di mana berlaku proses pereputan dan kajian berkaitan asal usul tumbuhan.
(11) Ekologi Sistem – Model yang digunakan adalah berbentuk matematik bagi menjelaskan konsep tertentu seperti kitaran zat makanan.
Dalam sains Botani terdapat beberapa pengkhususan dalam bidang Sains Botani untuk Organisma atau hidupan halus. Diantara bidang pengkhususan untuk botani organisma adalah seperti :
(1) Briologi – Bidang ini mengkaji berkaitan lumut dan juga tumbuhan yang seumpamanya. Aspek identifikasi, klasifikasi dan ekologi lumut juga turut dikaji.
(2) Lichenology – Biologi lichens adalah mengenai satu organisma yang terdiri daripada fungus dan alga.
(3) Mikologi (Mycology) – Ini merupakan botani yang melibatkan biologi fungus. Fungus sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap dunia kita. Ia penting dalam biosfera dan ianya dapat membantu mengitar semula bahan organik mati dalam proses pereputan tumbuhan. Malah ada beberapa fungus yang penting kerana menjadi pengeluar utama kepada hasil biologi seperti vitamin dan antibiotik.
(4) Mikrobiologi – Kajian mengenai organisma mikro. pengkhususan dalam bidang organisma di lakukan oleh Ahli organisma mikro sepertimana ahli mikrobiologi yang mengkaji bakteria. (5) Pteridology – Mengkaji mengenai paku pakis dan tumbuhan seumpamanya. Ahli pteridologi mengkaji semua aspek biologi paku pakis. (6) Phycology – Sains botani ini berkaitan dengan kajian mengenai algae, adalah merupakan asas rantaian makanan dalam persekitaran ekuatik. Juga dikenali sebagai ahli botani marin.
Negara kita mungkin tidak mempunyai ramai Ahli Botanis yang berkecimpung dalam sektor ini kecuali di beberapa agensi penyelidikan kerajaan, swasta dan amat kurang yang buat secara persendirian. Bilangan saintis dalam bidang botani perlu di tambah untuk meningkatkan hasil kajian terutamanya untuk tanaman makanan dan buah-buahan tropika. Pihak universiti tempatan perlu menyediakan kursus-kursus berkaitan Sains Botani untuk menghasilkan graduan-graduan yang akan menjadi pakar dalam bidang ini. Sekian Wasallam.”
http://animhosnan.blogspot.com/
Assalamualaikum.
Semuga Allah melimpahkan rahmat dan redzaNya keatas saudara sekeluarga.
Saya tumpang merujuk laman saudara dan menitipkan alamatnya di blog saya
http://aburedza.wordpress.com/
Terima kasih
Assalamulaikum,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi ke laman saya ini. Segala koleksi yang saya ada seperti dalam gambar (sebahagiannya) adalah hasil kerja keras suami dan juga saya sendiri dalam ‘menghidupkan’ kembali suasana alamiah . Dalam bidang botani ni sebenarnya bukan hanya manafaat dari kecantikan bunga atau pokok itu sahaja yang kita perolehi tetapi juga dari segi khasiat serta kegunaan setiap tumbuhan yang dijadikan oleh Allah swt untuk kita semua.
Wassalam. Terima kasih dan salam hormat.
salam sya berminat dgn orkid ni,,erm sya ad jual bunga dan orkid secara kecil-kecil lan..boleh tak sya nk dpatkan orkid dengan harga berniaga dari awk…
Waalaikumsalam, maafkan saya Balkish sebab saya tidak menjual orkid. Orkid-orkid hutan yang saya ada hanyalah sebagai koleksi peribadi untuk mengenali dan memahami orkid hutan (spesis) dengan lebih dekat lagi.
Salam ceria selalu. Terima kasih.
salam,
i just wondering, saper lah zainura66..
lepas tanya dgn pn google.. akhirnya jumpa juga.. 😉
kakyong link ya.. menarik & byk info.. terima kasih berkongsi…
Assalamualaikum,
Maaf sebab terus terjah masuk ke laman k.Yong tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Bukan apa, bila saya nampak didashboard wordpress k.yong di bawah tajuk ‘baru belajar menjual CD’, teringin saya nak tahu CD apa, tapi rupanya ‘cloth diaper’ dan terus saya beri semangat kepada kak yong dalam bidang perniagaan tersebut. Terima kasih kerana sudi nak link laman saya yang berkaitan dengan segala tumbuhan yang ada di muka bumi ini , insyaallah.
Salam ceria selalu.
Asalamualaikum
Salam kenal
Waalaikumsalam,
Ahlan wa sahlan.
Saya ada jual jus Markisa
JUS BUAH MARKISA, membantu menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser , membersihkan kolon, membantu mencegah serangan jantung dan stroke, LAYARI …http://zakaria.rg-pro.com.hk/ 013-3351803
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi weblog saya. Saya akan mempromosikan produk tuan di sini nanti, insyaallah.
Salam ceria selalu.
terimakasih atas kunjungan nya ke : ahmadsyahbio.blogspot.com
salam….
Sama-sama. Saya tertarik dengan koleksi herba saudara Ahmad. Boleh kah sekiranya saya berkongsi maklumat?
Terima kasih, salam hormat.
Ass wr wb, Sy sampaikan terima kasih banyak produk herbal sy tunjuk langit capsul dan tunjuk langit plus kuda laut capsul untuk laki2 dikenalkan disini. Salam persahabatan dan kekeluargaan dari sy di Indonesia.
Ass Wr Wb. Terima kasih banyak produk kami tunjuk langit capsul untuk laki2 dikenalkan disini. Sukses selalu dan salam persahabatan dari Indonesia
Waalaikumsalam wbr,
Ya, terima kasih kembali. Kita sebagai sesama insan haruslah tolong-menolong di antara satu sam lain, dong.
Salam ceria selalu.
assalamualaikum..
saya mohon jasa baik zainura66, dimana saya boleh dapatkan daun allspice?.. mohon balas ke emel saya secepat mungkin kerana saya amat memerlukan daun allspice bagi tujuan perubatan.. terima kasih.
Assalaamualaikum wbr.,
Kalau tak salah saya maksud anda (allspice) pokok bangun-bangun, ye! Boleh saya tahu anda memerlukan pokok ini untuk perubatan apa, ye ? Manalah tahu kalau saya boleh bantu dengan cara lain pula jika sukar untuk mendapatkan pokok ini. Walau macamanapun, cubalah hubungi syarikat yang menjual pokok ini seperti yang tertera di bawah :
MELUR.COM
(Deenor Enterprise)
Lot No PT 47, Depan SMA(Sek. Men. Agama) Maahad Muhammadi, Kampung Sedar
16200 Tumpat, kelantan
Peta lokasi Tel : 019-4779004 , Email : support@melur.com
Semoga anda berjaya mendapatkan pokok ini.
Assalamua’laikum WBT.
Saya amat tertarik dgn info yg dipaparkan di ruangan ini..Semoga usaha wannura akan berterusan dan dapat memberikan ilmu kepada yg lain. Insya Allah.
Saya juga mohon untuk publish webblog ini kepada kenalan saya di facebook & lain2.
Terima Kasih…
Teruskan usahakan usaha anda demi mencapai Ilmu Allah Yang Maha Luas.
Assalamualaikum,
Saya mengucapkan rbuan terima kasih kerana sudi mengunjungi weblog saya dan memberi semangat serta dorongan atas usaha ini. Bersamalah kita menghayati alam semesta ciptaanNya ini. Saudara boleh publish weblog ini ke facebook kenalan saudara…silakan..
Salam ceria selalu
assmulaikum ,
saya ingin membeli pokok kunyit hitam untuk berubat , dimana saya boleh membelinya
Waalaikumsalam,
Cuba klik link ini untuk mendapatkan maklumat kunyit hitam dan boleh tanya samada mereka ada menjualnya atau tidak , okey :
http://karimon.wordpress.com/2008/12/06/kunyit-hitam/
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=100&cat=HERBA
Selamat mencuba.
salam , kalu nak info tentang limau tanyer lar pada tuan punyer web site yang awak ambil gambar. info tentang limau pagar adalah 100% salah. itu utk info limau kunci /kamkuat
harap berhati hati lain kali
salam
Assalamualaikum,
maaf, sekiranya saya telah terambil gambar dari web tuan tanpa kebenaran. Kadangkala bila saya taipkan nama buah/ pokok/ bunga/ tanaman di imej google, saya akan ambil gambar tersebut dan terlupa bahawa tuan punya gambar tersebut bukanlah google. Sebenarnya seperti yang tercatit di atas, oleh kerana minat dalam mengetahui, mengenali dan mengumpul maklumat tentang semua jenis tumbuhan di atas muka bumi ini, saya terpanggil untuk mengadakan laman seperti ini. Oleh kerana saya bukanlah peniaga nurseri pokok dan hanya mendapat maklumat dari majalah, buku herba, suratkhabar, media massa serta dari web sitei dan harap dapat sokongan atau komen dari sahabat-sahabat blogger untuk memperbetulkan kesalahan yang telah dibuat. Terima kasih atas teguran tuan itu.
Salam ceria selalu.
Salam.. Banyak info boleh didapati dalam blog ini.. Saya memang suka ingin mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan terutamanya kalau ada kena mengena dengan kesihatan. Terima Kasih!
Waalaikumsalam wbr.,
Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Bolehlah berkongsi info sekiranya ada tumbuhan yang ingin dikongsikan bersama di sini jika sudi.
Salam ceria selalu.
salam singgah.. aduh.. banyaknye koleksi flora kat hotspot ni! koleksi buah-buahan pun ada yang saya tak pernah dengar. thanks puan zainura66 sebab berkongsi info 🙂
Dila.13,
terima kasih sudi singgah di sini. Sememangnya di sini untuk berkongsi maklumat tentang tumbuh-tumbuhan. Kiranya ada sebarang tumbuhan yang ingin dikongsikan bersama, ayuh…boleh sumbangkan di sini jika sudi…ini untuk menyahut seruan kerajaan tentang ‘bumi hijau’ ! Salam ceria selalu.
salam kak yong wannura itteww.. blog yg menarik.. keep it up
Waalaikumsalam,
terima kasih en_me sudi ke laman saya ni dan beri sokongan.
Laman ini dipenuhi dengan info yang padat dan menarik. saya tumpang gembira membacanya. Sesuai dengan minat saya tentang tumbuh-tumbuhan.
Syabas diucapkan!
Terima kasih sekali lagi kerana memberi semangat kepada saya untuk meneruskan berblogging berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan.
Assalamualaikum…
terima kasih sebab kongsikan blog ini dengan saya..(^_^)
Sama-sama kasih dan selamat datang ke blog ini .
salam zainura, sbnrnye sy br mengambil pil2 herba sbgi mknn kesihatan tambahan.. dr sekadar makan membuatkn sy t’ingin mengetahui maklumat berkenaan herba yg diambil.. langsung sy terjumpa website ini.. tak sangka sungguh byk informasi.. trime kasih atas usahanye.. moga Allah berkati usaha zainura & moga Allah jua membalas usaha murni ini.. mntk izin utk sy linkkn ke website sy.. trime kasih..
Salam Siti,
terima kasih atas kunjungan siti ke weblog saya. Saya terpanggil untuk mengadakan laman seperti ini kerana ia adalah minat saya kepada tumbuhan dan juga berkaitan dengan bidang yang saya ceburi di sudut kesihatan. Maksud saya, contohnya seperti herba yang digunakan bagi merawat ibu-ibu selepas bersalin dalam penggunaan kunyit, halia, daun inai, manjakani dan sebagainya. Saya perlu tahu tentang maklumat-maklumat tumbuhan tersebut serba-sedikit untuk saya sendiri serta boleh berkongsi maklumat dengan pelayar-pelayar internet yang lain. Selain dari ilmu yang ditimba selama ini melalui daripada pengalaman masuh hutan mencari herba atau orkid hutan hinggalahpengalaman saya mendaki ke puncak Gunung Kinabalau pada suatu ketika dahulu, banyak tumbuhan yang saya pernah lihat dan jumpa tapi masa itu hampir kesemua nama pokok saya tidak tahu. Dengan itu saya mengambil peluang ini untuk mengenali kesemua pokok-pokok tumbuhan di muka bumi ini (jika boleh dan jika berkesempatan) selain dapat berkongsi dengan orang lain. Terima kasih juga atas sokongan dan dorongan siti atas apa yang saya lakukan ini. Orang yang macam siti inilah yang membakar semangat saya untuk meneruskan kerja-kerja ini. Siti bolehlah linkkan laman ini ke web siti. Sekian terima kasih dan salam hormat.
salam prkenalan,saya ada menanam sejenis cekur,tapi tak tau apa khasiatnye.bila saya cari dilaman web ni barulah saya tau ianya cekur hitam dan banyak kegunaannya terutama untuk wanita.trima kasih pada akak kerana sudi berkongsi maklumat dengan kami.
Terima kasih sudi berkunjung ke weblog ini. Salam ceria selalu.
salam, saya ingin tahu apakah Gymnema Sylvestre dalam bahasa malaysia. Sebab herba ini kononnya sangat berkesan untuk penyakit diabetes.
Assalamualaikum,
Setakat ini saya belum dapat memastikan nama Gymnema Sylvestre dalam Bahasa Malaysia lagi. Pokok ini adalah berasal dari negara India dan ianya dijadikan ubat tradisional bagi orang India untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ianya telah dibuat kajian oleh pakar perubatan India (Ayurveda) dan kebanyakannya telah diproses dalam bentuk tablet. Sebenarnya untuk penyakit diabetes, setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai herba tradisional sendiri. Contohnya , orang India guna herba ini, orang Cina guna herba yang dinamakan ‘lim fa yit’ (tumbuh liar dan agak mudah didapati) dan orang Melayu pula menggunakan herba daun misai kucing. Saudari dah cuba cara herba Melayu? Saya rasa pokok ini mudah didapati dan ditanam di Malaysia ini. Cubalah…
dah cuba tapi kesannya tak berapa cepat. ada apa2 herba lain tak yang bagus untuk diabetes?
salam dan selawat, harap yong sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga,saya azmi nak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengujudkan laman web tentang herba dan tumbuhan ini. banyak manfaat dan ilmu yang ramai orang boleh pergunakan. Di sini saya ingin bertanya yong
tumbuhan untuk sakit jantung tu mana nak dapat atau dimana senang dicari.
Sakit jantung adalah kesan daripada saluran darah ke jantung telah tersumbat. Biasanya pokok halban fungsinya yang mencairkan darah boleh juga membantu. Saya sarankan saudara bertanya kepada yang lebih arif tentang ini.
Salam,
Terimakasih atas website ini yang penuh dengan berbagai informasi tentang tumbuh-tumbuhan.
Termiakasih juga atas kesudian berkongsi maklumat-maklumat.
Saya nak bertanya, betulkah ader spesis orkid harimau yang mempunyai/berbunga lebih dari satu warna? Ada tak gambar2 spesis orkid harimau ini?
Wassalam. Terimakasih.
🙂
Salam tuan rumah,
Minta maaf banyak-banyak, saya masuk ikut pintu belakang, dah pegi ceruk sana, ceruk sini kemudian baru datang ke laman rumah menyapa tuan rumah….Saya lupa bagaimana saya te’terjah’ ke blog ini…dari search engine ke atau dari mana entah…
Saya sangat-sangat suka blog ini, pernah mengimpikan memiliki blog/website seperti ini..kerana banyak tumbuhan-tumbuhan yg bernilai ini semakin hilang dari budaya perubatan dan kesihatan orang melayu…
Pokok-pokok dan rumput-rumput yg dulu dianggap menyemakkan kebun dan persekitaran rumah ditebang dan diracun habis sehingga tak tinggal benih rupa-rupanya mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yg tinggi..
assalamualaikum..saya ada jumpa pokok yang daunnya mcm pokok kopi, ada buah kecik warna merah tapi berakar rhizome. kalau boleh saya nak tau, tu pokok ape ye?
kalau boleh saya nak mintak e-mail cik/puan..supaya senang saya nak tunjukkan gmbr pokok yang saya maksudka tu…tq
puan, nak tny la, boleh dapatkan benih biriba tak? nak try tanam. kalau dah matang nak buat alat musik pohon dia. 😀
Assalammualaikum.
Setinggi terima kasih dan tahniah atas usaha Wannura dan suami mengujudkan laman ini. Semoga usaha ini Allah yang membalasnya. Sy juga mempunyai minat yang sama dan sedang mengumpul pengetahuan mengenai rawatan barah menggunakan herba. Harap sudi berkunjung ke http://perihalbarah.blogspot.com Mohon izin untuk saya buat pautan ke blog puan.
Wassalam.
Waalaikumsalam dan terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke weblog saya ini. Untuk info mengenai terapi kesihatan alamiah, bolehlah berkunjung ke website saya http://wannura.com/
assalammuailaikum wbt….
Gembira saya dapat jumpa website tuan ini lebih-lebih lagi terjumpa tentang Kenerak. Ada seorang sahabat kami telah membuat kan kenerak ini sebagai jus untuk rawatan kanser sebelum ini guna tumbuhan ini kami syorkan buat air rebusan untuk minum sahaja.
Alhamdullilah ada beberapa patient datang ke center kami datang balik memberitahu mereka sudah sembuh dari kanser, ada testimoni nye.
Saya di beritahu bahawa kenerak ini hanya boleh di perolehi di kelantan sebab di kelantan sahaja yang menanam nye. Adakah kenerak ini sukar untuk di tanam dan hanya tanah tertentu sahaja yang boleh di tanam kan.
Sebenarnya secara alamiah, tumbuhan herba boleh dijadikan penawar kepada penyakit dan juga racun kepada manusia.Terima kasih.
Assalamualaikum wannura.
Salam perkenalan.
Saya juga sangat meminati alam botani dan taksub dengan kebesaran Ilahi. Sangat bersyukur kerana terjumpa blog anda tatkala mencari ‘buah kluwek’ (bahasa jawa). Saya google dlm BI tak ketemu. Lalu saya google ‘buah keluak’. Nah… rupanya inilah ‘buah kepayang’ yg dlm seloka Melayu; ‘sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang’. Org jawa masak isi biji kepayang ini dlm gule ‘Rawon’, kaler kehitaman. Ayam masak keluak pulak ialah delikasi masakan nyonya (peranakan). Orang Melayu makan tak buah kepayang ni?
p/s: Selamat berkenalan juga kepada semua yg mengunjungi blog wannura dan syabas kerana berbudi bahasa.
yang korek itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa
Waalaikumsalam cktott,
weblog ini khusus bagi mereka yang meminati bidang botani dan berkongsi maklumat. Semoga kita dapat mengumpul tumbuh-tumbuhan yang kini banyak hampir kepupusan. Harapan saya agar weblog ini menjadi sumber maklumat bagi generasi-generasi yang akan datang, insyaallah.
Wassalam.
buah durian belanda penyebab kanser ke pengubat kanser….sebab sy bca artikel menyatakan buah duriab belanda menrupakan salah satu pengubat kanser…..
Setiap tumbuhan yang dijadikan Allah swt boleh menjadi penawar dan juga racun. Ia akan menjadi penawar (ubat) jika diambil/makan sedikit dan akan menjadi racun pula jika dimakan secara berlebihan.
Wallahualam..
salam ziarah jee.. nice blog berinformasi tentang pokok2, bunga2.. keep it up
salam ramadhan akak zainur66, btw 66 tu tahun lahir akak keeew? ehhee
Waalaikumsalam,
dah tentu…betul
As-Salaamu ‘alaikum.
Laman yang bagus. Minta share di Group FB saya
http://www.facebook.com/groups/290078897722318/
Waalaikumsalam.
Boleh, silakan.
Asalamualaikum …. terima kasih sebab memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk membuat folio yang telah saya buat , sekali lagi terima kasih 🙂
perkongsian yang bagus sekali.Moga Allah mmberi rahmat kpdmu untuk terus berkongsi ilmu
Terima kasih atas sokongan bang im.
Salam Ma’al Hijrah.. Tergerak untuk memberi komen juga. Info yang berguna. Tapi saya kurang nak rujuk dah blog en. Anem sebab penuh sangat dengan iklan dan tak user friendly.
Assalamualaikum,
Saya ada sepokok orkid hutan yang berbunga, disebabkan pertama kali saya tengok bunga orkid sedemikian saya postkan dalam FB untuk kawan kawan membantu saya mendapatkan nama orkid tersebut. Seorang kawan telah memberikan satu nama saintifik pada saya, lalu saya search menggunakan google dan terjumpalah laman web yang penuh infomatif ini, namun begitu gambar bunga orkid saya tak sama. Diharap puan dapat membantu saya dalam mengenali spesis ni…. Terima Kasih
Abd Halim,
Waalaikumsalam. Nama bunga orkid spesis tersebut ialah Bulbophyllum medusae (Lindl.) Rchb.f. Sememangnya bunga orkid ini sangat cantik serta menarik. Ia seakan-akan ‘mop lantai’. Insyaallah saya akan buat posting orkid ini di wannuraorkid.wordpress.com
Salam ceria selalu
A person necessarily help to make seriously articles I’d state. That is the very first time I frequented your website page and to this point? I amazed with the research you made to make this actual post amazing. Magnificent process!
Hello are using WordPress for your site platform?
I’m new to the blog world but I’m trying to get started and set up
my own. Do you need any html coding expertise to make
your own blog? Any help would be greatly appreciated!
Hi Maryann,
there’s no need for you to know abaut html coding to make your own blog since wordpress can help you in this !
What’s up i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this article i thought i could also make comment due to this sensible paragraph.
Hi there, I discovered your site by means of Google whilst looking for a comparable
matter, your site came up, it appears good. I’ve bookmarked it in my google bookmarks.
Hi there, just become aware of your blog via Google, and located that it’s really informative.
I’m gonna watch out for brussels. I will be grateful for those who continue this in future. A lot of folks will probably be benefited out of your writing. Cheers!
Pretty! This was an incredibly wonderful article.
Thank you for supplying these details.
Wow, marvelous weblog format! How long have you ever been blogging for?
you make running a blog look easy. The overall look of your site is great,
let alone the content!
Blog yang sangat-sangat berguna untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan tumbuh-tumbuhan yang banyak memberikan manfaat kepada manusia sejagat. Saya berasa gembira dapat melayari blog ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan tumbuhan yang saya perlukan.
Tuan Zulkiflee,
terima kasih atas sokongan tuan.
Can I simply just say what a comfort to find someone
that truly knows what they’re talking about on the net.
You definitely know how to bring an issue to light and make it important.
More and more people ought to read this and understand this side of the story.
I was surprised that you’re not more popular given that you surely have the gift.
There is certainly a lot to find out about this subject.
I really like all of the points you’ve made.
macamana boleh saya dapatkan pokok derhaka mertua?
Terima kasih
askum tuan saya noresan dari wangsa maju seksyen 10, saya sedang mencari pokok beluntas untuk perubatan bolehkah tuan membantu saya, tolong sms 0104310862 saya akan call tuan balik.
Kini agak sukar untuk dicari pokok ni.
Alhamdulillah dengan petunjuk allah ketemu saya dengan blog tuan yang sangat berfaedah ini,semuga usaha tuan ini dikurniakan pelbagai rahmat dari allah hendaknya,saya memohon keizinan dari tuan untuk mngambil serba sedikit sumbangan dari hasil tuan ini ke blog saya,
http://hazis.wordpress.com
Aamiin… silakan…