Wannura

Koleksi Tumbuhan

DAUN MADU (Barleria cristata L.) PENAWAR DIGIGIT ULAR BERBISA Mei 6, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 8:09 am
Tags: , ,

Tumbuhan asli India ini umumnya ditanam sebagai tanaman pagar. Semak, tinggi 1-3 m, bercabang banyak. Batang berkayu, bulat, berbuku-buku, berambut, hijau kecokelatan. Daun tunggal, berhadapan, helaian elips sampai lanset, ujung dan pangkal runcing, tepi rata, tulang daun menyirip, kedua permukaan berambut, panjang 4-8 cm, lebar 1-3 cm, warnanya hijau atau hijau kekuningan. Bunga tunggal atau berpasangan, di ketiak daun dan ujung tangkai, mahkota berambut kelenjar, bibir atas mahkota berbagi empat, bulat telur, warnanya ungu. Buah elips, panjang 1,5 cm, berbibir tiga sampai empat, kecokelatan. Biji kecil, pipih, warna cokelat.

BAGIAN YANG DIGUNAKAN : Daun, akar, bunga, dan biji.

INDIKASI :

Daun dan akar berkhasiat mengatasi:
– rematik dan
– batuk.

Bunga berkhasiat mengatasi:
– Bengkak karena gigitan serangga.

Biji berkhasiat untuk mengatasi:
– digigit ular berbisa.

CONTOH PEMAKAIAN :

1. Rematik
Siapkan daun segar sebanyak 1 genggam lalu cuci bersih.
Tambahkan kapur sirih 1/4 sendok teh. Tumbuk sampai lumat,
kemudian dibalurkan pada tempat yang sakit.

Komposisi :

KANDUNGAN KIMIA : Daun tumbuhan ini mengandung polifenol dan substansi pektik. Batang mengandung polifenol, saponin, flavonoida, kalsium oksalat, lemak, substansi pektik, dan asam formik. Sedangkan bagian akar mengandung polifenol, saponin, dan flavonoida.

Sumber http://www.iptek.net.id/

 

3 Responses to “DAUN MADU (Barleria cristata L.) PENAWAR DIGIGIT ULAR BERBISA”

  1. Baba Syarif Says:

    ada tak pokok ni di malaysia kak wan?…teringat pada satu ilmu warisan keluarga saya, datuk sedara pernah perturunkan pada saya tapi atas sbb tertentu saya tak amalkan…penawar bisa ular ada pada ular itu sendiri, saya pernah lihat kerabat saya menangkap ular senduk hanya guna tangan…berandamadina.wordpress.com

  2. zainura66 Says:

    Sebenarnya banyak pokok-pokok tumbuhan daripada semak samun di keliling rumah kita boleh dijadikan penawar penyakit atau akibat gigitan haiwan berbisa. Namun kini dengan gaya kehidupan moden orang sekarang ni yang ‘benci’ kepada semak samun ini mengakibatkan kita kehilangan banyak herba/ tumbuhan warisan yang boleh menyembuhkan penyakit kerana timbulnya banyak perubatan moden yang mudah didapati di pasaran. Pada hemat saya, pokok ini masih lagi ada dan boleh ditemui di sekeliling rumah di sekitar kampung. Apa salahnya sesekali kita mengamati tumbuhan renek yang tumbuh liar di rumah kita untuk menambahkan ilmu dalam mengenali tumbuh-tumbuhan ciptaanNya…..setiap yang dijadikanNya itu pasti ada gunanya. Tidak kiralah samada ia penawar atau pun racun.
    Orang-orang dahulu kala membuat sesuatu semuanya dengan ilmu, dengan itu tidak hairanlah kenapa mereka boleh menangkap ular senduk hanya dengan guna tangan saja. Mereka sentiasa berinteraksi dengan alam semesta iaitu dalam hubungan sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan serta alam ghaib (jin, hantu raya dsb.). Sebenarnya pengalaman saya masuk hutan, ada juga terserempak dengan ular-ular berbiasa, ular sawa, babi hutan, harimau dan lain-lain. Tapi bak kata pepatah orang2 tua; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Bererti, jika kita meredah hutan sudah pasti kita akan berjumpa dengan haiwan-haiwan tersebut kerana itu adalah habitat mereka….kenapa kita mesti ganggu atau bunuh mereka. Dengan itu, jika kita mempunyai jiwa yang tenang semasa menghadapi keadaan seperti itu, badan kita tidak akan mengeluarkan hormon ‘ketakutan’ dari badan kita. Hormon inilah yang akan membuatkan bau badan kita lain dan akan menarik perhatian haiwan2 itu. Sekiranya kita ‘neutral’ , mereka pun tidak akan ganggu kita. Kalau tak percaya, boleh test dengan anjing ! Jangan lari atau cuba baling objek ke arah mereka ketika mereka menyalak. Selamat mencuba. Rujuk foto ekspedisi saya ke hutan, macam2 haiwan liar ada di dalamnya:

    EKSPEDISI HUTAN 1 : BAWA PULANG Coelogyne asperata Lindl.

    EKSPEDISI HUTAN 1 : HABITAT Coelogyne asperata Lindl.

    EKSPEDISI HUTAN 1 : PENEMUAN ORKID Coelogyne asperata

    Salam ceria selalu.

  3. […] Article Title: Daun madu (barleria cristata l.) penawar digigit ular Source: wannura.wordpress.com » « […]


Tinggalkan komen