Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Peria Bulan (Cardiospermum halicacabum) Julai 6, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 11:54 pm

Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama admin tak hantar posting. Kali ini admin berkongsi info tentang Pokok Peria Bulan.

Pokok liar yang tumbuh dalam semak ini kini sukar untuk ditemui sekarang. Pokok nya boleh membesar dan menjalar sehingga ketinggian 3 meter. Ia tumbuh subur di tempat panas (cahaya marahari penuh atau separa) di tanah lembab seperti tepi sungai atau longkang. Pembiakannya melalui biji benih, keratan dahan lembut dan teknik lenturan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok liar ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya bagi merawat urat saraf dan sendi yang bermasalah.

  • Ia dalam keluarga Sapindaceae , Genus : Cardiospermum. Specific Epithethalicacabum L.
  • Sinonim :
    1. Cardiospermum luridum Blume
  • Nama-nama lain :
    1. Balloon Vine (English)
    2. Heart Pea (English)
    3. Peria Bulan (Melayu)
    4. Tanglung Cina (Kedah)
    5. Timun Dendang (Kedah)
    6. Uban kayu, Love in a puff

Bijinya berwarna hitam dan bentuknya bulat , ada kelihatan bentuk ‘Love’ yang berwarna putih serta kantung bijinya kembung macam belon, nipis seperti kertas . Benih masak dari bulan Ogos – Oktober.

Bunganya halus berwarna putih. Setiap tangkai mempunyai dua (2) bunga besar dan dua bunga kecil. Musim bunganya dari bulan Julai hingga Ogos.

Khasiat dan cara penggunaan ;

Biji : digunakan sebagai ubat kencing manis.

Digunakan dalam merawat penyakit sendi, saraf dan mengembalikan kekuatan anggota badan.

Daun : dihancurkan dan dijadikan teh.

Membantu menghilangkan kegatalan kulit.

Daunnya yang muda boleh dimasak sebagai sayuran.

Jus daunnya digunakan bagi merawat masalah telinga.

Juga alternatif melegakan migrain.

Mandian bagi bayi yang mengalami jaundis ( demam kuning) . Rebus daunnya, setelah suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini.

Menurunkan suhu panas kanak-kanak yang mengalami demam panas . Ramaskan daun dengan air dalam baldi, tapiskan air ramasan tersebut, Dan mandikannya dari leher hingga ke kaki di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Buah : Ambil buahnya dan jemur hingga kering dan simpan dalam bekas yang kering. Setiap pagi, sebelum sarapan, ambil 3 atau 5 atau 7 biji (bilangan ganjil) letak dalam gelas, masukkan air panas kemudian biarkan dalam setengah jam, baru diminum. Minum pada waktu pagi 1 kali dan sebelum tidur 1 kali. Sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah urat saraf dan sendi serta pesakit diabetis (kencing manis) yang kronik .

Wallahualam….. Selamat mencuba !

 

Tinggalkan komen