Wannura

Koleksi Tumbuhan

LUMUT LAUT (seaweeds) PERUBATAN DAN MAKANAN Mei 3, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 3:21 pm
Tags: , , ,

Algae‘ adalah organisma yang hidup di laut, tasik, sungai, kolam dan tanah yang lembap. Algae adalah spesifikasi untuk kumpulan manakala jika ia tunggal dinamakan alga. Sesetengah algae adalah terlalu halus untuk dilihat melalui mikroskop dan mengandungi satu sel manakala sesetengahnya pula adalah besar dan mengandungi banyak sel.

Sesetengah spesis algae ini dibawa oleh air dan sesetengahnya pula melekat di batu atau rerumpai di dalam air. Algae laut yang besar dipanggil lumut laut / rumpai air (sea-weeds). Rumpai air alga amat lembut seperti sutera dan jeli apabila berada di dasar laut dalam tetapi apabila ia dibawa naik ke per-mukaan laut ia serta merta menjadi batu karang yang amat keras dan sukar dipecah-kan dengan cara biasa.
Semua algae mengandungi klorofil. la menolong membersihkan udara dan air melalui proses fotosintesis. Algae juga dijadikan makanan oleh ikan dan tumbuhan laut lain yang tinggal di dalam laut.

Terdapat pelbagai jenis algae. Antaranya ialah algae hijau (Chlorophycota), al-gae kelabu (Phaeophycota), algae merah (Rhodophyta), algae biru-hijau (Cyanophycota).

KEGUNAAN PERUBATAN

Lumut laut / rumpai air (seaweeds) adalah berkesan untuk kesihatan manusia. la mempunyai kuasa penyembuh untuk tuber-culosis, arthritis, demam dan demam selse-ma, jangkitan cacing dan meningkatkan daya penarik terhadap jantina yang berlainan.

Spesis Digenea (Ceramiales; Rhodo-phycota) menghasilkan vermifuge yang berkesan (asid kainic). Spesis Laminaria dan Sargassum telah digunakan di China untuk rawatan kanser. Penghalang tumor kanser di dalam haiwan adalah disebabkan oleh polycaccharides. Stip Laminaria kering telah lama digunakan di dalam bidang kebidanan untuk membesarkan serviks dan ia dikenali dengan nama ‘Laminaria tents’. (Stents & Borden, 1984). Stip yang kering ini secara perlahan-lahan menyerap air dan berkembang. Stip yang seumpama itu juga digunakan di China sebagai penyelitan alat intrauterus.

Eksrak air (aquenous) dari dua algae merah dalam kumpulan Dumontiaceae telah dijumpai dapat menghalang virus herpes simplex tetapi tiada kajian yang dilakukan terhadap manusia lagi. Algae merah yang lain iaitu Ptilota menghasilkan protein (lectin) yang dapat mencantumkan eritrosit jenis B manusia dalam vitro. Ektrak Ptilota telah dipasarkan. Banyak laporan kesan perubatan dari algae marin tidak dapat dibuktikan. Namun begitu spesis Corallina telah digunakan dalam terapi pemindahan tulang.

ALGA SHOUSHMA

Alga Shousma digunakan dalam dunia perubatan sejak 3000 tahun dahulu untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Sejenis tumbuhan daripada keluarga Ranunculaccea, keajaiban nilai perubatan dan biokimia dicatat dalam semua kitab utama dan sistem perubatan ‘Greco-Unani’. Dr. Michael Tierra menggelarkan Alga Shoushma sebagai ‘Cinta di dalam bayu’. Pakar herba dan saintis tumbuh-tumbuban Dr.Jim Duke menamakannya tumbuhan perubatan ajaib daripada kitab.

Ektraks Alga Shoushma dapat meningkatkan kesihatan. Antaranya meningkatkan sistem ketahanan, mencegah alahan, menguatkan daya ingatan, mengatasi masalah insomia, mengawal suhu badan, merangsang sistem kelenjar dan mengawal tekanan darah tinggi dan rendah.

SEBAGAI MAKANAN MANUSIA

Lumut laut memang telah lama menjadi bahan makanan di Jepun dan China sejak dahulu lagi. Pada tahun 600 BC, Sze Teu telah menulis, “sesetengah algae hanya disediakan untuk tetamu yang paling dihormati sahaja”. Sesetengah daripada 21 spesis digunakan di dalam masakan seharian di Jepun, enam daripadanya telah digunakan semenjak kurun ke-8 lagi. Lumut laut mengambil kira-kira 10 peratus daripada diet orang Jepun dan pengambilan lumut laut telah mencapai lebih kurang 3.5 kg per sebuah rumah pada tahun 1973, peningkatan sebanyak 20 peratus di dalam masa 10 tahun. Spesis yang sering dijadikan makanan adalah Porphyra, Laminaria dan Undaria pinnatiflda

Di Barat pula, lumut laut sering dianggap sebagai makanan berkhasiat. Walaupun begitu penggunaannya tddak dapat mengatasi penggunaan orang Jepun.
(Dipetik dari pelbagai sumber)

Sumber : Oleh Julie Roshana Akma Shafee
MINGGUAN WANITA JULAI ’02

 

3 Responses to “LUMUT LAUT (seaweeds) PERUBATAN DAN MAKANAN”

  1. alga memang mempunyai banyak manfaat.
    selain dapat digunakan untuk bahan makanan juga bisa digunakan untuk obat-obatan.
    dan khasiatnyapun tak kalah dengan yang lainnya.

  2. zainura66 Says:

    Saya juga bersetuju dengan kusumawardhani. Terima kasih sudi singgah di weblog ini. Salam ceria selalu.

  3. taiwan tilapia Says:

    saya sedang buat kajian tentang lumut sebagai makanan ikan.tumbuseran ikan bagus juga.insyallah bila kajian selesai saya akan beritahu hasilnya. ini untuk penternakan ikan tilapia dari taiwan.tq.hassan


Tinggalkan komen