Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Peria Bulan (Cardiospermum halicacabum) Julai 6, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 11:54 pm

Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama admin tak hantar posting. Kali ini admin berkongsi info tentang Pokok Peria Bulan.

Pokok liar yang tumbuh dalam semak ini kini sukar untuk ditemui sekarang. Pokok nya boleh membesar dan menjalar sehingga ketinggian 3 meter. Ia tumbuh subur di tempat panas (cahaya marahari penuh atau separa) di tanah lembab seperti tepi sungai atau longkang. Pembiakannya melalui biji benih, keratan dahan lembut dan teknik lenturan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok liar ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya bagi merawat urat saraf dan sendi yang bermasalah.

  • Ia dalam keluarga Sapindaceae , Genus : Cardiospermum. Specific Epithethalicacabum L.
  • Sinonim :
    1. Cardiospermum luridum Blume
  • Nama-nama lain :
    1. Balloon Vine (English)
    2. Heart Pea (English)
    3. Peria Bulan (Melayu)
    4. Tanglung Cina (Kedah)
    5. Timun Dendang (Kedah)
    6. Uban kayu, Love in a puff

Bijinya berwarna hitam dan bentuknya bulat , ada kelihatan bentuk ‘Love’ yang berwarna putih serta kantung bijinya kembung macam belon, nipis seperti kertas . Benih masak dari bulan Ogos – Oktober.

Bunganya halus berwarna putih. Setiap tangkai mempunyai dua (2) bunga besar dan dua bunga kecil. Musim bunganya dari bulan Julai hingga Ogos.

Khasiat dan cara penggunaan ;

Biji : digunakan sebagai ubat kencing manis.

Digunakan dalam merawat penyakit sendi, saraf dan mengembalikan kekuatan anggota badan.

Daun : dihancurkan dan dijadikan teh.

Membantu menghilangkan kegatalan kulit.

Daunnya yang muda boleh dimasak sebagai sayuran.

Jus daunnya digunakan bagi merawat masalah telinga.

Juga alternatif melegakan migrain.

Mandian bagi bayi yang mengalami jaundis ( demam kuning) . Rebus daunnya, setelah suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini.

Menurunkan suhu panas kanak-kanak yang mengalami demam panas . Ramaskan daun dengan air dalam baldi, tapiskan air ramasan tersebut, Dan mandikannya dari leher hingga ke kaki di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Buah : Ambil buahnya dan jemur hingga kering dan simpan dalam bekas yang kering. Setiap pagi, sebelum sarapan, ambil 3 atau 5 atau 7 biji (bilangan ganjil) letak dalam gelas, masukkan air panas kemudian biarkan dalam setengah jam, baru diminum. Minum pada waktu pagi 1 kali dan sebelum tidur 1 kali. Sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah urat saraf dan sendi serta pesakit diabetis (kencing manis) yang kronik .

Wallahualam….. Selamat mencuba !

 

Pokok Ajinomoto atau Chaya Jun 23, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 2:06 pm

Pokok CHAYA

Daun seperti betik, tapi batang seperti batang ubi
Sedap dicelur dibuat ulam, rasanya manis tidak pahit seperti daun betik.

Di Thailand, ia dipanggil pokok ajinomoto atau pokok MSG kerana kesannya sebagai perasa asli dalam masakan.

Mengandungi kandungan zat besi, potassium dan kalsium yang tinggi.

Dikatakan mempunyai khasiat2:

  • meningkatkan pengaliran darah
    -membantu penghadaman
    -meningkatkan penglihatan
    -membantu menurunkan paras kolestrol dll

(credit info : AaronJaejun Greenfingers)

 

Pokok Kitolod atau Sangkubak (Jawa) April 2, 2023

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 9:18 am

Digunakan oleh ramai tok bomoh untuk merawat masalah mata…di indonesia ada setengahnya menggunakan dalam kaedah Gurah Mata Bayu Bajrah dengan cara mengenakan sedikit getah yg diambik dari bunganya pada dua2 ibu jari tangan kemudian meletakkan pada dalam kelopak bawah mata pesakit sambil membaca ayat atau jampi tertentu (ayat dan jampi ni syarat je utk mengaburi tanggapan pesakit)….rasanya sangat pedih

Kita kenali pokok kitolod dulu:

Tanaman yang berasal dari Hindi Barat ini tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lainnya yang lembab dan terbuka. Ki tolod
dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 1,100m dpl. Tinggi mencapai 60 cm,
bercabang dari pangkalnya, bergetah putih yang rasanya tajam dan mengandungi racun. Daun tunggal, permukaan kasar, ujung runcing, pangkal menyempit, tepi melekuk ke dalam, bergigi melekuk. Panjang daun 5-17 cm, lebar 2-3 cm,
warnanya hijau.

Bunganya tegak, tunggal, keluar dari bawah daun, bertangkai panjang, berbentuk bintang berwarna putih.

Daun: Sakit gigi, Asma, Bronkhitis, radang tenggorok, Obat luka

Bunga: ubat titis mata,

Seluruh tanaman: ubat kanser

Sumber: Pak Lang (Juruterapi Malaysia)

 

Pokok Aloe Vera @ Lidah Buaya Julai 30, 2022

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 5:51 pm
Tags: ,

Lidah buaya atau nama botaninya Aloe vera ialah spesies tumbuhan dalam genus Aloe. Nama saintifiknya pups ialah Aloe vera (L.) Burm.f. Tumbuhan malar hijau saka ini asli di Semenanjung Arab, tetapi ia meliar sebagai spesies ceroboh di iklim-iklim tropika, separa tropika dan kering seluruh dunia Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Maghribi, Tunisia di utara Afrika serta kepulauan Canaria dan Madeira.

Morfologi

Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan berduri pada tepinya. Pangkal daunnya tersusun berbentuk sarung. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.

Lebar pokok boleh mencecah 60-120 sm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 sm pada peringkat matang. Tingginya boleh mencapai 40-60 sm.

Pokok Lidah Buaya @ Aloe Vera

Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga.

Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.[perlu rujukan]

Bunga Lidah Buaya berwarna kuning.

Penanaman

Pokok lidah buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.

Pokok lidah buaya yang ditanam secara komersial dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.

Sejarah perubatan

Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai ‘penyembuh senyap’ oleh penganut agama Hindu dan ‘ramuan harmonik’ oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.

Khasiat :

Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.

1) Perubatan

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).

Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.

2) Makanan

Hebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah kepada gel aloe vera.

Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semula jadi.

Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hong Kong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.[perlu rujukan]

Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.

Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan petua bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lut sinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.
Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan.

Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu tahu caranya] Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun, ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Spesies ini juga menarik sebagai tanaman hiasan.

Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lidah_buaya

Rujuk video : https://youtu.be/9Ybgzjvx8Hg

 

Pokok Ketumbar Jawa Julai 20, 2022

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 12:33 pm

Pucuk Ketumbar Jawa boleh dimakan sebagai ulaman. Rasa dan baunya sama seperti ketumbar. Boleh juga dimasukkan ke dalam masakan seperti tomyam, paprik atau kari kurma.

 

Pokok Kunyit Hitam Jun 29, 2022

Filed under: Herba,Kunyit — Wannura @ 3:02 pm
Tags: ,
Pokok Kunyit Hitam
 

Pokok bunga kacang Telang Joo

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 2:59 pm

Kacang telang atau nama botaninya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae.

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Sila tonton video di bawah untuk pencerahan mengenai pokok Telang ini. Selamat menonton.

Kredit: http://www.klinikzarraz.com

 

Pokok Sentang Mac 6, 2022

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 7:11 pm

Assalamualaikum,

Admin cuma dapat foto daun Sentang serta sedikit informarsi mengenainya.

Daun Sentang sedap dimakan dengan sambal kelapa sebagai ulaman; namun rasanya dikatakan sangat pahit .

Daun Sentang
 

Pokok Belimbing Tanah

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 4:39 pm

Assalamualaikum semua,

Pokok Belimbing Tanah seperti di gambarajah di bawah dikatakan boleh juga dijadikan penawar penyakit seperti buasir.

Disini Ada sedikit petua untuk orang Buasir
1- Ambil 1 pokok belimbing Bukit atau belimbing
termasuk akar,buah dan daun sekali
Rebus hingga mendidih dan minum lah 2 x sehari
Air tersebut boleh juga buat mengubati Darah Tinggi, Kencing Manis, buah pinggang dan lemah jantong
Ini lah petua yang guru hamba beri
Hj Abu bakar atau Pak Teh Kar di Kijal Kemaman
( Alfatihah buat Beliau)

 

Pokok Capa Mac 5, 2022

Filed under: Uncategorized — Wannura @ 5:44 pm

Nama Botani : Blumae Balsmifera (L) DC

Nama Lain : Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau

Pengenalan : Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 – 13 cm x 2.5 – 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi (‘serrate dentate’), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Daun Capa

Khasiat dan Kegunaan : Daun capa digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan.

Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.

Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu.

Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot.

Di Filipina pula, daun sembung digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.