Wannura

Koleksi Tumbuhan

PALEM KUNING @ Yellow Palm (Chrysalidocarpus lutescens) September 7, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 6:45 pm



Palem kuning

Palem kuning (Chrysalidocarpus lutescens syn. Dypsis lutescens) adalah tanaman hias popular yang biasa dijumpai di pekarangan rumah atau di taman. Tumbuhan anggota suku pinang-pinangan (Arecaceae) ini berasal dari Madagaskar namun di tempat asalnya sekarang terancam.

Tumbuhan ini boleh tumbuh hingga setinggi 6m, meskipun biasanya di perkarangan hanya setinggi 3m kerana alasan keindahan. Seperti palem lainnya, daun tersusun majemuk, menyirip. Warna helai daun hijau terang, cenderung kekuningan (sehingga disebut palem kuning). (more…)

 

Ketahui 7 Tanaman Hiasan Penyedut Racun September 6, 2012

Filed under: Landskap,Uncategorized — Wannura @ 4:14 pm

Tanaman hias ternyata tidak hanya berguna untuk mempercantikkan hiasan dalaman (interior) mahupun hiasan taman (eksterior) rumah. Jenis tanaman tertentu, boleh melindungi anda dan keluarga dari bahaya polutan rumah bagi kesihatan. Perlu Anda tahu, pencemaran udara tidak hanya mengancam kesihatan saat kita di luar, tapi juga di dalam rumah. Ada beberapa jenis gas udara yang berbahaya (polutan) yang terdapat bersarang di dalam ruangan dan berpotensi menimbulkan gangguan kesihatan.

Selamatkan bumi, selamatkan kita…. (more…)

 

Kuku Geruda sedap dijadikan ulam Ogos 18, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 10:10 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Nama saintufiknya ialah Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms. dari famili Araliaceae.

Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang. (more…)

 

Reriang Julai 24, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 9:38 pm
Tags: , ,

Ciri-ciri

Pokok renek, kecil atau sederhana besar, setinggi 20 meter, kadangkala sampai 30 m tinggi, batang pokok biasanya tegak dan lurus, ukuran garis pusat pada paras dada sampai 15 sm; pokok reriang yang tumbuh di habitat paya menghasilkan akar jangkang.

Daun jenis ringkas, susunan berpilin daun muda bergulung.

Bunga pada ketiak daun, tunggal, korola berwarna putih dan bercampur sedikit merah jambu, selebar 2.5-3 sm.

Buah jenis kapsul yang merekah dari pangkal ke apeks, berwarna hijau sebelum masak dan bertukar perang setelah masak.

Kandungan

Daun – alkaloid

Pokok –terpen. Ada juga sampel yang menunjukkan reriang tidak mengandungi alkaloid atau terpen. Faktor ini disebabkan perbezaan baka, usia dan keadaan sekeliling tumbuhan.

Taburan

Reriang mempunyai taburan semulajadi di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Indonesia.

Penanaman

Reriang boleh ditanam dengan menggunakan biji. Biji segar yang telah disemai terus bercambah pada kadar yang kurang memuaskan. Biji yang disimpan dalam keadaan gelap selama 2 minggu atau lebih akan memberi kadar percambahan yang lebih baik. Pokok reriang tahan lasak walaupun ia selalu ditebang, kerana akarnya menghasilkan banyak tunas yang akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Reriang juga boleh ditanam dengan kaedah tut, keratan akar atau ranting. Ia juga sesuai ditanam di dalam pasu sebagai hiasan.

Ekologi

Reriang tumbuh liar dalam hutan sekunder dan di belukar pada ketinggian sehingga 700 m dari paras laut. Pokoknya jarang-jarang dapat hidup pada ketinggian sampai 1300 m dari paras laut. Reriang biasanya tumbuh banyak di satu-satu tempat sebagai spesis dominan. Ia lebih kerap kedapatan di tanah berpasir yang kering dan berasid. Ia juga kerap ditemui di paya air tawar yang cetek dan dasar sungai berbatu tetapi ia jarang-jarang tumbuh di paya gambut air payau. Di kawasan tanah berbatu dan cetek, ia tumbuh sebagai pokok renek kecil yang boleh menghasilkan bunga dan buah, walaupun bersaiz kecil.

 

Semarak api indahkan taman Julai 9, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 7:26 pm
Tags: , ,

Semarak Api atau kadang-kadang disebut sebagai Flame of The Forest sebenarnya adalah sejenis pokok hutan yang berasal dari Madagascar dan tersebar ke serata dunia khasnya di kawasan berhawa panas. Ia disebut sebagai Delonix Regia dalam terma saintifik dan biasanya menjadi mercu tanda sesebuah taman kerana keunikan warna bunganya.

Di Malaysia pokok ini tumbuh meliar di hutan-hutan dan sekarang telah menjadi pilihan untuk ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tumbuhan hiasan. Pokok semarak api adalah jenis pokok besar yang boleh mencapai ketinggian berpuluh-puluh kaki dengan batang dari kayu keras dan berdaun kecil.

Keunikan pokok ini adalah bunganya yang merah bercampur oren dan kelihatan sangat terang dan jelas di antara pokok-pokok yang lain. Sesetengah pokok ini bunganya terlalu banyak hingga melindungi daunnya yang kecil. Bunganya yang kemerahan inilah yang mencantikkan pemandangan setempat.

Ia boleh dibiakkan dengan semaian biji benih yang boleh didapati dari buahnya seperti kekacang yang panjang dan lebar. Di dalam kekacang inlah terdapat biji-biji yang boleh disemai dan dibiakkan. Setakat ini belum ditemui kegunaannya yang lain selain memberi keindahan dan kecantikan bunganya.

 

Bunga Sakura (Prunus serrulata) Jun 23, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 1:19 pm
Tags: , ,

Pengenalan
Sakura, Bunga Sakura atau Cherry Blossom dalam bahasa Inggeris (huruf-huruf kanji dan bahasa Cina: 桜 atau 櫻; katakana: サクラ) ialah nama yang merujuk kepada pokok-pokok hiasan ceri dalam bahasa Jepun, Prunus serrulata, serta kelopak-kelopak mereka. Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun. (more…)

 

Janda Kaya yang menawan Jun 20, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 9:56 pm
Tags: , , , , , ,

Pokok Janda kaya dikenali juga sebagai Musa Indah. Nama saintifiknya ialah Mussaenda pubescens adalah dari keluarga Rubiaceae Sifat pokok ini yang sering berbunga lebat sepanjang tahun menyebabkan ianya digelar ‘Janda Kaya’. Ia mudah ditemui dan sering dijadikan tanaman hiasan lanskap samada laman rumah, di tepi jalan dan taman. Pokok ini sederhana besar dan batang pokoknya juga sederhana keras. Pokok ini menjadi lebih rimbun jika dahannya selalu dipangkas. Bunganya boleh didapati dengan pelbagai saiz dan warna ; bunga kecil berwarna merah, bunga lebar dan lebat warna merah jambu (pink) atau saiz sederhana berwarna putih yang mempunyai stigma berwarna kuning ditengah-tengah jambakan bunga berbentuk seperti bintang. Daunnya yang berwarna hijau tua dan berbentuk bujur lonjong itu mempunyai urat daun yang jelas kelihatan.

Selain namanya yang ‘glamour’, pokok ini juga mempunyai nilai perubatan terutama bahagian batang, daun dan akarnya. Pengamal perubatan tradisional percaya bahawa tanaman ini boleh membantu membersihkan darah, mengurangkan tekanan akibat racun, pitam dan sengal-sengal pinggang. Namun begitu khasiat bunganya masih belum lagi diketahui.
Satu lagi kegunaan batang dan daun pokok ini ialah sebagai ubat luaran. Caranya dengan menumbuk batang dan daun sehingga lumat dan ditampalkan pada bahagian badan yang bengkak untuk mengurangkan sakit dan bengkak menjadi surut. Ia juga sangat berguna untuk wanita bagi melancarkan peredaran darah dan mengurangkan perdarahan akibat luka dalaman.

 

BUNGA BERUS BOTOL BERPUTAR (Callistemon viminalis) Januari 22, 2011

Filed under: Landskap — Wannura @ 4:26 pm
Tags: , ,

 

BUNGA BERUS BOTOL (Callistemon citrinus) yang cantik dan unik. Januari 21, 2011

Filed under: Landskap — Wannura @ 4:37 pm
Tags: , ,

Callistemon citrinus, atau pokok bunga berus botol juga dikenali sebagai Crimson Bottlebrush merupakan pokok yang rendah dalam keluarga Myrtaceae. Ia tumbuh semulajadi di Queensland, New South Wales dan Victoria di Australia ; di kawasan yang berdekatan dengan sungai berbatu-batan dan berpaya.

Ia boleh tumbuh sehingga ketinggian 1 – 3 meter. Daunnya bersaiz 3 – 7 sm panjang dan 5 – 8 mm lebar. Urat-urat daun jelas kelihatan di kedua-dua belah daun .Bunganya pula 6 – 10 sm panjang dan berdiameter kira-kira 4 – 7 sm adalah berwarna merah, merah keunguan atau pun lilac.

 

CALATHEA MIRABILIS Januari 20, 2011

Filed under: Landskap — Wannura @ 2:02 am
Tags: , ,

CALATHEA MIRABILIS

Pokok dari keluarga Calathea yang agak semak ini mempunyai daun yang berbentuk bujur dan coraknya kelihatan tidak seimbang . Corak daun yang berwarna hijau tua bermula dari tulang tengah daun berlatarbelakangkan warna kelabu . Tumbuhan ini tumbuh dengan padat serta berbatang tegak sesuai jika ditanam di dalam pasu. Pokok boleh mencapai sehingga kira-kira 30 sm tingginya